Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, March 8, 2015

AWASI PELAMPAU HADITH

Pada 28 dan 29 Ogos tahun 2007 saya telah berkesempatan menghadiri Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun Ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan, anjuran Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Mufti Negeri Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, dalam kata aluannya telah memetik kata Ibn Taimiyyah bahawa manusia yang paling berhak menjadi firqah najiyah (golongan yang selamat) ialah ahli hadith dan sunnah, yang dapat membezakan antara hadith yang sahih dan yang cacat, yang memahami dan mengikutinya zahir dan batin. Tiada apa yang kita tidak persetujui dalam kata-kata ini. Sesiapapun tidak mahu terkeluar dari golongan yang selamat tidak kira apa nama yang diberikan kepada golongan itu.

Siapakah ahli hadith dan sunnah (AHS)? Takrifnya yang ringkas dan mudah ialah mereka yang mencintai sunnah dan memusuhi bid'ah. Mereka gemar menggelarkan diri mereka sebagai pembela sunnah dan pengikut jalan golongan salaf. Kerap kali mereka dirujuk sebagai golongan salafi (salafiyyah) dan digolongkan sekali dengan golongan wahhabi. Tokoh-tokoh yang dianggap pejuang aliran pemikiran ini ialah Ahmad b. Hanbal, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad b. Abd. Wahhab dan lain-lain lagi. Kita tidak berhasrat membicarakan tentang nama atau gelaran yang diguna atau diberikan. Yang mahu kita bahaskan ialah aliran pemikiran yang dibawa dan diperjuangkan oleh hadith semasa berdasarkan kepada apa yang ditulis dan dibincangkan dalam seminar tersebut.

Apakah ciri utama AHS? Dari segi kepimpinan, mereka dipimpin oleh orang-orang yang dianggap pakar dalam bidang ilmu hadith. Kebanyakannya mendapat pendidikan di pusat-pusat pengajian hadith di Benua India, manakala di Timur Tengah pusatnya ialah di Madinah. AHS percaya bahawa umat Islam secara umumnya telah lari dari landasan sebenar syari'at Islam berpunca dari apa yang dianggap penyelewengan terhadap tafsir al-Qur'an dan penyebaran hadith-hadith yang dianggap daif (lemah) dan maudu'(palsu). Walaupun al-Qur'an diakui sebagai sumber hukum yang tertinggi, namun tafsirnya yang sah bagi mereka tetap bersumber kepada hadith. Justeru, perjuangan utama mereka ialah memastikan status setiap hadith yang dipetik dalam sebarang disiplin ilmu adalah sahih. Inilah agenda utama mereka, dan usaha-usaha ini mereka anggap sebagai usaha tajdid (pembaharuan/reform). 

Bagaimanakah usaha-usaha tajdid ini dilakukan? Tajdid mengandaikan bahawa berlaku kemunduran dan salahfaham yang berleluasa terhadap pemikiran dan amalan umat Islam. AHS melihatnya sebagai berpunca dari penyimpangan dari 'manhaj salaf' oleh itu usaha-usaha pembaharuan yang menyeluruh hendaklah dilakukan terhadap korpus pemikiran Islam dengan membersihkannya dari 'unsur-unsur luar' serta hadith-hadith yang diragui tarafnya.

Maka bermulalah usaha-usaha gigih para ahli hadith memeriksa dan menyelidiki kesahihan hadith-hadith yang dipetik oleh para ilmuwan silam dalam karya-karya mereka. Pada dasarnya usaha-usaha ini adalah baik dan patut diteruskan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik. Usaha-usaha mentahqiqkan manuskrip dan mentakrijkan hadith-hadith yang dipetik adalah sumbangan ilmiah yang penting.

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan AHS kononnya mengembalikan umat Islam kepada landasan salaf, telah timbul fitnah yang besar terhadap Turath pemikiran Islam, para ilmuwan yang menghasilnya, dan disiplin ilmu yang diwakilinya. Para Mutakallimun, Fuqaha' dan Sufiyyah telah diserang dan diperlecehkan. Ilmu Kalam, Mazhab Fekah, dan Ilmu Tasawwuf ditohmah dan dituduh dengan berbagai tuduhan dan dikaitkan sebagai punca kemunduran dan perpecahan. Nama-nama seperti al-Ghazali, Ibn Arabi, al-Jili dipandang sinis dan penuh rasa curiga. Tidak terlepas ialah para ahli hadith terdahulu termasuk al-Bukhari apabila hadith-hadithnya dipertikaikan kesahihannya oleh pengkaji semasa.

