Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, January 20, 2012

Anwar saman Utusan Malaysia RM150 juta



Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan akhbar itu menyatakan kononnya beliau menghalalkan homoseksual.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata, akhbar milik Umno itu mereka pembohongan pada laporan berita muka depannya bertajuk "Tolak Anwar – Hasan" pada 17 Januari.


Peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Utusan

Saman difailkan firma guaman M/s Daim & Gamany, dengan ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan pihak mahkamah.

Manakala, peguam beliau, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta sebagai gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.

"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan," kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang Utusan Malaysia (Melayu) Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Utusan pada 17 Januari lalu memutar belit kenyataan Anwar dalam satu temubual dengan rangkaian penyiaran British (BBC), berdasarkan komen bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali yang dipecat.

Ketua Pembangkang itu dituduh kononnya mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan didakwa  menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Utusan turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Komen Hasan itu disiarkan dengan memutarbelitkan kenyataan Anwar yang menolak undang-undang berkaitan liwat kerana ia dimanipulasi pemerintah zalim demi kepentingan politik parti pemerintah.


http://keretaburuk12.blogspot.com

No comments: