Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, February 13, 2009

99-Peringatan untuk kita semua yang prihatin kononnya.

Gua jalan-jalan. Gua prihatin. Gua cukup bersabar tak makan fast food sebab gua sokong konsep boikot. Gua buat atas dasar perikemanusiaan. Gua sebut hari-hari pada kenalan gua. Agar mereka tidak terbabas. Mana yang tak boleh sangat itu mungkin kita boleh maafkan.

Maaflah jika entry ini tidak sesuai dengan kamu semua. Kita dikejutkan dengan letusan politik Perak lalu kita lupa kesengsaraan Palestin. Gua hanya ingin ingatkan. Buat pak menteri, lu jangan lupa kes Bukit Antarabangsa pulak ye. Hentikan buat projek lereng bukit kawasan tadahan air.

Kita pelupa. Kita perlu saling ingat-mengingatkan orang. Pasti ada orang juga akan prihatin pada kita andainya kita terbabas. Selamanya kita takkan sempurna. Itu pasal ada malaikat pencatit amal kita. Dia tak stop buat kerja andainya kita menjerit mengatakan kita sempurna. Ada paham?

Rakyat Malaysia yang gua prihatin, Yang beragama Islam dan mengaku orang Islam.. jangan lupa solat. InsyaAllah kita mungkin selamat dari melakukan perkara mungkar. InsyaAllah..

1 comment:

mrblind said...

perenggan yang last tu gua setuju sangat..insyaallah..