Adakah ini suatu kemalangan yang tidak dijangka? Ataupun ia natijah kejahilan dan keangkuhan? Berdasarkan pengamatan saya terhadap kertas kerja yang dibentangkan seminar di atas dan juga pengalaman-pengalaman yang lalu berhadapan dengan mereka yang menggelar diri AHS saya lebih cenderung untuk menyimpulkannya sebagai natijah kejahilan dan keangkuhan: gabungan yang menghasilkan kebiadaban. Yang pertama bersifat epistemologikal, manakala yang kedua adalah moral.

Menyelidik dan mengenalpasti sumber pengambilan sesuatu hadith adalah satu perkara, manakala memberikan penilaian terhadap karya, pengarang dan disiplin ilmu yang berkenaan berdasarkan semata-mata kepada kriteria-kriteria yang digariskan oleh ahli hadith adalah perkara lain. Kerap kali kegagalan pengkaji hadith tertentu menemui sanad yang sahih bagi sesuatu hadith menjadi alasan bukan sahaja bagi menolak hadith berkenaan bahkan juga bagi menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan ilmiah orang yang memetiknya dan disiplin ilmu yang dibahaskannya. Mereka inilah yang saya sifatkan sebagai pelampau. Mereka telah melampaui batas-batas yang menta'rifkan kegunaan dan manfaat ilmu hadith dan menyangka seluruh ilmu itu berasaskan kepada hadith dan manhaj ahli hadith. Semua ini berpunca dari kejahilan terhadap epistemologi.

Adakah 'penemuan' hadith-hadith yang dikategorikan sebagai daif dan mauduk dalam karya-karya besar khususnya dalam bidang tasawwuf sebenarnya penemuan? Ataupun ia patut dikategorikan sebagai hasil kerja separuh masak? 
Walaupun kita tidak mengatakan para ulama dahulu maksum, yakni terlepas dari kesalahan dan kesilapan, termasuk kemungkinan mereka memetik hadith yang daif, bahkan palsu sekalipun, tidak ada salahnya kita berbaik sangka dan merendah diri kepada mereka memandangkan kepada jasa yang telah mereka taburkan selama ini. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh kita pertimbangkan dalam menjelaskan perkara ini. 

Pertama, perbezaan kriteria dalam menentukan taraf sesuatu hadith. Apa yang sahih bagi seorang ahli hadith belum tentu menepati syarat-syarat sahih bagi yang lain. Dalam soal menentukan kebolehpercayaan (thiqah) seseorang periwayat masih banyak yang boleh diperdebatkan.

Kedua, soal kategori hadith-hadith yang dibicarakan. Hadith-hadith yang menyentuh amalan dan hukum-hakam yang melibatkan kebanyakan orang biasanya memiliki rangkaian sanad yang lebih meluas kerana ia dimaksudkan untuk amalan masyarakat umum, manakala hadith yang menyentuh soal-soal kerohanian yang hanya difahami oleh segelintir orang tentulah tidak mempunyai rangkaian sanad yang meluas. Justeru, adalah sukar sekiranya kriteria yang dikenakan pada hadith-hadith hukum juga mahu dikenakan terhadap hadith-hadith kerohanian. Kebanyakan kitab-kitab kumpulan hadith adalah disusun menurut bab-bab fekah amali sedangkan bukan semua hadith tergolong dalam golongan ini. Hadith-hadith yang menyentuh soal kerohanian tentulah tidak sepopular hadith-hadith hukum yang lebih meluas diketahui. Hadith-hadith yang biasa dipetik oleh golongan sufi adalah untuk golongan tertentu dan kita boleh andaikan ia melalui sanad-sanad yang tertentu. Rasulullah sendiri menegaskan prinsip manusia hendaklah diseru tentang agama berdasarkan kemampuan akal masing-masing. 

