Budak-budak biasanya kalau dia orang bergaduh atau bertengkar dengan kawan-kawannya bila dah nak kalah, diaorang pasti akan mengadu kepada Ibu atau Bapanya..
Biasanya diaorang akan kata "Mak!! tengok abang ni..." atau "Bapak!! tengok abang ni..."
Itu kalau diaorang bergaduh dengan abang diaorang.. kalau dengan kawan dia orang.. nama kawan diaorang akan disebut..
Nampaknya tiada bezanya tindakan budak-budak itu dengan pencacai Nong Chik ini..
"Polis!!! Tengok Nurul Izzah ni... dia cabar Nong Chik debat".. Kah.. Kah.. Kah...
Untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari ditimpa malu besar, kerana takut untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dalam 'Debat Perdana' yang telah dipromosikan melalui kain rentang yang digantung merata tempat disekitar Lembah Pantai, pencacai-pencacai Nong Chik telah melaporkan kepada Polis.
Kononnya menurut mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.
Provokasi apa benda entah...
Ini laporan dari The Malaysian Insider..
Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.
Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.
“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.
“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.
“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.
Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan:
“Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.
“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”
Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam jemputan itu berkata, debat tersebut adalah ruang untuk beliau menjawab segala persoalan serta tuduhan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu ~ The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment