Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, November 2, 2009

June 2011 rakyat Malaysia akan dihulu-hulukan..

Kenapa Jun 2011?. Berita yang ramai rakyat tak berapa nak ambik pusing. Pasal benda ni agak kompleks untuk di fahami oleh kita-kita rakyat yang dibuta-kayukan pada maklumat dan penerangan secara terperinci. Contohnya harga kereta buatan negara ini yang sangatlah berpatutannya (otak hang!! apa bincek Proton kat Malaysia sama harga dengan harga yang dijual di tanah arab?????)

Baik, kembali pada tajuk. Jun 2011 akan diberhentikan import bagi barangan terpakai (used) komponen kereta. Oh! berita sedih buat pencinta modifikasi kereta dan pengumpul kereta-kereta lama (juga yang tak berapa nak berduit).

Nak bagi paham gua bagi contoh kat bawah:

  1. Lu pemilik Mercedes oldskool tahun 1980. Condition tip-top dan pemanduan pun mantap. Lu bahagia dengan kereta mewah ni. Cat pun cantik lagi dan apa gila nak trade-in tukar kereta VIVA yang selekeh tu. Sekali satu bala dah datang lu eksiden pada Ogos 2011. Setan dah gelak besar, lu dah mencarut-carut. Mintak maap bai, lu dah boleh antar scrap kereta vintage lu tu. Spare-part kereta lu dah jadi sejarah. Lagipun mana lu nak dapat fender ngan grill keta lu yang brand new apatah lagi lampu lu yang gedabak tu....
  2. Lu datang dari keluarga sederhana. Nak pakai motor kesian anak bini berhujan berpanas. maka lu beli la Kancil second hand. CCnya cuma 660. Senyum manjang lu orang satu keluarga. Bolehla jalan-jalan pegi pantai Port Dickson yang cantik ibarat syurga tu. Kereta second hand maknanya kualiti pun second hand la. Beli pun kereta tahun 1996 yang berharga cuma RM5500. Murah dan berbaloi. On the way ke Pantai Port Dickson kereta lu buat hal. Tow ke bengkel bila dah check sekali gearbox yang problem. Datang sekali bala yang kedua kejadian pulak berlaku pada Februari 2012. Untuk pengetahuan pembaca setia sekalian gearbox Perodua Kancil 660 yang di jual di Perodua Servis Center berharga RM11,000 siap upah pasang. Berbaloi kan????
  3. Kisah ketiga dan terakhir. Lu agak mampu pakai Honda City baru yang faceliftnya ala-ala robot Transformers. Warranti ada lagi 2 tahun. Tapi yang jadi masalah bila bala yang kunjung tiba hanya menjelma pada April 2013. Anak-anak pulak dah besar-besar mula merengek nak beli benda bukan-bukan, Alang-alang bela la kereta separa mewah tu dari dijual pun harga merudum kaw-kaw. Sparepart untuk gearbox tiptronicnya? Boleh dapat tak dengan harga timbang kati kat Pusat servis dan jualan HONDA?

Apa opsyen yang lu orang ada? Nak tukar kereta setiap lima tahun? Atau bila dah abis bayar je cepat-cepat usha katalog kereta-kereta terbaru yang mengancam untuk disambar? Takkan lu yang bergolok-bergadai membeli Myvi SE tu nak pakai dalam tempoh lima tahun aje? Nak pakai motor? naik bas atau LRT?

***

Adakah semua orang mampu untuk beli kereta baru? Bagaimana dengan industri kereta terpakai? Kesimpulan gua, seronoklah mereka-mereka yang punyai syer di dalam Perodua dan Proton........ tak gitu?

No comments: