PEMBANGKANG DAN UMNO DUA KALI TERCEDUK HARI INI
Pembangkang yang suka meletakkan kesalahan kepada kerajaan sekali lagi terceduk kali kedua hari ini apabila Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pula mendedahkan keputusan kebenaran cabutan nombor ramalan 22 kali setahun dibuat bersama Pas ketika parti itu dalam kerajaan tahun 2022.
Jumlah itu bagaiman pun kata Zafrul dikurang kepda 8 kali setahun apabila kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim dibentuk. Zafrul menyatakan perkara itu seperti dilapor portal berita lewat petang ini.
Sebelum ini Pas cuba menyalahkan isu judi itu kepada kerajaan Madani sampai menganjurkan orang ramai berdoa biar perut PM pecah. Celaka 44.
Pagi tadi cedukan pertama berlaku apabila salah seorang penal penyiasat RCI Tabung Haji, Tan Seri Rashid Hussein mendedahkan pembohongan bekas Ketua Audit Negara Madinah Mohamad yang mengatakan dia tidak dipanggil untuk beri keterangan kepada panel RCI.
Sebalik kata Rashid, Madinah disapina untuk beri keterangan pada 3 Jun 2022 dimana dia minta ditemani timbalan audit bahagian kewangan Mona Othman, bagaimana pun permintaan itu tidak boleh dipenuhi kerana peraturan memberi keterangan secara semuka seorang demi seorang.
Pun begitu Madinah diberi 75 soalan untuk dijawab secara bertulis dan beliau melakukannya. Jadi tidak betul kalau Madinah kata dia tidak berpeluang memberi keterangan yang mana jika diberi kesempatan mungkin laporan RCI itu berubah duganya.
Dakwaan Madinah itu ditolak kering kering oleh Rashid Hussein yang kini merupakan Pengerusi Tabung Haji dalam satu majlis penjelasan RCI TH diadakan di Bangi pagi tadi.
Dengan penjelasan Rashid itu menyebab pembangkang termasuk juga sesetengah pemimpin Umno yang menggunakan keterangan Madinah itu untuk melindungi diri, kantoi. Trims.
No comments:
Post a Comment