Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, October 12, 2016

BENARKAH WUJUDNYA PEMENCILAN DIRI DARI ARUS PERDANA OLEH GOLONGAN TAREKAT SUFIAH?

Oleh : Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Mohammad Murtadza dalam menjawab hal ini: Hakikatnya mereka yang selalunya kehadapan dalam mempertahankan kedaulatan Negara Islam dan peperangan Fi Sabilillah. Golongan sufi di kalangan Tabi'in seperti Uwais al-Qarni, Abu Muslim al-Khaulani, al-Aswad bin Yazid, Hasan al-Basri dan lain-lain adalah antara ahli sufi yang mengutamakan urusan mempertahankan daulah lebih daripada ibadat sunat. Hasan al-Basri pernah berkata: Tiada satu amalan yang paling utama selepas daripada (bertungkus lumus dalam) jihad Fi Sabilillah melainkan menghidupkan malam.

Al-Rabi' bin Khaitham adalah seorang sufi yang mengangotai tentera berkuda, selepas dari medan jihad kudanya itu dicuri di hadapan matanya ketika beliau sedang bersembahyang, beliau berkata: Tidak ada sesuatu pun yang boleh mengangguku dari memunajat kepada Allah, Ya Allah! Sekiranya pencuri itu adalah seorang yang berkemampuan, maka berilah hidayah kepadanya tetapi jika sekirannya dia adalah seorang yang fakir maka kayakanlah dia.

Begitu juga jihad membela daulah Islam diteruskan oleh ulama sufi yang lain seperti penglibatan Abu Hasan al-Syazili dan Solahuddin al-Ayyubi di dalam peperangan menentang tentera Salib, Ibn Arabi berkata: Wahai anakku! Sesungguhnya bila Allah mahu menaikkan martabat hamba-Nya ke maqam-maqam yang lebih tinggi, Allah akan menghampirkan kepadanya musuh-musuh-Nya agar dia bersungguh menentang mereka dan dia sibuk menentang mereka terlebih dahulu kemudian selepas itu dia akan terus berjihad melawan yang lebih jauh pula.

Begitulah juga di tanah air kita Malaysia gerakan menentang British dipelopori oleh ulama yang amat berpegang teguh dengan amalan tasawuf seperti Tok Ku Paloh di Terengganu, Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain di Pahang, Tuan Hussin Kedah al-Banjari, pengasas Pondok al-Taufiqiyyah al-Khairiyyah, Padang Lumat dan lain-lain.

Selain daripada terlibat di dalam medan jihad Fi Sabilillah, golongan tasawuf jugalah yang menjadi pimpinan masyarakat di Tanah Melayu dan membina masyarakat yang cerdik ilmu seperti Tok Kenali di Kelantan (Pengasas majalah Pengasuh), Syeikh Muhammad Said al-Linggi, Syeikh Ahmad di Rasah, Tuan Tulis di Talang, Negeri Sembilan, dan lain-lain. Sebahagian mereka ada yang membuka pusat pengajian, menjadi pegawai kerajaan dan lain-lain tangungjawab kemasyarakatan.

Saturday, July 9, 2016

Memang pokai dah sebenarnya

Sunday, June 26, 2016

Akhirnya Subky Latif veteran Pas nampak apa yang Mahathir sedang lakukan sekarang Jangan rendahkan sikap Mahathir!

SUBKY LATIF | 25 Jun 2016.

KITA mungkin tidak setuju dengan banyak tindakan Dr. Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri dan kita juga boleh berbeza pandangan dengannya yang hendak menggantikan PM Najib sebagai Perdana Menteri tetapi mahu mengekalkan Umno sebagai sistem pemerintahan.
     
Sikapnya masa berkuasa dulu ada kelemahannya, tetapi sekarang dia menentang satu pemerintah yang paling tidak bertanggungjawab kepada semua kecuali hulubalang berjiwa Hang Tuah saja.
    
Dulu Mahathir orang atas. Dia tidak nampak masalah orang bawah. Sekarang dia rakyat yang boleh ke atas dan ke bawah. Dia dapat melihat orang atas sebagai mana orang atas itu dilihat oleh orang bawah.
    
Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dia dapat semua yang dikehendakinya. Jawatan-jawatan yang berelaun puluhan ribu. Kerana dia rasa rakyat tertindas dan negara berada dijurang kehancuran, maka dia sedia tinggalkan semua yang diberi kepadanya.
   
Apa yang dibuatnya sekarang sama seperti yang Tunku Abdul Rahman, sebagai bekas Perdana Menteri buat selepas tidak jadi Perdana Menteri dulu. Seolah-olah tiada yang baik yang Tun Razak dan Tun Hussein buat dulu. Tunku naik pentas PAS dalam PRK Pantai Merdeka.
    
Apa Tunku buat dulu adalah satu tindakan prorakyat yang mahukan keadilan. Sekalipun dulu Mahathir tidak peka tentang keadilan, itu adalah kelemahannya dulu. Sekarang dia peka tentang keadilan yang diabaikan. Jika kelemahannya dulu tidak dikomen terbuka oleh Tun Hussein sebagai bekas PM. Itu adalah kelemahan Tun Hussein.
    
Sekarang Mahathir peduli rakyat macam juga Tunku peduli rakyat. Apabila dia peduli rakyat dan negara, mungkin kita tidak suka dengan kaedah yang digunakannya dan apa dia nak jadi selepas itu, maka tidaklah wajar tindakannya itu diremahkan. Boleh dia tidak disokong tetapi jangan perleceh sikap dan tindakannya  semata-mata kita geram padanya dulu.
    
Kelemahannya dulu kita masukkan dalam sejarah, tetapi tidak boleh dinafikan sikapnya pada masa negara diambang keruntuhan ini dibakul sampahkan saja.
   
Satu teguran dan tindakannya terhadap Najib lebih berkesan dari tindakan 500 biasa yang mengecam Najib. Berjaya atau tidak Najib digugurkan hal yang lain. Serangan Tunku terhadap Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir dulupun tidak berjaya memenangkan PAS dalam PRK Pantai Merdeka. Tidak banyak juga yang Tunku dapat buat untuk menukar pimpinan masa itu.
   
Tetapi jangan kata Tunku buat kerja sia-sia! Maka jangan juga kata Mahathir buat kerja sia-sia sekarang.
   
Saya juga beranggapan menggantikan orang bukan menggantikan sistem seperti yang dipeloporinya sekarang. Tetapi keberanian, kesungguhannya  untuk menggantikan kerajaan yang ranggi dan tidak peduli rakyat wajar dihargai.
      
Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.
    
Dia tahu dengan kegiatan anti Najibnya itu dia berkemungkinan tidak dipusarakan di Makam Pahlawan Masjid Negara nanti. Apa yang dibuatnya adalah sekali ganda kesannya dari apa yang pembangkang dan pengkritik Najib dapat  buat selama ini.
   
Tidak banyak kerugian bagi sekalian yang mengecam Najib, tetapi Mahathir rugi banyak. Selain dari hilang sebahagian pendapatan, dia dikecam dan dikutuk oleh Umno. Apa untungnya? Selain dari membela rakyat dan negara yang tertindas.
   
Boleh dia tidak disokong tetapi mensia-siakan tindakannya amat tidak patut. – HARAKAHDAILY 25/6/2016

Saturday, June 25, 2016

Analisa Rafizi berkenaan #BREXIT

UK KELUAR DARI EU: APA KESAN KEPADA KITA?

Ada yang bertanya apa kesan keputusan referendum UK keluar dari EU. Komen-komen rasmi sudah tentu dikeluarkan oleh Najib Razak dan menteri-menteri seperti ekonomi kita kukuh, tidak terjejas dan lain-lain. Saya tidak perlu komen yang itu.

Saya senaraikan kesan dan risiko keputusan UK keluar dari EU yang mungkin tidak diulas di media perdana:

RISIKO EKONOMI GLOBAL GAWAT

1) Pound sterling dan pasaran saham London merudum dan menunjukkan prestasi terburuk dalam 4 dekad. London adalah pusat kewangan dunia dan ada pengaruh besar kepada pasaran saham lain.

2) Pada masa yang sama, UK adalah ekonomi kedua terbesar di dalam blok Eropah yang merupakan blok ekonomi terkaya di dunia. Keluarnya UK memberi ketidaktentuan sama ada blok Eropah akan runtuh, apatah lagi dengan masalah hutang Greece, kelembapan ekonomi berpanjangan, pengangguran di Sepanyol dan kebanjiran pelarian Asia Tengah.

3) Kedua-dua faktor ini memberikan risiko kepada kestabilan ekonomi global kerana blok Eropah banyak berdagang dengan seluruh dunia.

4) Jika pasaran memberi reaksi bahawa ketidaktentuan itu satu risiko besar, ada kemungkinan kejatuhan saham di London akan berjangkit kepada pasaran saham lain di dunia. Jika ini berlaku, ia boleh mencetuskan kegawatan ekonomi dunia. Malaysia akan terkesan teruk kerana kita bergantung kepada eksport.

5) Prestasi pasaran saham bila dibuka pada hari Isnin akan memberi bayangan sama ada keputusan keluar EU itu akan mencetuskan jangkitan panik yang merudumkan pasaran lain juga. Jika itu tidak berlaku, risiko kepada ekonomi Malaysia mungkin lebih rendah.

KEJATUHAN MATAWANG STERLING

1) Matawang sterling dijangka akan menjadi lebih rendah. Ini membawa kesan yang pelbagai kepada pelbagai kumpulan bergantung kepada jenis pendedahan kewangan.

2) Pendidikan tinggi di UK sepatutnya menjadi lebih murah kerana kadar tukaran murah. Namun ia bergantung juga kepada kos perniagaan baru selepas UK berada di luar Eropah. Jika kos perniagaan meningkat dan yuran dinaikkan, maka penjimatan dari kadar tukaran yang lebih rendah boleh dimansuhkan oleh yuran yang lebih tinggi. Terlalu awal untuk dinyatakan.

3) Institusi pelaburan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Felda dan lain-lain yang membeli hartanah mewah di London akan menyaksikan kerugian pada mulanya kerana nilai hartanah yang dibeli pada kadar yang lebih tinggi kini perlu diterjemahkan pada kadar yang rendah. Maka satu kerugian atas kertas akan dicatatkan. Walau bagaimana pun, kejatuhan sterling akan membuatkan harga hartanah UK tiba-tiba menjadi lebih rendah lalu lebih ramai pelabur asing mahu membeli hartanah yang mungkin akan menaikkan harga. Sekiranya ini berlaku, hartanah sedia ada bila dinilai kembali mungkin harganya lebih tinggi dan keuntungan atas kertas yang dicatatkan akan ditolak dari kerugian atas kertas sekarang.

Banyak lagi kesan lain tetapi saya rasa untuk rakyat biasa seperti saudara dan saya, ini antara kesan paling ketara yang melibatkan kita.

Cuma saya ajak kita ambil iktibar dari analisa undi mengikut umur seperti yang saya sertakan:

i - Majoriti orang muda mahu UK kekal di dalam EU. Lagi muda, lagi mereka mahu UK kekal dalam EU. Dibawah 24 tahun 73%, di bawah 62% 62% dan lain-lain.

ii - Mereka mahu UK kekal kerana mereka yang paling terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan mereka tidak mampu melalui satu kacau bilau ekonomi. Mereka juga faham keadaan ekonomi yang saling berkait dalam era globalisasi.

iii - Malangnya mereka dikalahkan oleh pengundi lebih tua yang sebenarnya menanggung risiko bagi tempoh masa yang lebih pendek kerana usia yang lebih lanjut. Jika pengundi itu berusia 55 tahun, pada jangka hayat purata 70 tahun, jika ada kejutan ekonomi pun pengundi itu hanya menanggung kesannya selama 15 tahun berbanding orang muda berusia 25 tahun yang akan menanggungnya selama 45 tahun.

iv - Maka orang muda diwariskan bukan sahaja dengan keadaan ekonomi yang lebih buruk berbanding dulu tetapi juga mereka perlu hidup dengan keputusan yang membebankan mereka yang dipaksakan ke atas mereka oleh generasi yang lebih tua.

Kenapa berlaku begitu?

Kerana di referendum semalam jumlah orang muda yang keluar mengundi adalah rendah berbanding orang tua. Walaupun mereka mahu kekal dalm EU dan kadar sokongan itu tinggi, orang tua yang lebih ramai keluar akhirnya menentukan.

Nasi sudah menjadi bubur bagi anak-anak muda UK.

Saya harap nasi tidak akan menjadi bubur bagi anak-anak muda Malaysia jika mereka hadam fenomena yang berlaku di UK itu.

Mohon sebarkan analisa ini!

Tuesday, June 14, 2016

Power betul kau rafizi..

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Dato' Rizal Mansor cuba jawab #misteribegbesar #jetmewah Pelbagai alasan diberikan, saya teliti dan kaji balik. Hari ini saya tampilkan jawapan yang menyangkal semua alasan yang diberikan sebelum ini. Setakat ini misteri masih belum terjawab, mohon sebarkan seluas mungkin agar lebih ramai yang boleh bantu selesaikan #misteribegbesar ini.

(Untuk paparan grafik penuh, sila lawati capaian
http://rafiziramli.com/2016/06/sewa-jet-dan-jumlah-beg-alasan-pegawai-datin-seri-rosmah-mansor-tidak-masuk-akal/)

14 JUN 2016

ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Saya memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Malangnya tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan. Malah kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Dato' Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Saya juga ingin membetulkan pembohongan-pembohongan berikut yang dibuat oleh Dato' Rizal Mansor apabila beliau tidak ada jawapan kepada pendedahan saya:

PERTAMA: ANGGARAN RM86 JUTA TIDAK BETUL

Sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.

Dato' Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

Konsep "dry lease" atau "wet lease" hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. "Dry lease" bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara "wet lease" bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, sewaan secara "dry lease" atau "wet lease" ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu.

Ini bermakna, apabila pelanggan menempah pesawat ACJ319 A6-CJE ini, pelanggan itu membayar keseluruhan khidmat penerbangan mewah yang ditawarkan oleh Emirates melalui jet tersebut. Maka konsep tempahan ini bukanlah sewaan secara "dry/wet lease" seperti yang digembar-gemburkan Dato' Rizal. Pesawat mewah seperti ACJ319 A6-CJE ini ditawarkan secara pakej iaitu "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut.

Oleh itu, anggaran kadar RM60,000 sejam penerbangan itu adalah tepat. Mengambil kira kadar tersebut, penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta.

Jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat. Saya khuatir sewaan secara "air charter" ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta.

Selagi Dato' Seri Najib Tun Razak enggan menunjukkan dokumen perjanjian sewaan "air charter" yang dimeterai dengan Emirates, ia membangkitkan kecurigaan bahawa jumlah yang ditanggung rakyat adalah tinggi.

KEDUA: BEG-BEG BESAR DIANGKAT KE RUANG MEWAH PESAWAT KERANA RUANG LETAK BEG/KARGO ADALAH SEMPIT/PENUH DENGAN BARANG PASUKAN PERSEMBAHAN PERMATA SENI

Saya pertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu kononnya ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini adalah sempit kerana telah diubahsuai. Menurut beliau lagi, oleh kerana jet itu juga membawa barang untuk persembahan pasukan Permata Seni, ruang letak beg/kargo tidak mencukupi hinggakan beg-beg penumpang dan krew terpaksa diangkat naik ke ruang mewah pesawat.

Saya telah menyemak spesifikasi keluasan ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini di laman rasmi Emirates Executives di http://www.emirates-executive.com/en/the-aircraft/specifications

Berdasarkan maklumat rasmi Emirates itu sendiri, ruang letak beg/kargo boleh memuatkan di antara 30 hingga 50 beg biasa atau berat muatan 1,200 kg. Ruang ini lebih dari cukup untuk menyimpan anggaran 12 hingga 15 beg-beg besar yang dibawa naik ke ruang pesawat.

Saya juga telah menyemak garis masa persembahan yang dibuat oleh kumpulan Permata Seni dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor di Istanbul untuk menentukan sama ada alasan bahawa ruang letak beg/kargo digunakan untuk membawa barang persembahan itu benar atau tidak.

Dari maklumat penerbangan yang saya perolehi bagi ACJ319 A6-CJE (yang boleh didapati menggunakan aplikasi Plane Finder), jadual penerbangan dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor adalah seperti berikut:

Nota:
1) Maklumat dari Plane Finder telah disiarkan dalam kenyataan media 8 Jun 2016. Masa Plane Finder adalah masa mengikut zon masa Dubai iaitu pengkalan bagi Emirates

2) Perbezaan masa ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

3) Tempoh perjalanan udara ke destinasi ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

4) Masa adalah mengikut zon masa destinasi

Berdasarkan kiraan di atas, Datin Seri Rosmah Mansor hanya tiba lewat petang sedangkan persembahan oleh kumpulan Permata Seni dilaporkan berlaku petang Rabu itu juga (rujuk laman http://www.gpsbestari.com/berita/permata-terima-anugerah-kebajikan-kanak-kanak-3g-1.525586 serta laporan-laporan media perdana di http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/27/permata-to-receive-global-award-for-its-achievements/ dan http://www.utusan.com.my/rencana/istanbul-26-mei-isteri-perdana-menteri-datin-seri-rosmah-1.335104 ).

Maka adalah tidak masuk akal barang-barang persembahan untuk Permata Seni dibawa di dalam jet ACJ319 A6-CJE yang disewa itu kerana tempoh masanya adalah terlalu singkat di antara jet itu mendarat dan peserta-peserta perlu bersiap sedia untuk membuat persembahan. Saya berpendapat sebenarnya barang-barang persembahan bukanlah sebab ruang kargo menjadi sempit seperti yang didakwa oleh Dato' Rizal Mansor.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, sehingga kini pimpinan Umno dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor masih belum menjelaskan berapa jumlah kos yang ditanggung rakyat dan apa kandungan beg-beg yang sehingga ia dibawa naik ke ruang mewah pesawat?

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Sunday, June 12, 2016

FAKTA UMNO PENGKHIANAT MELAYU (Dipetik dari tulisan Ust Idris Ahmad suatu masa dulu)

Tok terbaca tulisan us Derih tentang betapa teruknya amno.  Tapi itu dulu...waktu tu us derih dlm keadaan jahil.  Skrg dia dah olamak, maka dia pun tarik balik tulisan dia dgn menggantikan nama amno kpd Dap.  Dap jahat sebenarnya bukan amno, kata ostat Derih.

Ini tulisan ostat Derih dulu yg telah pun beliau tarik semula;

Kepada Ust Idris, kembalilah kpd ilmu kamu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4. Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8. 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9. 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.

10. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11. 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12. Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13. Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

15. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

16. Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Saturday, June 11, 2016

[Siri Kajian Hadith ARG: Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa]

1. Segelintir manusia yang tidak mempunyai ilmu hadits yang matang akhirnya akan menimbulkan keraguan di tengah masyarakat dengan mengkritik derajat hadits sehingga seakan-akan hadits tersebut adalah hadits palsu yang sama sekali tidak dapat dijadikan pedoman dan sandaran. Mereka adalah kelompok yang selama ini berasakan dirinya mempunyai keilmuan yang lebih tinggi berbanding ulama-ulama terdahulu. Salah seorangnya ialah saudara Fathi Sakandary, Pelajar jurusan perubatan di Mesir dari Malaysia.

2. Ada banyak riwayat hadits dengan redaksi yang berbeza-beza intinya menganjurkan kita berbuat baik dengan memberikan buka (makan) kepada orang yang sedang berpuasa sebagaimana disebutkan oleh al-Hafizh Ismail al-Ajluni dalam Kasyf al-Khafa', al-Hafizh as-Sakhawi dalam al-Maqashid al-Hasanah dan lain-lain.

Hadits Pertama:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

"Barang siapa yang memberikan buka kepada orang yang berpuasa, maka baginya adalah pahala sepadan puasa tersebut dengan tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa" (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

3. Hadits ini diriwayatkan melalui jalur tabi'in yang bernama Atha' bin Abi Rabah dari shahabat Nabi yang bernama Zaid bin Khalid al-Juhani.

4. Pada hadits pertama ini, Imam at-Tirmidzi menyebut hadits tersebut dengan "hasan shahih" yang kemudian penilaian tersebut di-taqrir atau disetujui oleh beberapa ulama, termasuk Imam an-Nawawi dalam Riyadh as-Shalihin (hadits nombor 1265) dan Imam al-Baghawi dalam Syarah as-Sunnah (III/301-302). Al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi dalam al-Jami' ash-Shaghir yang mencantumkan hadits tersebut juga memberikan rumusan ia "shahih". Syaikh Muhammad Abdurrahman al-Mubarakfuri dalam syarah Sunan Tirmidzi, Tuhfah al-Ahwadzi (III/449) juga tidak memberikan bantahan terhadap status "hasan shahih"-nya Imam at-Tirmidzi.

5. Muncul sedikit kajian yg berbeza dari Syaikh Syuaib al-Arnauth. Beliau dalam tahqiq-nya terhadap kitab Musnad Ahmad (hadits nombor 17085) menyebutkan, bahawa hadits tersebut statusnya adalah "hasan lighairi" disebabkan riwayat lain yang menguatkannya (syawahid). Maksudnya, tanpa penguat atau syawahid, Syaikh al-Arnauth menganggap hadits tersebut lemah. Menurutnya, ketika membicarakan hadits Musnad Ahmad nombor 17084, terputusnya sanad antara Tabi'in Atha' bin Abi Rabah dengan Shahabat Zaid bin Khalid al-Juhani adalah faktor penyebab kedhaifannya. Atha' dianggap tidak pernah mendengar hadits tersebut secara langsung dari Zaid bin Khalid al-Juhani.

6. Tetapi ada kemusykilan yang besar ketika Syaikh al-Arnauth menganggap bahawa Atha' bin Abi Rabah tidak mendengar hadits dari Zaid bin Khalid al-Juhani. Kerana dalam biografi Zaid bin Khalid al-Juhani yang ditulis oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Tahzhib at-Tahzhib (nombor biografi 708), dikatakan dengan sangat jelas bahawa murid yang pernah menceritakan hadits darinya, salah satunya adalah Atha' bin Abi Rabah. Sementara dari sisi umur, Zaid bin Khalid al-Juhani wafat pada tahun 78 H. (sebahagian ulama mengatakan 68 H.) sementara  Atha' bin Abi Rabah lahir tahun 27 H. dan wafat pada tahun 114 H. Jadi, kemungkinan besar mereka pernah bertemu dan mendengar hadits. Selain itu juga tidak didapati keterangan seperti itu dari ulama yang menilai shahih hadits tersebut padahal mereka adalah seorang hafizh dan pakar dibidangnya.

7.Hadits Kedua: Hadits panjang yang sebahagian didalamnya terdapat sabda Nabi:

مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ

"Barang siapa yang memberikan buka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala memerdekakan hamba sahaya dan baginya pula ampunan terhadap dosa-dosanya" (HR. Khuzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)


Sebagaimana dalam Syuab al-Iman-nya al-Baihaqi, hadits ini diriwayatkan melalui jalur Ali bin Zaid bin Jud'an dari Tabi'in Said bin al-Musayyab dari Shahabat Salman al-Farisi. Dan masih ada lagi hadits senada yang juga melalui perawi Ali bin Zaid bin Jud'an.

8. Hadits kedua termasuk kategori hadits dhaif menurut ramai ulama, bukan dhaif-munkar sebagaimana penilaian sebahagian Wahabi. Permasalahan yang didapati pada hadits ini adalah, dalam sanad hadits tersebut terdapat perawi yang masih diperdebatkan, yaitu Ali bin Zaid bin Jud'an.

9. Menurut Dr. Muhammad Mushthafa al-A'zhami dalam tahqiqnya terhadap Shahih Ibni Khuzaimah, bahwa hadits ini dhaif kerana Ali bin Zaid bin Jud'an adalah lemah.

10. Al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi (III/449), berkata bahawa, ramai ulama yang menilai Ali bin Zaid bin Jud'an adalah perawi lemah tetapi dinilai "shaduq" oleh Imam Tirmidzi. Sedangkan derajat "shaduq" jika yang mengatakan adalah Imam at-Tirmidzi, menurut Syaikh Ahmad Syakir, sebagaimana dikutip Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki dalam al-Manhal al-Lathif (hal. 130), adalah indikasi perawi hadits hasan. Dengan demikian khilafiyyah status hadits di atas tidak dapat dielak. Dan mungkin kerana ini pula, Imam at-Tirmidzi menilai hadits ini "hasan shahih". Maksudnya, hasan dari satu jalur sanad dan shahih dari jalur sanad lain sebagaimana istilah "hasan shahih" yang maklum dalam kitab-kitab mushthalah hadits.

11. Menurut al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-Jami' al-Kabir (hal. 26822), mengutip pendapat al-Hafizh Ibnu Hajar dalam al-Athraf, bahawa selain Ali bin Zaid bin Jud'an dalam jalur sanad hadits di atas, ada juga perawi lain yang sangat lemah, yaitu Yusuf bin Ziyad. Akan tetapi ia mendapat mutabi' dari riwayat Iyas bin Abdil Ghaffar dari Ali bin Zaid bin Jud'an.

12. Hadits Ketiga:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى طَعَامٍ وَشَرَابٍ مِنْ حَلاَلٍ صَلَّتْ عَلَيْهِ المَلاَئِكَةُ فِيْ سَاعَاتِ شَهْرِ رَمَضَانَ وَصَلَّى عَلَيْهِ جِبْرِيْلُ لَيْلَةَ القَدْرِ

"Barang siapa yang memberikan buka orang yang berpuasa dengan makanan dan minuman yang halal, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) kepadanya di masa–masa bulan Ramadhan, dan Malaikat Jibril pun bershalawat kepadanya di malam lailatul qadar" (HR. Thabarani, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Menurut al-Hafizh Ibnul Jauzi dalam al-Maudhu'at (II/192) hadits ini diriwayatkan melalui jalur Hasan bin Abi Ja'far dari Ali bin Zaid bin Jud'an dan mendapat mutabi' dari riwayat Baihaqi dan Ibnu Hibban melalui jalur Hakim bin Khizam dari Ali bin Zaid bin Jud'an.

13. Perawi yang bernama Ali bin Zaid bin Jud'an masih diperselisihkan ulama sebagaimana keterangan sebelumnya, sementara Hasan bin Abi Ja'far dianggap matruk oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan dianggap bukan apa-apa oleh Yahya bin Ma'in.Tetapi pendapat berbeza muncul dari Ibnu Adi, sebagaimana kutipan al-Hafizh al-Haitsami dalam Majma' az-Zawaid (III/371), bahawa Hasan bin Abi Ja'far adalah shaduq. Sementara riwayat yang menjadi mutabi'nya, yaitu perawi Hakim bin Khizam dinilai matruk haditsnya oleh Abu Hatim ar-Razi.

Dengan demikian, kedhaifan hadits ketiga ini hampir disepakati oleh pakar ahli hadits, tetapi tetap sahaja ada ulama yang menilainya sedikit berbeza.

14.Walau status hadits tersebut dhaif, ulama masih mentoleransinya bahawa hadits dhaif boleh diamalkan dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan keutamaan amal atau bahkan dalam masalah sunat dan makruh menurut sebahagian ulama. Apatah lagi jika ada syawahid dan mutabi' yang antara satu dengan yang lain saling menguatkan sebagaimana ucapan Syaikh Syu'aib al-Arnauth di atas.

15. Menghukum lemah secara mutlak terhadap hadits tersebut seperti yang dilakukan oleh sebahagian Wahabi adalah sebuah kesalahan ilmiah, kerana yang demikian itu secara terang-terangan menyelisihi kaedah dasar ilmu hadits, bahawa hadits yang mempunyai beberapa jalan riwayat satu dengan yang lain boleh saling menguatkan selama mana sanad haditsnya masih menerima dihimpun dan dikuatkan, apatah lagi banyak ahli hadits yang memberikan nilai shahih atau hasan terhadap hadits tersebut, kerana adanya syawahid dan mutabi'.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru. Johor

Friday, June 10, 2016

Sangka baik, sebenarnya makcik tu yang beri sumbangan

Wajah sebenar "Barua"


SIAPAKAH YG MENJADI "BARUA" POLITIK SEBENARNYA..?

PAS dalam Pilihanraya Kecil.

JUNE 9, 2016 / UNKNOWN SOLDIER

Dua PRK sudah menampakan kegagalan PAS menawarkan agenda membangunkan negara. Sebaliknya, PAS mengajak orang bersengketa dengan DAP yang mewakili kaum Cina. Apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh DAP kepada PAS dan orang Melayu?

Kadang2 kita nak ketawa dengan gelagat ustaz2 PAS. Dulu UMNO tuduh PAS barua DAP. Sekarang PAS yang tuduh Amanah barua DAP.  agaknya, pemimpin PAS dan Amanah semua nya orang yang terencat akal boleh dibudak budakkan oleh DAP.

Adakah DAP merampas kepentingan ekonomi Melayu atau UMNO yang pajakkan kepada Cina? Adakah Kit Siang menerima derma RM2.6 billlion? Adakah dia yang mengambil wang RM42 juta dari SRC? Adakah dia yang menjadikan 1MDB ATM peribadi? Adakah DAP merembat dana orang melayu islam yg berjumlah RM 53 billion?

Adakah PAS melakukan ini kerana mahu menyembunyikan kegagalan dan kelemahan nya sendiri? Apa yang ia dapat dan mampu buat ialah jaja agama. Kenapa ia mahu bersekongkol dengan UMNO yang melakukan kemungkaran merata rata, rasuah, salah guna kuasa, menggunakan undang2 draconian menekan rakyat? Apa yang PAS sudah dan sedang lakukan sebenarnya?

Ustaz yang cakap mengenai ethnic cleansing itu faham atau tidak konsep tersebut? Sebelum ini saya sudah pun tanya- keadaan orang Melayu yang tercorot dalam negeri2 yang dikuasai oleh Melayu/islam itu bagaimana? Adakah itu bermaksud Melayu di ethnic cleansingkan oleh pemerintah dari bangsa mereka sendiri? Cuba jawab ya sheikh.

Sekarang ini PAS hanya jadi barua kepada UMNO memecah belah suara rakyat yang mahu menukar kerajaan Najib. Ini bermaka PAS menyebelahi golongan penindas, pesalah, pencuri wang rakyat, perasuah, dan sebagainya.

Parti macam PAS inilah yang menyebabkan negara kia menduduki tempat ke 33 dalam Islamiciy ranking. Singapura yang bukan diperintah oleh pemimpin Melayu dan Islam menduduki tempat ke 7. Sebab kaum muslimin nya diberi kekebasan untuk memikul tanggung jawab yang sepatutnya dipikul sendiri. Mereka tidak bergantung harap kepada pemerintah atau meletakkan tanggung jawab yang patut ada pada tengkuk mereka sendiri ke atas pihak kerejaan.

Parti macam PAS dan UMNO lah yang telah menyebabkan Islam dirampas oleh pemimpin yang korap, ulamak2 upahan dan kumpulan2 pendesak lain untuk mensahihkan pemerintahan mereka. Dan pemerintahan ini dicirikan dengan pemusnahan prinsip memerintah ikut undang2 dan kerajaan yang mewakili suara rakyat. Suara yang mereka wakili ialah kepentingan golongan terpilih.

Golongan ulamak upahan dan parti pembelot rakyat macam PAS lah yang memanjangkan hayat kerajaan Najib yang menghisap darah rakyat. Mereka bersembunyi dibelakang agama dan bangsa.

PAS mengulangi pembohongan dan pendustaan bahawa jika Amanah menang maka DAP akan berkuasa. Dan bila DAP berkuasa mereka akan menghapuskan keistimewan orang Melayu, Islam dan raja2 melayu. PAS ini sangka politisyen Amanah half past six seperti kebanyakan pemimpin mereka? Tolonglah nasihat pemimpin enta- lain kali hendak tengok filem porno pay per view dalam hotel, jangan suruh bill enta dibayar oleh orang lain.

Adakah mereka ini buta atau otak tak center?. DAP dalam parliment hanya ada 37 kerusi. Kalau mereka menang 50 kerusi pun, mereka tidak dapat memerintah kerajaan persekutuan. Kerana untuk membentuk kerajaan , jumlah kerusi minima yang mesti dimenangi ialah 112. Ini bermakana DAP kalau mahu bentuk kerajaan persekutuan mesti bergabung dan berkerjasama dengan parti2 melayu yang lain. Dengan kerenah PAS yang macam ada wayar terputus dalam kepala, siapa yang hendak berkawan dengan nya?

Dalam tahun 2015, penduduk Melayu akan berjumlah sekitar 85% dari penduduk Malaysia. Bagaimana dalam keadaan bangsa Cina mengecil, DAP boleh menguasai pemerintahan?

Struktur agihan kuasa dari atas sampai ke JKKK berada dalam tangan orang Melayu. Penjawat awam- 95% orang Melayu. Tentera dan Polis- hampir 98% Melayu. Sultan2 semua Melayu. MB dalam negeri yang dikuasai UMNO ialah melayu dan perlembagaan negeri yang beraja memestikan MB mesti Melayu.SU kerajaan semua Melayu- ribuan DO – semua nya Melayu.

Dalam penyusunan kuasa Melayu sebegini, bagaimana DAP boleh merampas kuasa dari orang Melayu? Struktur kuasa sudah pun di Melayukan.

Inilah dusta yang dijalankan oleh PAS untuk membantu mengekalkan sebuah keraaan yang rasuah, tidak amanah, tidak boleh dipercayai, mencuri wang rakyat, membazir, menguasai  ekonomi untuk kumpulan terpilih.

Inilah politik yang diidamkan oleh PAS. Matlamat menjadikan Islam itu pedoman hidup sudah hilang...

#fromgroupwhatsapp

Teuku Zacharyah Iskandar

Thursday, June 9, 2016

Confirm batal!

Batas mula puasa ialah masuk waktu fajar,atau Subuh, bukan bila muazzin azan. Bila muazin azan,ia tidak azan melainkan sudah masuk waktu. Jika azan masih mengunyah,atau azan baru berhenti makan,maknanya batal puasa kerana masih makan bila masuk waktu fajar. Tahukah tuan,kelajuan bumi ialah 1627km sejam. Seminit 16.2 km. Satu saat bumi bergerak 270meter melepasi sempadan@garisan Fajar@Subuh.. Jika bilal lambat azan satu saat, kita sudah masuk sempadan waktu Subuh sejauh 270meter. Jika lewat 10 saat sahaja sudah meninggalkan sempadan waktu Subuh sejauh 2.7KM. Bayangkanlah. Maknanya, anda masih mengunyah sedangkan waktu sudah masuk. Jika bilal lambat 1 saat, 30 saat atau 60 saat sahaja dari waktu sebenar,orang yang masih makan konfom batal puasanya. Orang yang beri fatwa TANGGUNG DOSA semua orang yang terbatal puasanya akibat bermudah dgn waktu sahur. Sekarang faham mengapa ada imsak? Jika belajar Hadis di Universiti sahaja,tetapi tidak belajar falaq,mak jadilah seseorang itu pemfatwa yang jahil lagi menjahilkan umat Islam awam. Ulama dahulu buat sistem elok dah. Mereka faham Hadis dan tatbiq hadis untuk keluar fatwa yang realistik.

Wednesday, June 8, 2016

Edisi: Mitos pada bulan ramadhan

Salam Ramadhan semua

Admin hanya ingin membongkarkan satu mitos yang berlegar dalam whatsapp dan juga media yg seumpama dgnnya

Ini adalah artikel/mesej tersebut
----------------------------------------------------------
Saudaraku..
habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya...

Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna

Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di "makan" oleh bakteria jahat --> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
- Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
- Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
- Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
- Liver akan bekerja keras melawan racun.

Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.
Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.

Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Semua ini terjadi hanya kerana apa ???
Hanya karena anda tidur segera setelah bersahur..!!

Kesimpulannya;
- Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
- Tidur setelah sahur merosak liver
- Membuat dominan bakteria jahat.
- Menambah PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda <4 maka SEL KANSER AKAN MULAI TUMBUH
- Keadaan tubuh menjadi kurang oksigen, SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur.

Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya..

Semoga kalian tambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.

-------------------------------------------------

Kami sediakan dalam bentuk point agar para pembaca senang faham.

1) Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Penerangan:
Pencernaan makanan sebenarnya terletak dibawah satu sistem saraf dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS  system. Parasympathetic nervous system inilah yg akan menyebabkan mode badan bertukar kepada REST AND DIGEST. Iaitu setelah makan, selalunya badan mesti akan mengaktifkan saraf parasympathetic utk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan saraf para sympathetic diaktifkan, maka kita pun akan merasa letih. Ini kerana seperti yg saya kata awal2 tadi, mode badan akan bertukar kepada 'Rest'(rehat) and digest(pencernaan).

Saya nak bawa maksudnya di sini, apabila kita tidur atau pun rehat, sebenarnya waktu tulah proses pencernaan sedang berlaku dgn rancak. Bukan semakin lembab seperti dalam mesej tersebut. Jadi ianya bukan menjadi penyebab kepada ketidakcernaan makanan itu.

Tapi utk tidur sebaik selepas makan pun tidak baik. Ini kerana ianya akan meletakkkan kita pada posisi baring dimana makanan senang utk reflux naik balik ke dalam esophagus. Chronic reflux(atau lebih tepat lagi Gastroesophageal reflux disease/GERD) boleh menyebabkan cancer dibahagian   bawah esophagus.

Nasihat admin, lepas makan tunggu dalam 1 jam ataupun 2 jam supaya makanan drpd perut itu boleh turun ke usus dahulu utk mengelakkan GERD. Lps tu, baru tidor

2) mesej itu mengatakan bacteria dalam usus adalah bersifat anaerob iaitu mereka menghasilkan tenaga tanpa memerlukan oksigen berlainan dgn kita. Mesej itu juga menyatakan bahawa bahan kumuh yg terhasil drpd proses anaerob tersebut adalah nitric acid

Penjelasan:
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.

Yang menjadi kesalahannya adalah apabila mengatakan proses anaerob itu akan menghasilkan nitric acid. Fakta yg betul adalah proses anaeorob tersebut akan menghasilkan LACTIC ACID. Bukan nitric acid

Dan bukan bakteria sahaja yg boleh menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Otot kita pun boleh menjalankan proses anaerob. Ianya berlaku apa bila kita menggunakan otot kita utk melakukan kerja2 yg berat ataupun bersenam. Pada ketika itu, oksigen tidak sempat dibekalkan kepada otot utk melakukan fungsinya. Maka, sel otot terpaksa melakukan proses anaerob utk menghasilkan tenaga supaya sels tersebut masih boleh berfungsi. Hasilnya adalah lactic acid yg berkumpul di dalam otot. Sebab tu kalau org dah lama tak bersenam, tiba2 dia bersenam balik. Selpas itu dia mesti sakit2 otot. Sebab lactic acid berkumpul.

3) Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Penjelasan: Ada beberapa bakteria dalam usus kita yg menghasilkan ammonia. Benda ini adalah sesuatu yg normal dan hati dgn senangnya dpt menguraikan ammonia ini.

Masalah hanya akan berlaku apabila hati tersebut gagal berfungsi(liver failure). Waktu itu kandungan ammonia dalam badan boleh meninggkat tinggi dan menyebabkan kesedaran(conciousness) seseorang pesakit itu semakin kurang ataupun pesakit itu akan meracau. Keadaan ini dipanggil sebagai Hepatic Encephalopathy

Nak stresskan di sini. Tiada istilah makanan akan membusuk dalam perut dan menyebabkan bakteria itu membiak dgn lebih banyak ketika tidur. Ianya adalau sesuatu yg sgt normal.

4) Menambah PH keasidan tubuh akan menyebabkan kanser. Terutamanya bila pH<4

Penerangan: pH <4 tidak menyebabkan kanser. Tetapi konpem menyebabkan kematian. Tiada manusia yg boleh hidup jika pH darahnya kurang drpd 4.

Dan pH badan yg rendah(asid) tidak menyebabkan kanser. Sebenarnya kanser itu sendiri yg menyebabkan pH badan menjadi rendah. Ini disebabkan sel2 kanser yg aktif membiak, membuatkan sel2 baru jauh drpd saluran darah. Ini menyebabkan supply oxygen kepada sel2 kanser tersebut berkurangan. Oleh itu, sel2 kanser itu akan menghasilkan tenaga secara anaerob(tanpa memerlukan oksigen) dan menghasilkan bahan kumuh iaitu lactic acid seperti penerangan di atas . Inilah yg akan menyebabkan pH berkurangan

Kesimpulannya
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak

2) Tapi tidak dpt dinafikan kalau tidur lepas makan boleh menyebabkan penyakit GERD

3) pH asid tidak menyebabkan kanser

4) Tidak perlu menyebarkan kesesatan atas nama Nabi SAW yg suci.

--DM--

Wednesday, June 1, 2016

Dulu2 masa tengah comolot

Meh kita baca hujjah DUP Phg tentang DAP..

*

HUJJAH DULU2 : 18 Mac 2013
=========================

16 sebab kenapa PAS kawan dengan DAP & Tolak UMNO..!!

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat …….

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

https://dupahang.wordpress.com/2013/03/18/16-sebab-kenapa-pas-kawan-dengan-dap-tolak-umno/

Pening kepala otak aku

first and foremost...ask the department to audit their rubbish collector..their truck leake and the dirty water from the rubbish tank flow to the road and it will smell horrible for days...
they never bother to put back our rubbish bin in place after clearing them..sometimes even left it in the middle of the road...
the plant and plant debris like branches and leaves..they are suppose to clear twice a week but ..it only happen once a month...
the department concerned...please audit your contractor before go further....also it need money to buy different colours of plastic begs which your didnt supply...by differentiating rubbish is a good thing to the enviroement BUT ...what I see is doing good for the contractor..so that they saved time and make faster cash.

Sunday, May 29, 2016

~KEPENTINGAN DISIPLIN TAREKAT TASAWUF~


Oleh : Al-Fadhil Tn. Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi Hafizahullahu Ta'ala

Pengaruh tasawuf di abad kedua dan ketiga juga telah menarik perhatian gulungan ulamak lainnya, termasuklah  mutakallimin, mufassirin, muhaddithin dan fuqaha'.

Mereka memahami kedudukan dan kepentingan  tarekat  sebagai asas utama tasawuf sebagaimana yang ditegaskan oleh syeikh Abu Qasim al-Junaydi: "Dhikrullah adalah rukun utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (hakikat dan makrifat) Allah kecuali ia sentiasa kekal berzikir''.

Keempat-empat imam, Abu Hanifah (w.150H.), Imam Malik (w.167H.), Imam Syafie (w.204H.) dan Imam Ahmad Ibnu Hambal (w.241H.) bukan hanya turut belajar dan beramal dengan tarekat tasawuf tetapi mereka juga mengakui peranan dan kepentingannya.  

Imam Abu Hanifah yang berguru dengan Syeikh Ja'far as-Sodiq (w.148H.) berkata:  "Kalaulah tidak disebabkan dua sunnah, (sunnah yang zahir iaitu fekah dan yang batin iaitu tarekat tasawuf) nescaya binasalah Nu'man". 

Imam Malik juga meninggalkan wasiat penting dengan katanya:  "Sesiapa yang hanya beramal dengan fekah, tanpa bertasawuf ia jadi fasik (berdosa besar), sesiapa yang hanya bertasawuf sahaja tanpa fekah ,ia jadi zindik (terkeluar dari Islam), sesiapa yang mengabungkan kedua-duanya (semasa beramal) sesungguhnya ia sampai kepada hakikat sebenar." 

Apakah maksud wasiat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tersebut? Setelah beramal dengan tarekat tasawuf, kedua-dua tokoh memahami, setiap amalan tidak boleh dipisahkan dari tiga aspek iaitu syariat, tarekat dan hakikat;  jika sesorang mukmin hanya beramal berdasarkan fekah sahaja bermakna ia hanya dapat melakukan aspek syariat sahaja; dua aspek lain, tarekat dan hakikat akan tertinggal dan tidak tercapailah tujuan ibadat.  

Solat misalnya, aspek syariatnya ialah menjaga segala syarat dan rukun qauli dan fi'linya dengan sampurna. Aspek tarekat bagi solat ialah kesedaran taqarrub kepada Allah dengan dhikir  mengingati namaNya dan tafakkur terhadap kewujudanNya, sifat-sifat keaggungan dan kesampurnanNya. Aspek hakikat solat ialah roh mushahadah terhadap Allah dengan tadhakkur. (Aspek tarekat dan hakikat ini atau sentiasa berzikir, tafakkur dan tadhakkur boleh kita fahami dalam surah Al 'Imran, ayat 191). 

Imam Syaf'ie juga mengingatkan kita mengenai kepentingan tarekat tasawuf dengan katanya:  "Sesiapa yang mahu berbagai hijab hatinya dibukan oleh Allah, lalu Allah limpahkan ilmu (terus ke dalam hatinya), wajiblah ia melakukan khalwat dan mengawal makan dan menjauhkan diri dari orang-orang yang jahil dan juga ulamak yang mengikutkan nafsu dan yang tidak beradab". 

Wasiat Imam Syaf'ie ini bermaksud, tarekat tasawuf yang diamalkan dalam khalwat akan dapat meningkatkan tauhid ke tingkat hakikat dan makrifat. 

Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengingatkan puteranya, Abdullah dan juga kita semua dengan wasiatnya:  "Wahai anakku wajiblah engkau belajar dari orang-orang sufi, kerana mereka boleh membantumu untuk membentuk sifat takut kepada Allah, tawakal dan ..."

Wallahu a'lam.

Friday, May 27, 2016

Benarkah pakaian sunnah seperti jubah, serban, janggut, rida', capal Nabi saw merupakan adat orang Arab (sunnah jibilliyyah), dan bukanlah Sunnah Maqsuudah yang wajib dipelihara, dan kita boleh meninggalkannya bila perlu?.

Alasannya ialah kerana disana masih banyak sunnah yang penting serta besar melebihi sunah pakaian, kerana bagi mereka berakhlak mulia adalah lebih penting dari berpenampilan ala sunnah tapi pengotor dan tidak berakhlak.

Pencerahan:

Disini saya ingin menjelaskan bahawa isu pakaian merupakan isu fundamental dalam Islam yang mana selaku umat yang selalu mengikuti qudwah hasanah baginda saw pastinya takkan pernah terlintas di fikiran kita untuk meninggalkan walau satu sunah biar betapa kecil ia sekalipun, kerana sesungguhnya Allah menjanjikan hidayah dalam sunnah.

Sebagaimana firman Allah swt:

وان تُطِيعُوه تهتدوا

Disamping itu pakaian sunnah merupakan persalinan istimewa yang dipilih oleh Allah swt buat kekasihnya bahkan hingga ketika baginda saw naik ke Arasy Rahman juga baginda saw tidak meninggalkannya.

Bagi umat pula pakaian sunah berperanan membentuk jati diri serta penghambaan yang tinggi kepada Allah swt.

Di samping itu busana sunnah juga boleh menimbulkan rasa malu kepada pemakainya untuk melakukan maksiat, kerana pengamalnya merasakan bahawa aku sedang memperagakan imej Nabi Muhammad saw ke mata dunia. Secara tidak langsung mengawal sikap dan akhlak mereka.

Dalil tentang pakaian Sunnah disisi syarak:

1) Dalil Quran.

Firman Allah swt dalam Al Quran:

يا بني آدم قد أنزلنا عليكم لباسا يواري سؤاتكم وريشا ولباس التقوي ذلك خير.

Dalam ayat ini Allah swt menyebutkan 3 jenis pakaian yg Allah swt turunkan kepada anak Adam.

1) Pakaian yang menutup aurat.
2) Pakaian kemewahan.
3) Pakaian takwa.

Allah swt menyebut bahawa pakaian takwa adalah yg terbaik di antara ketiga jenis pakaian yang Dia turunkan.

Bagi saya, ayat ini adalah nas bagi kepentingan berpakaian mengikut Sunnah. Apa yang dijelaskan diatas bahawa berpakaian ikut sunnah adalah sunnah jibilliyyah hanyalah teori aqliyyah semata-mata yang sama sekali tidak dapat menyaingi ketinggian dalil qath'ie dalam hal ini.

2). Dalil hadis begitu banyak menyebutkan bahawa Nabi saw memakai jubah syaamiyyah (جبة شامية)، jubah yaman dll.

3). Qias: hakikatnya memakai jubah, serban, kain pelikat adalah sunnah maqsuudah yang dikehendaki oleh syarak kerana pakaian sunnahlah merupakan sunah yang akan membezakan antara pakaian orang beriman dengan orang yang tidak beriman.

Pernah suatu hari saya berdebat dengan seorang pelajar Afrika yang mengatakan bahawa takwa bukanlah pada baju tapi dihati sambil dia membacakan hadis: 

التقوي ههنا

Saya katakan kepadanya bahawa kadangkala takwa juga ada pada pakaian sebab itulah Allah swt berfirman:

ولباس التقوي ذلك خير

Saya bagi contoh kepadanya seandainya  tuan pergi ke luar negara bukan Islam, lalu berpakaian baju biasa selain jubah serban, macammana orang nak cam bahawa tuan orang Islam hingga dia kena salam pada tuan?. Orang takkan mampu membezakan antara seorang muslim dengan non-muslim melainkan dengan pakaian sunnah.

4) Dalil Urf:

Sesuatu perkara yg baik dalam budaya Arab akan tetap dikekalkan oleh Nabi saw dalam Islam kerana Islam tidak datang untuk menghapuskan segala adat istiadat manusia.

Kalaulah kita mengatakan bahawa jubah itu pakaian Arab sejak mula maka ianya berubah menjadi sunnah yg maqsuudah setelah ianya diterima oleh syarak sebagai salah satu perkara yg baik asalkan ianya mengikut ketentuan syarak.

Adapun pendapat yg mengatakan apa guna berjubah kalau akhlak tak elok, pengotor itu faktor luaran yang tak menjadikan pakaian sunnah tak penting kalau pemakainya tak baik.

Itu luar konteks... Konteks pembahasan kita ialah apakah pakaian sunnah itu satu kepentingan dalam agama atau tidak.

5) Lagi satu saya nak berkongsi dalil tajribiyyah (pengalaman peribadi saya dalam mengenakan pakaian sunnah) di negara bukan Islam.

Iaitu Allah swt akan mencampakkan dua perasaan dalam hati orang kafir bila melihat seorang Muslim berpakaian secara sunnah.

Kalaulah dia seorang pencinta Islam dia akan kagum bila lihat kita berpakaian sunnah.

Pengalaman pertama sewaktu saya di Jepun saya Ke hospital untuk menemani sahabat yg sakit.

Saya pakai jubah putih, tiba-tiba saya nampak seorang makcik tua datang mendekati saya sambil menundukkan kepalanya berkali-kali kemudiannya menghulurkan sebungkus coklat kepada saya sebagai tanda respect.

Keduanya ialah sewaktu Di Langkawi dua tahun lepas saya menemui seorang pelancong Itali yang memanggil saya sambil mengatakan: I like your turban, very-very beautiful.

