Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, July 8, 2023

𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐒𝐡𝐚𝐛𝐞𝐫𝐲 𝐂𝐡𝐞𝐞𝐜𝐤 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐅𝐞𝐥𝐝𝐚 𝐑𝐌𝟖.𝟑𝐛.


1. Siapa masih ingat Anwar Ibrahim dan Shabery Cheeck pernah berdebat? Dalam perdebatan itu, Anwar dianggap menang manakala Shabery Cheeck dianggap kalah. Momen air liur tersembur-sembur jadi ejekan netizens.

2. Debat itu juga menjadi detik bersejarah dimana buat pertama kalinya rakyat mula didedahkan dengan situasi dua pihak yang berbeza aliran politik seharusnya berdebat untuk dinilai public, bukannya bercakap atas pentas ceramah dan saling kutuk mengutuk.

3. 2008. Dan sekarang 2023. 15 tahun berlalu. Siapa sangka dua orang politician itu akhirnya akan bekerjasama. Anwar ialah Perdana Menteri. Anwar melantik Shabery Cheeck untuk jaga FELDA. Demikianlah aturan Allah berjalan.

4. Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar juga menjaga Kementerian Kewangan. Dia ialah Menteri Kewangan. Betul, PH pernah mempertikaikan PM tak seharusnya menjawat Menteri Kewangan tetapi Anwar tiada pilihan lain. Untuk dia boleh memastikan apa yang dia harus laksanakan ke atas negara ini sebagai PMX, dia perlu ada kuasa untuk jaga kewangan. Kritikan akan ada, dia lebih dari tahu tetapi ini keputusan yang dia perlu ambil.

5. Dalam masa beberapa bulan MOF ada bermesyuarat dan berbincang dalam kabinet mengenai isu FELDA.

6. Anwar juga telah membuka fail-fail berkaitan FELDA dan menyemak apa yang menjadi punca kepada kerugian FELDA. Ia memakan masa kerana perlu berjumpa dan berbincang dengan pihak yang memang menguruskan hal ini. 

7. Setelah semakan dilakukan. Perbincangan dimulakan dengan pihak yang berkenaan. Keputusan akhirnya dicapai.

8. Setelah ketetapan itu diambil, maka PMX memaklumkan keputusan kepada kabinet. Kesemua menteri memberikan persetujuan bersama.

9. Proses perlantikan Pengerusi Felda dibuat. Dokumentasi yang memuktamadkan pelupusan hutang disediakan supaya boleh ditandatangan dan melaksanakan arahan. Beberapa peruntukan tambahan juga diluluskan. Barulah buat pengumuman dalam satu majlis khas yang ditetapkan kemudiannya. 

10. Sukuk untuk FELDA RM10b dengan bayaran RM1b diluluskan bermula tahun 2023 selama 10 tahun. Penghapusan hutang peneroka RM8.3b mempunyai implikasi kewangan ke atas aliran tunai. FELDA tak mampu bertahan jadi MOF perlu berikan sukuk yang dijanjikan sejak dulu, maka inilah dia.

11. FELDA juga diberikan peruntukan tambahan. RM7.7 juta untuk menyediakan lampu jalan di kesemua kawasan FELDA yang membabitkan 37,012 lampu jalan.

12. 12 pusat hemodialisis. Di kawasan FELDA. Ada 2,000 pesakit buah pinggang. Selepas siap, mereka boleh gunakan kemudahan itu di dalam kawasan FELDA.

13. Subsidi Diesel sebanyak RM36 juta setahun. Untuk penjanaan tenaga bagi membekalkan kemudahan air bersih buat penduduk FELDA di Sabah. Ia akan memanfaatkan lebih kurang 40,000 isi rumah. Oh ye, semasa pengumuman dibuat, Anwar juga menunjukkan pihak-pihak yang bertanggungjawab atas dana yang diluluskan.

14. Bagi warga FELDA berumur 65 tahun ke atas, mereka ada manfaat kesihatan bernilai RM300. Ia boleh digunakan jika mereka mahu menerima rawatan di klinik swasta.

15. Digital Madani ialah suatu program baharu yang akan diperkenalkan di seluruh FELDA untuk memastikan anak-anak FELDA tidak ketinggalan dalam ekonomi GIG. Yang ini aku tak pasti bagaimana ia akan dilaksanakan tetapi kita tengoklah hasilnya kelak.

16. Menurut Anwar lagi, ada permintaan dari peneroka sendiri yang membuat tuntutan untuk beralih dari tanaman getah kepada komoditi lain, seperti sawit.

