Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, January 29, 2012

UMNO-APCO putarbelit kenyataan....Saya tidak khianati Palestin, jangan putarbelit kenyataan, tegas Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Pemuda Umno supaya tidak memutarbelit kenyataan kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan ringkas, Anwar (gambar) menegaskan temubual bersama Wall Street Journal banyak membincangkan isu yang berkaitan dengan dasar luar negara dan Palestin.

"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

" Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormat," kata Ketua Umum PKR ini.

Jelas Anwar jawapan yang diberikan berbunyi: "Saya menyokong semua usaha melindungi keselamatan negara Israel."

Beliau menambah akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi sekiranua Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Terdahulu Pemuda Umno menuduh Anwar mempertahankan "rejim zionis Israel" selepas ketua pembangkang itu dikatakan menyokong semua usaha melindungi keselamatan Israel.

Pengerusi Biro Antarabangsa dan Aman Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki berkata rakyat Palestin yang harus diberikan perlindungan, dipertahankan dan disalurkan bantuan kemanusiaan selepas dizalimi Israel.

Beliau berkata kenyataan Anwar menunjukkan sikap menyokong dan mengampu "rakan-rakan tertentu" beliau yang kebanyakan daripada mereka berdiri teguh di belakang rejim Zionis.

Tegas Anwar, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi aspek keadilan sejagat dan membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution," katanya.

Malaysia secara konsisten menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun hubungan komersial wujud antara syarikat-syarikat swasta di dua negara itu.

Permusuhan Israel dengan negara Islam di Timur Tengah merupakan isu utama bagi majoriti Melayu Islam di Malaysia.

Anwar menambah dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," katanya.

No comments: