Kecelaruan media dan sesetengah pihak memperbesarkan isu itu adalah pendapat saya. Saya tidak berapa kenal dengan Ustaz Zamihan Al-Ghari namun saya juga tidak ketinggalan membaca tulisan beliau di blog beliau sendiri. Ada penyokong dan pembangkang bagi kedua-dua belah pihak dan saya pasti isu ini tetap tidak akan selesai sampai bila-bila. Percayalah......
Untuk ajaran Dr Asri, bersepah di Youtube dan kadangkala terpapar di dada akhbar dan di dalam penulisan buku beliau sendiri. Itu sendiri akan menjawab isu pertuduhan Ustaz Zamihan pada peringkat awal. Manakala isu sijil yang panas sehari dua ini nampaknya beliau tidak cepat melatah dan terus memohon maaf dengan segera. Kita nilaikan sendiri.
Perbalahan di antara Dr Asri dengan Ustaz Zamihan saya kira sudah lama. Isunya tertumpu pada perkara Salafi-Wahabi. Yang ini saya serah pada pembaca untuk menilai. Bahkan ianya cukup lama saya kira berdasarkan pada kitab-kitab kuning yang mengulas isu ini secara panjang lebar oleh ulama'-ulama Nusantara (merujuk pada tulisan Allahyarham Ustaz Wah Shoghir). Kita tinggalkan part itu.
Bergelodak isu ini adalah berita penangkapan Dr Asri bila beliau dikatakan mengajar tanpa punyai tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor. Seputar tulisan yang banyak di blog-blog yang rutin saya lawati melahirkan rasa terkejut pada hal ini. Ia agak ganjil juga bila seorang yang tak punyai tauliah itu adalah pemegang Ph.D(Agama) dan juga bekas mufti. Maka disini gua lampirkan jawapan dari ustaz Zamihan sendiri:
Pihak Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai bidang kuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang didapati berceramah agama tanpa tauliah tanpa mengira kedudukan profesional, akademik @ sosial individu berkenaan. Namun di dalam enakmen yang berkaitan, tauliah boleh dikecualikan. Contohnya, jika individu tersebut mendapat jemputan 'rasmi' sebagai penceramah dari pihak berkuasa Agama Negeri (Jabatan Agama, Majlis Agama dan Jabatan Mufti). Atau menjadi tetamu istimewa Baginda Sultan. Memandangkan, Dr Mohd Asri tidak memiliki tauliah mengajar Agama Negeri Selangor, maka penahanan beliau adalah sesuatu yang biasa berlaku. Beliau juga boleh ditahan dimana-mana negeri sekalipun atas kes yang sama.
Sebenarnya, pihak berkuasa agama tidaklah terlalu 'jumud' dalam mengendalikan isu tauliah. Mana2 individu yang ikhlas berdakwah, menguasai disiplin ilmu agama, kebolehan @ kepakaran di bidang agama adalah dibenarkan berceramah. Kebenaran ini diberikan selagi mana penceramah berkenaan tidak menyampaikan pandangan yang bertentangan dengan fatwa yang sedang berkuatkuasa, tidak melibatkan politik kepartian dan tidak mencetuskan kontroversi agama. Atau tidak timbul sebarang laporan dari penduduk terhadap ceramah yang disampaikan. Jabatan Agama Islam mengenalpasti ramai yang tidak mempunyai tauliah. Tetapi, Jabatan masih tidak mengambil sebarang tindakan drastik untuk menahan mana-mana pendakwah. Sebaliknya, pihak Jabatan Agama sanggup mengeluarkan budget serta memberikan ruang dan peluang untuk memohon tauliah. (klik untuk selanjutnya)
Saya tegaskan di sini, isunya bukan Salafi-Wahabi tetapi isu pentauliahan. Kalau nak berkuntau isu Wahabi saya rasakan di sini bukan tempatnya. Cukuplah saya kira jawapan dari Ustaz Zamihan di atas. Tak kira apa Jabatan@Agensi kerajaan tetap punyai kelemahan, namun dari apa yang berlaku pada Dr Asri saya merasakan penguatkuasaan itu berlaku dan beliau terkena kali ini (jika merujuk surat amaran yang telah di hantar sebelum ini kepada beliau : KP JAIS).
Semoga Ustaz Zamihan diberikan kekuatan dan saya tetap menyokong beliau........
Yang Benar:
lamputih@antusabun@gua
****
Jawapan pada isu tauliah ini warisan penjajah:
SILA RUJUK PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH INI :
"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-
Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:-
Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya
Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya
* Boleh tangkap tanpa waran
[dinukil dari http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm ]
No comments:
Post a Comment