17. Secara prinsipnya MOF mahu membuka kekangan tersebut tetapi MOF tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian. Kerana ia membabitkan bidang kuasa beberapa agensi berbeza. Apa yang boleh dilakukan ialah perbincangan akan dimulakan untuk mencari jalan keluar.

18. Dalam masa yang sama, FELDA diberikan laluan untuk menerokai sumber pendapatan baharu, seperti industri daging.

19. Anwar juga memberikan nasihat agar FELDA mulai sekarang jangan lagi lari dari tumpuan semasa mereka iaitu PERTANIAN dan PERLADANGAN. Jangan lagi beli syarikat-syarikat kerana FELDA tak ada kemampuan untuk mengawal kesemua syarikat-syarikat tersebut. FELDA tak ada keupayaan untuk memastikan KESEMUA pengurusan syarikat menjalankan kerjanya dengan betul dan cekap. Akhirnya apabila ADA diantara syarikat-syarikat itu yang mengalami kerugian, maka FELDA terkesan dari segi implikasi kewangan. FELDA yang menanggung beban masalah. FELDA yang perlu menanggung kos kerugian dan sebagainya. Jadi, FELDA sekarang perlu beri tumpuan hanya kepada kemahiran mereka, bidang mereka dan kembangkan ia kepada yang berkaitrapat dengan kemahiran FELDA. Inilah FELDA yang sepatutnya.

20. Kementerian Wilayah dan Desa juga diberikan akses. Untuk menyelenggara dan membaiki kemudahan yang rosak di dalam kawasan FELDA yang sebelum ini tidak dibenarkan. Karenah biokrasi ini telah dilonggarkan oleh MOF supaya FELDA tidak hanya menunggu dari satu sumber.

21. Dalam isu perumahan GENERASI BARU FELDA, Anwar memberikan jaminan 283 unit yang terbengkalai itu akan disiapkan. Manakala peruntukan untuk membina rumah GENERASI BARU FELDA pada masa-masa akan datang, kajian ke arah itu akan dilaksanakan. Anwar meminta tempoh masa supaya mereka boleh mencari jalan terbaik bagi semua pihak.

22. Jadi kat mananya Anwar claim kredit?

23. Dia berhak atas kerja yang dia lakukan. Kerajaan Perpaduan ini berhak atas apa mereka luluskan. Mereka yang 𝐒𝐈𝐆𝐍.

24. Dalam MANIFESTO PRU 14, PAKATAN HARAPAN, Penghapusan Hutang Peneroka Felda memang ada disana.

25. Cuma ketika itu Tun ialah Perdana Menteri. Maka kepada dia la diharapkan untuk melaksanakan segala janji. Tapi apa yang kita dengar ialah 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐅𝐄𝐒𝐓𝐎 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐒𝐔𝐂𝐈. 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒.

26. Muhyiddin tikam dia, dia sakit? Bukan. Dia yang tikam rakyat Malaysia. Dia tikam pengundi Pakatan Harapan. Dia tikam kepercayaan yang diberikan kepada dia dan PPBM. Dia dan PPBM hilang akal duduk dalam satu parti gabungan yang tak mahu membuta tuli taat kepada perintah dan arahan PPBM yang merapik-rapik dan memerintah entah hapa-hapa. Adakah dia lupa pada sejarah? Lawan tetap lawan. PKR tak pernah bermula dengan taat, wala apatah lagi patuh membiarkan benda bangang berlaku dalam kerajaan. Sesama sendiri pun PKR / PH lawan inikan pula parti yang sengaja mengkhianati amanah pengundi, masakan nak taat. 

27. Hujahnya? Ahli Parlimen PPBM yang jadi PM selepas Langkah Sheraton. Dia yang umum nak mansuhkan hutang peneroka;

❞𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐅𝐞𝐥𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟖.𝟑 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐢𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭"

28. Secara dasarnya dia bersetuju menggunakan MODAL AIR LIUR. Manakala Anwar Ibrahim menggunakan MODAL PEN.

29. Selepas TSMY ada DSIS. RM8.3b masih RM8.3b. Kalau dah lupus kenapa angka ini masih RM8.3b?

30. Sebab guna modal air liur dan dengan modal pen akan mendatangkan kesan yang berbeza.

31. Kepada TSMY, jangan melalak dalam Facebook. PMQ. Hari Selasa. Dalam Parlimen. Bawa bukti kau. Cakap face to face dengan Perdana Menteri. Silakan. Gelangang tak pernah dikunci seperti zaman PM PDF. 

Terima kasih.

#MalaysiaMadani
#undikerajaanperpaduan

No comments: