Perkongsian spontan tanpa kredit
Follow twitter saya @negaramerdeka
Sunday, February 12, 2012
PENTING!! Jangan biaq Najib terlepaih kali nih... Tibai sampai lembik...
Najib di Batu Caves: NGO, PAS mahu fatwa jelas
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terus mengundang pelbagai bidasan.
Terbaru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (kanan) meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu.
"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," katanya yang dipetik Harakahdaily.
Sehubungan itu, Nasrudin juga berharap lebih ramai pakar agama, termasuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali supaya tampil menyatakan pendirian jika benar mendakwa mereka pembela akidah umat Islam.
"Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.
Jumaat lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap perdana menteri yang didakwa "menggadai akidah" dengan hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.
Menurut Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Najib seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya dipetik portal The Malaysian Insider.
Agama digadaikan
Turut membidas Najib dan Rosmah adalah kumpulan NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah Najib tidak merasa bahawa tidak perlu dipedulikan sema ada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?
"Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.
"TERAS menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama," kata Mohd Azmi (pertama dari kiri, bersama Harussani, Hasan Ali) dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, menghadirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak boleh diterima malah umat diingatkan menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.
Gambar sebesar patung berhala
"Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat," katanya lagi.
Harussani juga dilapor membidas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan penasihat agama perdana menteri kerana gagal menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.
Pada acara tahun ini, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves dan pasangan itu dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment