Asm tuan.
Tujuan saya mengirim emel ini cuma sekadar mahu mohon pandangan tuan tentang masalah yang saya hadapi ini. Harap tuan dapat membantu.
Begini tuan, saya baru sahaja menghabiskan pembelajaran saya dalam ijazah sarjana muda pengajian islam. Nak kata cemerlang tu tidaklah. Namun sedikit sebanyak hasil tungkus lumus saya selama hampir 5 tahun dapatlah saya sedikit ilmu yang mana bolehla saya berkongsi dengan warga tempatan dikampung saya.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang yang bertaraf menteri mencadangkan tentang pertaruhan dalam sukan bola sepak piala dunia. Kemusykilan saya bertambah kerana tiada bantahan secara rasmi dari agamawan kerana setahu saya apa jua bentuk pertaruhan hukum yang jelas dan putus adalah haram secara total. Tidak pulak diperincikan bentuk pertaruhan yang dibolehkan dalam kenyataan beliau tersebut lalu membuatkan kemusykilan saya bertambah.
Say akui bahawa tidaklah saya sempurna namun bagi saya perlu ada munaqashah dalam isu ini kerana saya nampak ia agak berbahaya kepada umat islam secara umum dan khusus. Tidak mahu isu ini dipolitikkan maka saya mohon penjelasan yang lebih jelas tidak kira siapa asalkan bukan dari mereka yang tidak berlatar belakang agama. Mohon dengan amat sangat.
Terima kasih tuan.
****
Entahla. Sapa yang boleh gua suruh aaaaaag?
No comments:
Post a Comment