Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, December 12, 2012

Isu Khalwat: The Star Jatuh Martabat Macam Utusan Malaysia

Akhbar milik MCA, The Star sudah sama tarafnya dengan Utusan Malaysia apabila ia mensensasikan berita yang mengelirukan bertujuan untuk menakutkan pembaca khusus di kalangan masyarakat bukan Islam.

Ia berikutan tajuk muka depan akhbar itu semalam 'Khalwat issue heats up' dengan liputan tiga muka surat bertujuan memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran beramanah Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiusaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata, perkara sebenar yang berlaku hanya berkaitan perlakuan tidak bermoral di kawasan awam di mana tindakan akan dikenakan melalui peraturan pihak berkuasa tempatan sedia ada dan langsung tidak ada kaitan dengan undang-undang Islam seperti yang didakwa akhbar berkenaan.

Katanya, tindakan The Star itu adalah satu perbuatan yang memalukan, tidak bermoral dan penuh muslihat.

"Mereka cuma mahu menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa PAS adalah parti politik yang ekstrim, begitu juga Utusan Malaysia yang menakutkan orang Melayu terhadap DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.

Eksploitasi isu itu, tambah Chin Tong secara langsung menjatuhkan wibawa dan maruah The Star kerana membenarkan diri mereka dijadikan alat propaganda jahat politik menyebar api kebencian dan perkauman sama seperti Utusan Malaysia,

"The Star mengeksploitasi kekeliruan pembaca di kalangan bukan Islam mengenai perbezaan ketara antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Sepatutnya sudah tidak ada isu yang boleh dibangkitkan lagi kerana ia sudah dijawab dengan sangat jelas oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tidak ada sebarang kes khalwat berlaku." ujarnya.

Menyifatkan ia sebagai taktik kotor BN untuk menang pilihan raya, Chin Tong berkata, media kawalan BN sudah bersedia mencipta dan mensensasikan berita dengan membelakangkan fakta dan kebenaran menjelang pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, beliau berharap seluruh pendokong parti dalam Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Kerangka Dasar Bersama dan Buku Jingga agar tidak mudah dikelirukan atau terperangkap dengan jerat BN.

-Roketkini

Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2012/12/isu-khalwat-star-jatuh-martabat-macam.html

No comments: