Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, February 4, 2012

Majlis Maulud Nabi di madrasah as-Saidiyyah, Seremban

Sebuah pembentangan keras kerja dari pakar jemputan iaitu Tuan Guru Dr. Hj. Jahid bin Hj. Sidek al-Khalidi akan diadakan sempena sambutan Maulud Nabi. Kertas kerja bertajuk "Uswah Hasanah ikutan dari Rasulullah" akan dibentangkan selepas solat maghrib pada 5 februari ini bersamaan hari ahad ini.

Pada sebelah petang sebelumnya ada majlis berzanji dan bacaan qasidah dari Institut Tahfiz al-Qur'an Gemencheh. Juga ada pameran serta jualan buku bermula seawal petang tersebut.

Juga pada sebelah malam akan diadakan pelancaran buku baru yang bertajuk "Aurad Tareqat" oleh Mantan mufti Negeri Sembilan iaitu Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza Sheikh Ahmad.

Orang ramai dijemput hadir.

No comments: