Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, November 30, 2009

Mereka itu bacul walaupun ada senapang

Menyalak berkokok di mainstream buat apa kalau orang yang kamu hentam itu tidak diberi peluang membela akan kenyataannya sendiri. Zaman gua batu mana yang kamu hidup sekarang wahai pencacai/penjilat sekalian. Debat sahajalah kalau kamu itu sudah cukup matang dan genius.

Kamu menjatuhkan diri kamu sendiri. Asalnya kamu dihormati namun kini tidak mustahil muka kamu yang jernih itu bakal bertepek ludah merah berbau daun sireh. Lagi malang kalau ada yang berbau petai dan jering bagai. Insaflah...

Yang keduanya gerombolan. Nak gua ulas?

Gambar hiasan

Mereka itu cuma ingin menadah tangan berdoa. Tiada pun Assault rifle/ Machinegun/ revolver/ M4/ Steyr/ AK47/ Lastik ball-bearing/ Senapang gajah/ Keris/ Samurai sword/ Kerambit/ dll di celah-celah ketiak/lengan/betis/peha/jari/tangan mereka. Tadah tangan cuma mahu mohon diberikan keadilan kerana kamu itu zalim. Kamu itu perompak yang cakap kamu hanya boleh di fahami oleh daun senduduk yang berkeliaran di pagar-pagar kubur tak pun kebun-kebun petani yang pemalas. Selayaknya kamu memang begitu.

Begitu takut sekali ya kamu ni wahai gerombolan....

(Dengarnya Inul dapat juga buat konsert. Tuan mufti dan pencacai tidak mahu ulas? Manalah tahu kot kalau geleknya itu boleh menolak bala!!!!!!)

No comments: