Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, April 7, 2011

PKR itu hancurkan perpaduan Dayak?????

Rata-ratanya betapa ramai jugak bodoh bangang mewakili pemimpin BN ni di Sarawak. Bersuara betapa menyibuknya orang semenanjung di Bumi Kenyalang sempena PRN yang akan berlangsung tak lama lagi.

Ada juga yang berkata bahawa PKR itu hancurkan perpaduan Dayak. Jahil sungguh. Oit, ini pilihanraya la bingai. Sapa-sapa pun boleh bertanding. Duduk dalam hutan la kalau dah diri tu bangang sangat.......

****
UMNO tidak dapat walau satu kerusi pun di Sarawak. Namun, mereka ke hulu ke hilir membuat sibuk. Harus diingat bahawa sehingga kini UMNO tidak diterima di Sarawak.

Kehadiran pemimpin UMNO yang memakai topeng BN di Sarawak dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (PRN Sarawak Ke-10) terasa amat janggal jika dibandingkan dengan PKR, DAP, dan PAS yang masing-masing meletakkan calon. UMNO menjelajah segenap pelosok Sarawak sambil menabur janji dan menagih undi untuk PBB, SUPP, PRS, dan SPDS. Parti-parti tersebut telah begitu lama diberi peluang untuk memakmurkan rakyat Sarawak. Walau bagaimanapun, sehingga kini Sarawak ialah negeri kedua yang mempunyai penduduk kategori miskin tegar di Malaysia.

Rakyat Sarawak miskin tetapi para pemimpinnya memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Sudah sembilan kali rakyat Sarawak dijanjikan dengan pelbagai perkara yang manis-manis belaka. Namun, semuanya palsu. Jika tidak masakan Sarawak menjadi negeri termundur di Malaysia. Banyak wang telah diperuntukkan kepada rakyat Sarawak. Ke mana wang itu lesap jika rakyatnya masih di takuk lama? Sebahagian besarnya disapu oleh pemimpin. Rakyat hanya dapat kuah.

No comments: