Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, November 2, 2009

Dr MAZA di tangkap malam tadi.

Inilah isu hangat untuk berita hari ni. Difahamkan beliau ditahan kerana menyampaikan kuliah kerana tidak punyai tauliah. Dan gua sempat jenguk-jenguk blog yang pelbagai bagi gua dapatkan respond orang ramai tentang berita sensasi ni.

Pelbagai andaian yang terkeluar. Tak tau mana satu betul dan yang salah. Isu politik la, isu beliau yang agak keras dalam berpendapat la, isu wahabi la, isu itu la, isu ini la... nyampah gua.

Ada yang kata beliau dilakukan sebegini rupa kerana tolak jawatan di dalam YADIM, atau juga pasal beliau mula berjinak-jinak dengan pembangkang... entahla...

Pastu ada pertikaian dalam JAIS menjalankan tugas. Kenapa tak tangkap yang buat maksiat berleluasa tu??? pun gua geleng kepala ajer laaaaaaaaaaaaaaa.......

Lu nak gua bagi kesimpulan?

Lu buatla kerja camna pun, ikhlas bagai nak rak sekalipun, tetap akan ada kontroversi dan sejarah telah membuktikan. Kita kena faham akan isu tangan ghaib disebalik setiap kejadian. Lu ada otak lu pikir sendiri.



nota: Tapi gua lebih suka fokuskan pada isu kenapa PGSM dan 12 NGO Islam membantah kemasukan beliau di dalam YADIM dan siap hantar memorandum bantahan kepada YDP Agong.
Biasalah tu tuan doktor, barulah true jadi ulamak ni bila kena sumbat dalam penjara. Cuma benar atau salah tu kita serah je pada Allah. Tak gitu?

1 comment:

Unknown said...

Falsafahnya :Nyatakanlah kebenaran walau pahit!

Itulah Ulamak sebenar, Haji Hadi pernah kena tangkap?