Ketiganya ialah sewaktu saya Di Ghana kami dakwahkan seorang pemandu taxi yang beragama Kristian...akhirnya dia kata:

Sebenarnya orang-orang Islamlah merupakan pengikut Jesus yang sebenarnya sebab pakaian mereka sama macam Jesus, sedangkan pakaian orang Kristian sekarang adalah berbeza dengan pakaian Jesus.

Ini contoh orang yang kagum dengan pakaian sunnah.

Adapun contoh orang yang gerun dengan pakaian sunnah pula saya ada dua pengalaman sewaktu belajar di South Afrika dulu.

1) Sewaktu berjalan di Sandton City, Johannesburg tiba-tiba saya nampak seorang Yahudi yang memakai kepiah kecil dikepalanya. Bila dia nampak saya terus nampak seolah-olah dia amat takut, hingga dia lari tergopoh gapah.
Betapa takutnya dia kepada umat Islam bila berjubah.

2) Keduanya satu malam saya singgah makan Pizza di sebuah Restoren di South Afrika.

Di suatu sudut kelihatan seorang Yahudi yang kelihatan memeluk tubuhnya sekuatnya nampak macam takut sangat-sangat rupanya dia takutkan kami yang waktu itu sedang makan berdekatan dengannya.

Dari situ saya dapat buat kesimpulan bahawa pakaian sunah bukan sekadar menutup aurat lebih besar dari itu ianya merupakan imej dan jati diri umat Islam. Dengannya lah umat Islam dihormati dan digeruni.

*Yakinlah...dalam sunah ada kejayaan..!!

Maulana Helmi

Wednesday, May 25, 2016

Apakah tugas sebagai guru..??

1. Mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna pada negara.
2. Melahirkan insan cemerlang rohaniah dan jasmaniah..
3. Menyediakan barisan pelapis untuk memimpin negara..

BUKAN  disuruh bertepuk tangan untuk YB atau Menteri...!!!

#RMS

Semoga kita insaf

ULAMA2 NUSANTARA TIDAK DIIKTIRAF (DIRUJUK) OLEH ULAMA2 ARAB????

Ada seorang hamba Allah berkata, "Ulama2 di Nusantara tidak diiktiraf oleh ulama2 Arab...kitab2 mereka hanya dibaca di Nusantara....sebab itu Nusantara menjadi 'lubuk' amalan2 bid'ah...

Masya Allah...kata2 sebegini diucapkan disebabkan tidak membaca sejarah tentang para ulama Nusantara. Hakikatnya, ramai dari kalangan ulama2 di Nusantara yang diiktiraf & menjadi rujukan ulama2 Arab...Antaranya :-

1) Syeikh Ahmad Al Fathani....ketika berusia 12 tahun lagi ulama2 Mekah telah menggelarkannya sebagai "Sibawaih Shaghir" (pakar ilmu nahu). Dua orang ulama besar Mekah iaitu Sayyid Abu Bakar As Syata & Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al Makki meminta beliau untuk mentahqiqkan kitab  I'anah AT-Talibin Syarh Fathul Mu'in. Manakala Sultan Abdul Hamid II mengakui kealiman beliau dalam pelbagai bidang.

2) Syeikh Mahfuz At Tarmasi...ulama kelahiran Tremas, Pacitan Jawa Timur ini diiktiraf oleh ulama2 Arab sebagai pakar hadith & fiqh. Beliau yang juga mursyid tariqat Syathariah di Nusantara dilantik menjadi imam besar & guru di Masjidil Haram. Mendapat gelaran "Allamah, Al-Muhaddith, Al-Musnid, Al-Faqih, Al Usuliy wal Muqri'. Ramai ulama2 Arab yang berguru dengan beliau. Antara yang masyhur ialah Syeikh Umar Hamdan, Syeikh Ash Shihab Ahmad, Syeikh Hasan Al Masysyat Al Makki & mufti Mumbai iaitu Syeikh Sa'dullah Al-Maimani. Kitab2 penulisan beliau dijadikan rujukan wajib di institusi2 pengajian tinggi di Iraq, Maghribi, Arab Saudi & negara2 Arab yang lain.

3) Syeikh Yasin Al Fadani....mendapat gelaran "Musnid Al Asr" (Pemegang Sanad Unggul Zaman) dari ulama hadith di Mekah iaitu Sayyid Abdullah Al Ghumari. Ulama2 besar Arab menjadi anak murid beliau antaranya Syeikh Ali Jum'ah (mufti Mesir) dan Syeikh Mahmud Said Mamduh (ulama terkenal di Mesir). Syeikh Mahmud Said Mamduh pernah berkata: "Syeikh kami Allamah Al Fadani bukan hanya sekadar seorang musnid, bahkan beliau adalah seorang alim yang menguasai segenap disiplin ilmu Islam. Beliau menjadi tumpuan manusia meminta fatwa daripada pelbagai ceruk rantau.

Ramai lagi kalau nak cerita....Syeikh Ahmad Khatib Al Minankabawi, Syeikh Zainuddin Bawean, Syeikh Abdul Qadir Al Mandili, Syeikh Uthman Tungkal........fuhhh memang ramai

#pondokhabib

Tuesday, May 24, 2016

Pemimpin dan panda

#jangankecamsaya

Perkongsian menarik

#informasimillenia

Monday, May 23, 2016

Semoga panjang umur

Saturday, May 21, 2016

Amalan di Malam Nisfu Sya'ban

Penjelasan al Alim al Allamah Al Muhaddith  Syekh Alawi al-Maliki tentang Amalan di Malam Nisfu Sya'ban:

Sebagaimana biasanya pada malam Nisfu sya'ban, banyak kita temui di beberapa masjid masyarakat Nusantara selepas shalat maghrib berjamaah, mereka bersama-sama membaca Al-Qur'an surat Yasin 3 kali, lalu berdoa dengan doa nisfu sya'ban dengan harapan agar hajatnya dikabulkan oleh Allah dan kebaikan dunia akhirat.

Amalan seperti itu tidaklah diharamkan dalam agama, karena masuk dalam kategori bertawsshul dengan amal salih. Sebagaimana dijelaskan oleh Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki al Hasani rahimahullah dalam kitabnya yg khusus membahas tntang bulan Sya'ban berjudul " Syahru Sya'ban Maadza Fiiha ", Beliau mengatakan: Membaca surah yasin dengan niat meminta kebaikan dunia dan akhirat atau membaca al quran seluruhnya sampai khatam semua itu tidak diharamkan juga tidak dilarang.

Ada sebagian kalangan yang menganggap bahwa amalan seperti itu adalah haram, dilarang. Mereka mengatakan: Orang-orang awam apa yg mereka lakukan mulai dari membaca surah yasin 3 kali, satu kali agar niat panjang umur disertai kemampuan untuk taat. Kedua kali dengan niat agar dijaga dari keburukan dan dilapangkan rezekinya, ketiga kali dengan niat agar hati menjadi tenang tentram dan husnul khatimah. Kemudian melakukan shalat hajat disela sela doa.

Dikatakan bahwa semua itu adalah tidak ada dasarnya dan tidak sah shalat kecuali dengan niat ikhlas kepada Allah bukan semata mata tujuan tertentu.

Maka aku menjawab: sesungguhnya tuduhan seperti ini dengan sendirinya bathil (tidak benar). Dugaan seperti ini akan menutupi karunia Allah dan rahmatnya.

Dan yang benar adalah amalan seperti ini tidaklah di larang sama sekali selamanya. Mulai dari membaca Al-Quran, wirid-wirid zikir, doa-doa untuk tujuan bersifat duniawiah atau permintaan setiap orang, hajat-hajat, dan cita-cita setelah mengikhlaskan niat kepada Allah pada semua itu. Maka adapun syaratnya adalah Ikhlasnya niat melakukan karena Allah SWT. Dan niat ini memang dituntut di segala ibadah dan perbuatan mulai dari shalat, zakat, haji, berjihad, berdoa, dan membaca al quran. Maka sahnya amal harus dibarengi niat ikhlas kepada Allah SWT. Dan ini memang dituntut tidak dikhilafkan didalamnya. Bahkan jika suatu amalan tidak dibarengi ikhlas karena Allah maka ia tertolak sebagaimana firman Allah :

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين ... الآية

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (QS. Al bayyinah : 5)

Akan tetapi tidak ada yang melarang seseorang menambahkan pada amalnya beserta niat ikhlas kepada Allah juga permintaan-permintaan atau hajat-hajatnya yang bersifat agama dan duniawiah, materi ataupun tidak materi, yang tampak ataupun yang bathin. Dan siapa saja yg membaca surah Yasin atau lainnya dari surah-surah al quran lillah ta'aala mengharap keberkahan di dalam umurnya, keberkahan didalam hartanya, keberkahan didalam sehatnya, maka sesungguhnya semua itu tidak berdosa baginya melakukannya. Karena ia menempuh jalan kebaikan dengan syarat tidak meyakini amalan tersebut secara khusus disyariatkan. Maka ia membaca surah Yasin tiga 3 kali, 30 kali atau 300 kali, bahkan ia membaca Al-Quran sampai khatampun ikhlas karna Allah SWT. Serta mengharap hajatnya dikabulkan, keinginannya ditunaikan, kesusahannya dihilangkan, penyakitnya disembuhkan dan hutang-hutangnya dilunaskan.

Maka apa semua itu pantas dianggap berdosa sedangkan Allah menyukai hamba yang meminta-minta kepadanya segala sesuatu? Maka ia hadapkan kepada Allah dengan bacaan surah yasin atau sholawat kepada nabi SAW. Tidaklah itu melainkan hanya sebagai perantara dalam bertawassul dengan Amal amal saleh. Dan tiada seorangpun dari umat islam yang mengkhilafkan tawassul dengan amal saleh. Maka siapa saja yang ia berpuasa, sembahyang atau membaca Al-Qur'an dan bershodaqoh maka sesungguhnya ia bertawasshul dengan shalatnya, puasanya, bacaanya dan sedekahnya. Bahkan ia lebih diaharapkan dikabulakan.

Sebagaimana dalam hadits Sahih, hadits yang menceritakan tiga orang yang terjebak didalam Gua. Lalu satu orang bertawashul dengan perbuatan baiknya dengan orang tua, yang kedua bertwashul dengan menjauhi perbuatan buruk, dan yang ketiga bertwashul dengan amanahnya dengan menjaga harta orang lain dan menunaikannya dengan sempurna. Kemudian Allah mengabulkan doa mereka sehingga mereka terbeaskan dari gua tersebut. Inilah satu macam dari Tawassul yang mana oleh ibnu Taimiyah dijelaskan secara rinci dalam kitabnya " Qaa'idah jaliilah fit tawassul wal wasiilah ".