Ketiga, soal kedudukan hadith berkenaan dalam keseluruhan perbincangan. Seorang ulama yang berwibawa tidak akan menyandarkan perkara-perkara teras dalam disiplin ilmu yang dibicarakan kepada asas-asas yang diragui kebenarannya. Justeru, kalaupun ada hadith-hadith yang daif ataupun yang mauduk sekalipun yang dipetik, ia hanyalah bagi menyokong pokok persoalan, bukan sebagai dasar persoalan. Dalam kata lain, sekiranya hadith berkenaan tidak dimasukkan sekalipun pokok persoalannya tidak sama sekali terjejas. 

Keempat, berkenaan hadith mawdu', sekiranya ada sekalipun tidak mungkin ia dipetik secara sengaja atau sedar, yakni dilakukan dengan tujuan membohongi Rasulullah. Takkanlah orang seperti al-Ghazali dan Ibn Arabi sengaja menempah tempat dalam neraka? Kalaupun dapat dibuktikan apa yang dikatakan hadith itu sebenarnya adalah pembohongan (rekaan) yang dinisbahkan kepada Rasulullah, orang yang memetiknya mungkin tidak mengetahuinya dan perbuatannya itu tidak termasuk dalam 'pembohongan' yang disengajakan. Kemungkinan besar hadith itu dipilih kerana maknanya yang baik dan ia tidak bersalahan dengan dasar-dasar agama. Kesilapan yang dilakukan lebih bersifat teknikal, bukannya epistemologikal ataupun moral.

Kesemua kemungkinan-kemungkinan yang disebutkan ini boleh difikir dan dipertimbangkan sekiranya kita bermula dengan sangkaan baik terhadap para ilmuwan dahulu. Ini sebenarnya selaras dengan perintah Rasulullah sendiri: “Bersangka baiklah terhadap orang-orang mukmin”. Malangnya ini tidak berlaku. Para pelajar dan sarjana hingusan tanpa segan silu menyenaraikan jumlah hadith-hadith daif dan palsu yang mereka temui dalam karya-karya agung ulama' silam. Apabila menghukumkan Ibn Arabi, Hamzah Fansuri dan pendokong Wahdatul Wujud sebagai sesat, tidak pula mereka itu menghalusi 'sanad' yang mereka gunakan dalam menjatuhkan hukuman itu. Mereka memetik dengan sewenang-wenang kenyataan-kenyataan yang dibuat terhadap orang-orang yang dimaklumi kewibawaannya oleh orang-orang yang tidak mereka ketahui kewibawaannya. Buktinya mereka tidak nyatakan sebab kenapa mereka bersetuju (lantas memetik) pendapat berkenaan. Ataupun mereka hanya berminat meriwayatkan kata-kata dan tidak peduli benar-salah kata-kata berkenaan? Mungkin juga mereka sememangnya tiada keupayaan ilmiah untuk membuat penilaian? Ataupun mereka memang sengaja mahu meruntuhkan kewibawaan yang sah dengan menyebarkan fitnah dan menimbulkan keraguan? 

Semua ini hanya meyakinkan saya bahawa ancaman sebenar kepada pemikiran umat Islam hari ini bukannya datang dari kaum orientalis, tetapi dari golongan pelampau yang telah meruntuhkan dasar-dasar epistemologi Islam. Mereka bukanlah ilmuwan sebenar, akan tetapi dalam masyarakat yang umumnya buta si rabun pun boleh menjadi raja.

Jong Kong

1 comment:

Unknown said...

SALAM KENAL SEMUA,…!!!
DEMI ALLAH ! CERITA INI BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka KI JAYA Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR KI JAYA..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI JAYA…Yang SaYa Minta Tembus 2D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI JAYA 085- 321- 606- 847.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA KI JAYA…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN
2.UANG GAIB
3.JUAL TUYUL MEMEK
4.JUAL KERIS PUSAKA
5.JUAL PERMATA REJEKI

…=>KI JAYA<=…
NOMOR TLPN : 085- 321- 606- 847