Korang pernah dengar ayat "When the mouth moves faster than the brain"?.. beginilah hasilnya bila bercakap tak guna otak..
Tapi aku tak mahulah buruk sangka terhadap pemimpin UMNO ini.. sebabnya mungkin dia hendak menggunakan otaknya dulu sebelum berkata-kata.. tapi sayang.. otaknya tak ada, jadi macam mana dia nak berfikir..
Hasilnya.. hubungan dua buah negara yang kini tegang dengan beberapa insiden melibatkan salah laku seks yang dilakukan terhadap Amah dari Indonesia, kini bertambah tegang..
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai "anjing imperialis".
Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara.
Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan.
Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.
"Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya.
"Kita berharap tindakan yang tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas menteri penerangan," katanya di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu.
Zainuddin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai "sombong" dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka "anjing imperialis".
"Saya tidak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton [di Unisel] untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutamanya selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya," kata Maidin di dalam ruang editorial Utusan, menurut Jakarta Globe.
Pengerusi parti pemerintah Indonesia Parti Demokratik Anas Urbaningrum juga membantah kenyataan Zainuddin.
"Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan.
"Dia tidak seharusnya mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak sepatutnya berlaku," kata Anas lagi.
Beliau juga menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainuddin kepada Habibie ke atas penghinaannya, kata akhbar itu lagi.
Selasa lalu, Menteri Luar Marty Natalegawa berkata, Jakarta tidak melayan artikel tersebut dan menganggap itu cuma "perkara remeh".
Menteri itu dilaporkan berkata bahawa kenyataan Zainuddin adalah "gila", tetapi tidak berminat untuk membaca artikel tersebut, dengan menambah bahawa kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.
Semalam, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu Zainuddin memohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dengan berkata kenyataannya dapat menambah ketegangan Malaysia dan Indonesia.
~ The Malaysian Insider
blogspot.com |by Anak Sungai Derhaka on December 13, 2012
◆
No comments:
Post a Comment