Maksud aku, kalau orang macam aku yang jadi petugas SPR yang jalankan kerja pendaftaran semula tu, adakah aku akan mendaftarkan 'pengundi Umno BN'?
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Dis — Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencadangkan agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali menjelang pilihan raya umum (PRU) bagi menghilangkan kerisauan sesetengah pihak yang menganggap daftar pemilih sebagai tidak bersih.
“Jadi saya cadang begini. Lebih baik kita daftar tiga tahun selepas pilihan raya, kita daftar semula. Tapi kita perlukan RM50 juta,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online. - TMI.
Nampak menarik jugak cadangan bekas pengerusi SPR ni. Cumanya, boleh pakai ka cadangan tu? Maksud aku, boleh ka cadangan tu dilaksanakan? Buka masalah RM50juta, tapi kaedah perlaksanaanya.TMI juga melaporkan:
Kalau tengok kepada cadangan bekas pengerusi SPR ni, tentu punya SPR tak mampu nak buat sendiri kalau nak buat macam kaedah buat bancian.“Kacang sahaja bagi negara ini RM50 juta setahun, kita cakap soal bilion-bilion. Macam bancian, kita buat cara itu.
“Sebab itu saya kata, tiap-tiap tiga tahun selepas pilihan raya, supaya bilangan ini, orang yang tidak ada di situ, namanya ada tetapi tidak ada di situ, akan jadi minimum, paling kurang.
“Kalau dia pindah pun, orang masih kenal dia. Masalah sekarang ini, dia pindah, orang tak kenal dia. Sebab dia pindah, alamat dalam kad pengenalan dia, alamat rumah sewa. Sudah bertukar tangan dekat 50 orang mana orang nak kenal. Jadi ini masalah,” katanya. - Ibid.
SPR cuma ada pejabat di peringkat negeri, tu pun kakitangan berapa orang saja. Kalau nak harap depa ni saja yang buat kerja 10 tahun pun belum tentu selesai.
Jadinya tentu SPR terpaksa 'sub' kerja ni kepada pihak lain ataupun ambil petugas sementara. Isunya setakat mana integriti petugas-petugas tu.
Maksud aku, kalau orang macam aku yang jadi petugas SPR yang jalankan kerja pendaftaran semula tu, adakah aku akan mendaftarkan 'pengundi Umno BN'? Dan aku yakin Umno BN tentu akan pastikan orang-orang yang akan jadi petugas SPR tu mesti dikalangan orang sanggup beraksi macam 'si anjing Umno'.
Jadinya, isu integriti tak selesai.
Lagi satu isu, kalau setakat sekali pi ke rumah, belum tentu boleh selesai. Mungkin tuan rumah atau penyewa rumah tu takdak kat rumah. Macamana pulak dengan golongan yang takdak tempat tinggal tetap.
Maksud aku, tentu punya akan ada yang 'tertinggal' tak masuk nama dalam daftar pemilih.
Kesimpulannya, cadangan ni walaupun namak menarik tapi sebenarnya langsung tak praktikal dan tak menyelesaikan masalah, malah bakal menimbulkan lagi banyak keraguan.
Jadinya, cadangan ni tak praktikal.
Pasai tu BERS✔H mencadangkan dibuat pendaftaran automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). SPR terus gunakan data yang ada pada JPN. Cukup saja umur 21 tahun, automatik nama masuk daftar pemilih dan layak mengundi.
Dan untuk mengelakkan isu 'pengundi luar' kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan berkenaan pertukaran alamat. Sapa yang didapati tak maklumkan pertukaran alamat kepada JPN dalam satu tempoh selepas berpindah, kira salah dari segi undang-undang dann boleh dihukum.
Aku tak pasti dah ada ka dak peraturan macam tu, tapi peraturan macam tu memang sepatutnya ada untuk memudahkan bukan saja SPR tapi juga agensi-agensi lain untuk berhubung dengan 'pelanggan' masing-masing.
Kalau dilaksanakan konsep pendaftaran automatik macam tu, bukan saja isu pengundi hantu dapat diselesaikan, tapi isu warganegara yang dah layak mengundi tapi belum mendaftar pun tak timbul lagi.
Dan kalau lepas tu pun masih jugak timbul lagi isu-isu berkaitan Daftar Pemilih, SPR boleh lepas tangan dan kita ramai-ramai belasah JPN pulak.
No comments:
Post a Comment