Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, March 7, 2009

109-Tak cukup lagikah kamu untuk paham?

Dalam masjid sudah dilepaskan bom. Bukan di Gaza tapi di Kuala Lumpur. Orang tua pengsan, lelaki dan perempuan. Hanya tidak mahu bahasa ibunda hancur hasil idea mereka yang bukan pun seorang pakar. Aku lihat pak A. Samad gigih langkah umurnya 72 tahun. Dia pasti tak sangka, penghujung umurnya dia sempat lihat bahasa anak bangsanya hampir tergadai, terlacur dek tangan bangsa sendiri yang memekik isu ketuanan Melayu, mencium keris telanjang!! Mana perginya darah orang Perak berpakaian Pekida? Yang bersarungkan Prowaris? Yang gagah tarik kereta? Telur mu dimana? Tak segankah dengan Pak Samad? Atau kamu mahu tunggu Tongkat Warrant baru kamu bangkit?

No comments: