Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, March 30, 2009

128-PMRAM tu asalnya parti ke wahai Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan?

Balik hari Jumaat dari Ipoh memang gua penat gila. Hari ni baru gua dapat update. Tak banyak yang boleh diceritakan. Cuma sekarang panas isu PRK kat tiga tempat. Itu banyak blog dah cover story. Biar gua cerita yang lain.

Ada satu berita yang gua cukup-cukup tak puas hati terkeluar kat kaca tv masa gua duk santai-santai kat rumah..


Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.


"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.


***

Masa gua belajar timur tengah dulu, setahu gua ada kelab yang berbunyi Kelab Umno Mesir yang berpengkalan di Robaah, Madinah Nasr, Kaherah. Yang ni pejadah haram apa pulak? Kelab ni siap ada opis lagi kat DMAK kat Abbasiyyah. Lepas tu bantai PMRAM sampai susah budak PMRAM nak berurusan dengan kedutaan.

So nak kata apa lagi? UMNO tu mana asalnya kalau lu orang kata Kelab UMNO Mesir tak berpolitik? Kenapa tak namakan Kelab Kambing Mesir ke? Kelab Kunci Mesir ke?

Takda pulak gua tengok bebudak PMRAM ni suruh undi PAS masa kelas tafaqquh?

***

Takkan ni level otak bebudak UMNO yang belajar kat luar negara? Bodoh tahap lembu!!

No comments: