Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, January 29, 2009

91-Kecenderungan dan hobi kita hak kita. Jangan kita sia-siakan.

Manusia dilahirkan punyai pelbagai keinginan, hobi, minat atau kecenderungan. Ada yang simple dan ada jugak yang sopistikated (maaf gua bangang inggeris). Ada yang lama bertahan dan ada jugak yang ikut musim. Ada yang mendatangkan faedah dan ada jugak yang membuang masa, tenaga atau duit. Pokok pangkal ia terpulang pada citarasa masing-masing.

Kalau orang tanya saya, automatik saya akan cakap no komen!!. Sebab ia adalah hak peribadi.

Dewasa ini pelbagai kecenderungan manusia dapat kita semua perhatikan. Dari semiskin orang hingga manusia yang paling kaya atas planet bumi ini. Layari sahaja world wide web ini, anda akan teruja melihat betapa kreatifnya manusia mengeksploitasi dunia untuk kepuasan diri masing-masing.

Siapa pun pastinya punyai kecenderungan dan minat. Kalau dari lahir sampai ke mati takda langsung minat atau keinginan pada sesuatu maka selayaknya kita panggil dia binatang atau tumbuh-tumbuhan. Kerana kambing takkan minat pada muzik indie. Lembu pulak tidak akan menari shuffle walaupun cikgu Linda Jasmin yang mengajar. Mawi pun pandai shuffle kalau cikgu Linda yang ajar.

Berbalik pada diri saya, kecenderungan saya pada membikin kenderaan (basikal, motosikal dan kereta). Bukan membaik pulih ye kerana sepatah haram saya tak tahu apa-apa tentang membaiki kereta. Saya dulu tak belajar mekanik di Universiti. Kesimpulan yang saya boleh buat keatas diri saya ialah saya minat pada kenderaan yang boleh di modifikasi ke tahap yang lebih laju. Lori diesel saya tak minat.

Pesan saya sebagai penutup posting kali ini ialah tak kira macam mana sekalipun minat dan kecenderungan kita, pastikan tidak melampaui batas sehingga mengorbankan hak-hak orang lain, menyakiti jiran tetangga, melupakan tanggungjawab sebagai seorang yang punyai agama, amanah dan sebagainya. Pastinya akan ada orang disekeliling kita yang menyokong apa jua yang kita lakukan. Asalkan ia berfaedah dan tidak membazir.

Wassalam.

4 comments:

aKu..DiA...kAmU said...

Bro..minat lu pada kerja2 melajukan kenderaan ni pun bahaya gak bro.

Say lah, lu bikin transport lu kasi laju, x kan lu nak bawa slow cam siput iye x?

Musti lu tekan kow2 punya pedal kasi layan. Bukan ker bahaya lu bawa kete laju...klu diri lu sendri saje kena, xder hal lar!

Camner klu time tu lu tgh bawa aweks ker..kengkawan ker..family ker..kan bahaya tu bro! Say lar plak, lu bawa pastu accident langgar org lak..dah x pasal2 public yg kena.

Wa rasa lar bro..lu tukar hobi lain lar. Kan tadi lu cakap asal hobi x melibatkan org it's ok! Tapi wa dah citer implikasi hobi lu pada public. So, apa kata lu tukar skit dari laju lu bikin kasi perlahan. Lagi slow bru indie..kui..kui..kui..

Amacam? Berani ker lu tukar bro?

Anonymous said...

Hello bro lu guna keta apa bro. Boleh pacak tak bro? Manalah tahu jumla lu kat hway nanti boleh cucuk angin....

antusabun said...

Gua bawak kereta laju hanya bila gua lambat pegi kerja. Time lain gua bawak slow je. 40km/j. Tak caya pegi tanya abangsupra.

BiskutLemau said...

Wa pun nak pacak lu la antu... kehkehkeh