Dengan ini jelas sudah amalan nisfu sya'ban termasuk amalan yang dibolehkan bahkan dianjurkan dalam agama, bertawassul dengan amal-amal saleh.

Adapun doa yang biasanya dibaca dalam nisfu sya'ban setelah membacan Yasin 3 kali yaitu:

بسم الله الرحمن الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
أللهم يا ذا المن ولا يمن عليه يا ذا الجلال والإكرام يا ذا الطول والإنعام لا إله إلا الله أنت ظهر اللاجئين ، وجار المستجيرين ومأمن الخائفين . أللهم إن كنت كتبتني عندك ( في أم الكتاب ) شقيا أو محرما أو مطرودا أو مقترا علي في الرزق فامح
أللهم بفضلك شقاوتي وحرماني وطردي وإقتار رزقي وأثبتني عندك غي أم الكتاب سعيدا مرزوقا موفقا للخيرات فإنك قلت وقولك الحق في كتابك المنزل على لسان نبيك المرسل : يمحو الله ما يشاء ويثبت عنده أم الكتاب (سورة الرعد : 39). إلهي بالتجلي الأعظم في ليلة النصف من شهر شعبان المكرم التي يفرق فيها كل أمر حكيم ويبرم . أسألك أن تكشف عنا من البلاء ما نعلم وما لا نعلم وما أنت به أعلم إنك أنت الأعز الأكرم . وصلى الله تعالى على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم

Doa ini oleh sayyid Alawi al Maliki telah ditunjukkan kepada para masyaayikh guru-guru beliau dari ulama hadits dan fiqih, mereka semua memastikannya dan membenarkannya. Dalam hadits pun doa ini ditemukan dalam hadits mauquf. dalam kitab al Mushannaf libni abi Syaibah dan ibnu abu dunya dalam ad du'a :

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، قَالَ : مَا دَعَا قَطُّ عَبْدٌ بِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ إِلَّا وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي مَعِيشَتِهِ : " يَا ذَا الْمَنِّ ، فَلَا يُمَنَّ عَلَيْكَ , يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ، يَا ذَا الطَّوْلِ وَالْإِنْعَامِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ , ظَهْرُ اللَّاجِئِينَ وَجَارُ الْمُسْتَجِيرِينَ وَمَأْمَنُ الْخَائِفِينَ , إِنْ كُنْتَ كَتَبْتنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا فَامْحُ عَنِّي اسْمَ الشَّقَاءِ , وَأَثْبِتْنِي عِنْدَكَ سَعِيدًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرِ فَإِنَّكَ تَقُولُ فِي كِتَابِكَ يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ سورة الرعد آية 39

Inilah keyakinan kita, manhaj Ahlussunah wal jamaah. Semoga manfaat, Wallahu a'lam bishowwab.

Friday, May 20, 2016

Kematian Enno Farihah mengingatkan aku kepada kematian Junko Furuta.

Permulaan kematian mereka hampir sama apabila mengatakan "No" kepada permintaan lelaki. Enno mengatakan "tidak" kepada teman lelakinya untuk mengadakan hubungan seks, manakala Junko mengatakan "tidak" untuk menjadi teman wanita Hiroshi. Enno cuma 18 tahun, dan Junko cuma 16 tahun ketika itu.

Akibatnya, kedua-dua mangsa, Enno dan Junko dirogol beramai-ramai dan disiksa sehingga mati. Enno mati dalam keadaan yang mengerikan, tetapi Junko sebenarnya lebih mengerikan daripada Enno. Enno mati apabila ditusuk oleh cangkul di kemaluannya sehingga menembusi rongga dada. Manakala Junko dirogol dalam 4 lelaki (atau lebih), dikencing, dibakar bulu mata dengan lilin dan lighter, kemaluan dibakar dengan rokok dan lighter, digantung disiling dan dijadikan beg boxing, dipaksa minum air kencing sendiri dan makan lipas, dan berbagai lagi yang aku tak sanggup nak tulis. Sangat mengerikan.

Anda semua boleh google mengenai kes Junko Furuta tahun 1989 di Jepun yang sangat mengerikan. Baca fakta sahaja sudah cukup membuatkan anda rasa ngeri dan takut. Tidak boleh bayangkan kenapa manusia boleh jadi sekejam ini.

Persamaan kedua kes ini adalah mangsa dan pemangsa daripada kalangan remaja dan berumur lingkungan 15-18. (kecuali ada sorang yang berumur 25 tahun di dalam kes enno).

Persoalan timbul, bagaimana budak mentah sebegitu boleh jadi sebegitu kejam dan sangat sadis.

Buku The Lucifer Effect oleh Philip Zimbardo yang menjalankan "stanford prison experiment" , manakala keputusan analisis Solomon Asch yang menjalankan "Ash Conformity Experiment" mungkin dapat merungkaikan mengapa mereka boleh menjadi sangat kejam dan sadis.

Dalam buku lucifer effect, Philip Zimbardo mengatakan penguasaan berlaku apabila orang yang berkuasa tidak lagi melihat orang yang dikuasi sebagai manusia. Mereka hanya dipandang sebagai objek.

Di dalam laporan Zimbardo, dia sengaja memberi uniform dan cermin mata gelap kepada pengawal olok-olok untuk memberi persepsi perasaan kekuasaan dan mengelakkan eye-contact.

Manakala banduan olok-olok pula diberi uniform berlainan dan diberi nombor. Mereka dipanggil nombor dan bukannya nama sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak lagi dipandang sebagai manusia, tetapi banduan atau objek yang ingin dikawal.

Di dalam kes Enno dan Junko, mereka tidak lagi dipandang sebagai manusia, tetapi sebagai objek seks. Ini menjelaskan kenapa mereka berdua dirogol beramai-ramai dan berulang kali disiksa secara fizikal tanpa sedikit parasaan kasihan ketika mendengar mangsa merayu, menjerit kesakitan, dan merintih simpati.

Persoalan yang lain juga timbul, kenapa apabila salah sorang mereka telah melakukan sesuatu diluar jangkaan akal, tetapi tiada seorang antara mereka menghalang atau menghentikannya. Enno ditusuk menggunakan cangkul sehingga ke rongga dada dan menyebabkan kematian. Manakala Junko diseksa selama 44 hari. Tiada sorang pun antara mereka dikatakan menghalang kejadian tersebut.

Dalam laporan Zimbardo, pengawal penjara olok-olok yang memulakan keganasan mengatakan dia mahu melakukan ekserimen dia sendiri. Katanya:

"How far can I push these things and how much abuse will these people take before they say, 'knock it off?'" But the other guards didn't stop me. They seemed to join in. They were taking my lead. Not a single guard said, "I don't think we should do this." ―David Eshelma

Apabila sorang antara mereka melakukan perkara yang tak masuk akal, yang lain akan cenderung untuk mendiamkan sahaja. Malah mereka turut serta melakukan benda yang sama apabila tiada siapa yang mempertikaikannya.

Ianya boleh dijelaskan dengan Ash Comformity experiment. Apabila ramai-ramai melakukan kesalahan, orang yang selama ini mengetahui yang ianya salah mula membenarkan dan merelakan kesalahan tersebut.

Pada mulanya mereka cuma merogol dan memukul, dan yang lain pula sudah mencapai tahap conformity atau tahap merelakan apa yang berlaku di depan matanya.

Maka, salah seorang antara mereka mula akan melakukan "little experiment" sendiri dan menyebabkan tahap kerelaan keganasan yang lain naik satu tahap yang lain.

Kerana itu apabila Enno dilakukan sebegitu, mereka turut serta menolongnya. Malah Junko disiksa dengan teruk sekali dan orang yang lain turut serta menyeksa dia sehingga 44 hari. Laporan turut mengatakan mercun telah disumbat di dalam punggung Junko dan diletupkan sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Iktibar yang boleh diambil daripada kisah mereka berdua adalah dengan mengajar anak lelaki masing-masing dan lelaki disekeliling untuk tidak melihat wanita sebagai objek seks. Ajar mereka untuk melihat wanita sebagai manusia dan saudara mereka. Apabila wanita kata "tidak" ataupun "no". Please respect and move on.

Yang ke kedua adalah, untuk tidak merelakan sebarang keganasan yang berlaku di depan mata walaupun majoriti ketika itu seperti merelakan dan membiarkan sahaja. Kita juga pernah dengar kes yang wanita juga dibuli secara beramai-ramai oleh wanita yang lain. Kerana dalam kumpulan tersebut sudah merelakan keganasan yang dilakukan walaupun di luar norma wanita yang sinonim dengan kelembutan dan kasih sayang.

Seseorang perlu stand up dan menyedarkan yang lain untuk tidak sama-sama untuk merelakan keganasan. Apabila dua tiga orang mula bangkit melawan keganasan di depan mata. Yang lain akan turut serta kerana nature of pshychology of human, cenderung untuk melakukan apa yang majoriti lakukan. Walaupun ianya salah. "Majoriti buat, so, tak salah la aku buat". Jadi kena ingatkan untuk "benda ini salah! Jom hentikan!"

Sama-sama kita mendoakan arwah Enno dan Junko tenang di akhirat sana. Kita perlu sama-sama ambil inisiatif untuk mengelakkan perkara kejam dan sadis dalam kalangan remaja berulang lagi.

***

By the way, ini cuma analisis psikologi amatur (ataupun beginner) dalam dua kes tersebut. Jika ada rakan yang belajar psikologi disini, mungkin mereka boleh ulas lebih baik dan tepat daripada aku.

Kisah Junko pula, adalah sumber tertier. Aku cuba cari yang sekunder agak susah. Namun kemungkinan fakta salah sikit sahaja. Yang pasti cukup untuk analisis yang boleh dibuat daripada persamaan motif dan pengakhiran.

Wednesday, May 18, 2016

10 Negara yang mempunyai simpanan emas terbanyak di dunia


Di mana negara Arab yang dikatakan kaya?

(Source: www.gold.org, 2 Mei 2016)

Tuesday, May 17, 2016

MENJAWAB DAKWAH SAFALI-WAHABI


Alhamdulillah…Ternyata, buku karya Mufti Agung Mesir, Prof Dr. Ali Jum'ah banyak diminati kaum terdidik. Tidak menyangka, ternyata laris manis. Saya bersyukur karena generasi Muslim kita tahu bagaimana harus belajar, dan tidak mudah terbawa hasutan kelompok lain. Buku ini memang layak menjadi rujukan bagi mereka yang haus pengetahuan agama.
Sebagai hadiah atas rasa syukur saya, berikut saya kutip penjelasan dalam buku ini tentang pemahaman konsepsi Bid'ah yang salah dari kelompok yang sering menyebut diri mereka pembela Sunnah.

Prof Dr. Ali Jum'ah menjelaskan:
"Di antara keburukan yang menggerogoti kaum ekstrem itu adalah memperluas pemahaman bid'ah sehingga mereka mengklaim adat istiadat maupun tradisi yang dilakukan kaum muslimin sebagai bid'ah dan sesat. Hal ini dikarenakan mereka menganggap segala sesuatu yang tidak pernah dikerjakan Rasulullah SAW Adalah bid'ah. Maka tidak boleh dikerjakan, implikasinya ketika mereka melihat ada orang menengadahkan tangannya saat berdoa, maka mereka akan menghardiknya dan  mengatakan perbuatan itu bid'ah. Alasannya, Rasulullah tidak pernah melakukan hal seperti itu. Begitu pula, ketika ada yang mengajak mereka bersalaman sehabis shalat, maka mereka akan memberitahu bahwa  perbuatan itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Dan masih banyak contoh lainnya. Pertanyaannya, apakah benar perbuatan yang ditinggalkan [atau tidak dilakukan] Rasulullah SAW, itu termasuk bid'ah dan sesat?

Para ulama di seantero dunia, baik salaf ataupun khalaf, semuanya sepakat bahwa at-tarku [apa yang ditinggalkan] bukanlah salah satu metode yang bisa digunakan secara terpisah dalam perumusan hukum [istidlal]. Tetapi, metode yang bisa digunakan untuk menetapkan hukum syar'i, baik wajib, sunnah, mubah atau makruh itu adalah datang dari nash Al-Qur'an, Sunnah, ijma' dan qiyas.
At-Tarku pada dasarnya tidak menunjukan hukum syar'i. ini sudah menjadi kesepakatan para ulama. Ada banyak dalil yang menunjukan bahwa para sahabat tidak memahami di dalam tarku-nya Rasulullah SAW, terdapat  keharaman, bahkan sampai kemakruhan pun tidak. Inilah pemahaman para ulama sepanjang masa. Ibnu Hazm pernah membantah hujjah ulama Malikiyyah dan Hanafyah yang mengatakan makruh hukumnya shalat sunnah dua rakaat sebelum maghrib, karena Abu Bakar, Umar dan Usman tidak pernah melakukannya. Ibnu Hazm menjelaskan, "Sesungguhnya, meninggalkan shalat tersebut [shalat sunnah sebelum maghrib] tidak berarti apa-apa, selama mereka tidak mengatakan secara jelas mengenai kemakruhannya. Pada kenyataannya, penjelasan itu tidak pernah dinukil."

Itulah metode Ibnu Hazm dalam menanggapi tarku – nya para sahabat dalam sebuah ibadah tertentu. Sikap yang sama juga ditunjukan ketika menanggapi tarku Rasulullah mengenai sebuah ibadah yang memang diperbolehkan, seperti ketika berbicara tentang shalat sunnah dua rakaat sebelum ashar. Ia berkata, "Hadist Ali bin Abi Thalib ra. Tidak bisa dijadikan hujjah sama sekali [dalam masalah di atas], karena yang ada dalam hadist tersebut hanyalah pemberitahuannya atas apa yang diketahui. Ia [Ali] tidak pernah melihat Rasulullah melakukan shalat tersebut. Ia memang benar dalam perkataanya, tapi ini bukan berarti mengandung makna melarang atau memakruhkan shalat tersebut. Rasulullah tidak pernah berpuasa sebulan penuh di luar Ramadhan. Namun, ini tidak berarti mengandung makna memakruhkan puasa sunnah satu bulan penuh [di luar Ramadhan]."
Di sini, Ibnu Hazm memahami tarku Rasulullah SAW atas puasa sunnah satu bulan penuh di luar Ramadhan tidak bisa menunjukan hukum haram atau makruhnya berpuasa seperti itu, sekalipun Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya.

Rasulullah tidak pernah melakukan khotbah di atas mimbar, namun beliau melakukannya di atas pelepah kurma. Kendati demikian, para sahabat tidak mempunyai pemahaman bahwa berkhotbah di atas mimbar itu hukumnya bid'ah atau haram. Karena itu, mereka lantas membuatkan mimbar untuk Rasulullah saw. berkhotbah. Bukankah mereka ini orang-orang yang tidak pernah melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Rasulullah SAW? Jika demikian, dapat diketahui bahwa para sahabat tidak menjadikan tarku Rasulullah SAW sebagai bid'ah.

Rasulullah SAW ketika shalat, tepatnya setelah mengangkat kepala dari rukuk, beliau tidak pernah membaca doa: "rabbana wa lakal hamdu hamdan katsiran…." dan seterusnya, seperti yang terdapat dalam sebuah hadist. Tetapi, hal ini tidak dipahami oleh seorang sahabat sebagai larangan untuk membaca doa tersebut. Jika tidak demikian, mana mungkin ia (sahabat), mau melakukan sesuatu yang diyakini keharamannya? Rasulullah SAW sendiri tidak mencelanya, karena telah membaca doa tersebut.

Dan, beliau juga tidak melarang membaca doa-doa lainnya di dalam shalat.
Hadis di atas diriwayatkan oleh Rifa'ah bin Rafi Az-Zuraqi, ia berkata, "Suatu hari, kami pernah shalat di belakang Rasulullah SAW. Ketika beliau mengangkat kepalanya dari rukuk, beliau membaca, "sami'allahu liman hamidah." Seseorang laki-laki dari belakang beliau membaca, "Rabbana walakal-hamdu hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi." Lantas setelah shalat beliau bertanya, "Siapa yang tadi membaca doa itu?"
Lelaki itu menjawab, "Aku."
Beliau bersabda, "Aku melihat lebih dari 30 malaikat berlomba-lomba untuk menjadi yang pertama mencatatnya." (HR Al-Bukhari, Abu Dawud, Nasai, Ahmad, Malik dan Al-Baihaqi)

Sahabat Bilal r.a. tidak memahami bahwa tarku Rasulullah SAW mengenai shalat sunnah dua rakaaty setelah wudhu bermakna tidak boleh melaksanakan shalat itu. Tetapi, Bilal melakukannya dan tidak pernah memberitahukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Beliau baru mengetahuinya setelah beliau bertanya kepada Bilal.
"Hai Bilal, ceritakan kepadaku amalan yang paling engkau harapkan (pahalanya), yang engkau kerjakan dalam Islam (setelah memeluknya). Karena, sesungguhnya aku mendengar suara langkah kedua sandalmu di dalam surga."
Bilal menjawab, "Aku tidak mengamalkan amalan yang paling aku harapkan pahalanya, kecuali setelah aku bersuci, baik saat petang ataupun siang, lalu aku shalat yang tidak diwajibkan kepadaku dengan bersuci itu." (HR Al-Bukhari)

Bilal r.a. sesungguhnya telah membuat "shalat sunnah" untuk dirinya sendiri pada waktu tertentu, padahal Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah mencontohkan atau memerintahkannya. Bilal baru mengabarkannya tentang rahasia amalannya tersebut setelah Nabi bertanya. Bukankah dari kisah ini dapat disimpulkan bahwa amalan tersebut tidak pernah dilakukan Nabi, lalu Bilal memberitahukan, maka akhirnya amalan ini pun diakui oleh Rasulullah. Sehingga, kita di generasi setelah Rasul menyebut bahwa shalat setelah wudhu adalah sunnah, sebagaimana yang dilakukan Bilal.

Kita mengambil dalil dari pemahaman sahabat mengenai dibolehkannya membuat doa atau shalat baru di waktu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Kami juga mengambil dalil bahwa Rasulullah SAW tidak mengingkari metode dan cara yang ditempuh sebagian sahabatnya, bahkan tidak melarang mereka untuk melakukannya di masa-masa mendatang."

--Prof Dr. Ali Jum'ah, Mufti Agung Mesir, Al-Mutasyaddidun Manhajuhum wa Munaqqasyatu Ahammi Qadhaayaahum

Benci pada kematian

SURAT CINTA BISYR AL-HAFI
"Tidak akan membenci kematian, kecuali orang yang meragukannya.
Sebab, seorang kekasih tak akan pernah membenci pertemuan dengan kekasih yang dicintainya."
---Bisyr Al-Hafi
Dikutip dari kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali

Hari Guru: Hadith-Hadith Berkaitan Kelebihan Guru Dan Feqahnya

Irsyad al-Hadith Siri ke-66: Hari Guru: Hadith-Hadith Berkaitan Kelebihan Guru Dan Feqahnya

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Irsyad al-Hadith pada kali ini akan membincangkan berkaitan hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan guru dan juga apa yang berkaitan dengannya. Ini kerana, hari ini merupakan hari yang begitu bermakna buat para pendidik di seluruh Malaysia kerana pada hari ini bersamaan 16 Mei seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari guru.

Definisi Guru

Perkataan guru atau pendidik di dalam bahasa arab dinamakan al-Mu'allim (المُعَلِّم). Di dalam Lisan al-'Arab, perkataan al-Mu'allim berasal daripada ilmu (العلم) atau fe'elnya iaitu (عَلِمَ). Ilmu adalah lawan bagi kejahilan dan orang yang berilmu digelar sebagai ulama'. Menurut kamus dewan, guru bermaksud orang yang mengajar, mendidik atau mengasuh. Pendidik atau guru di dalam Islam ialah sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap perkembangan anak didiknya. Dalam Islam juga, orang yang paling utama atau bertanggungjawab dalam mendidik adalah ibubapa. Untuk itu, ibubapa adalah pendidik yang utama dan juga yang pertama dalam diri seorang insan itu. Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أو يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Maksudnya: "Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua  ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya". [Riwayat Muslim, no. Hadith 4805]

Hadith-Hadith Berkaitan Kelebihan Guru

Antara hadith-hadith yang diriwayatkan bertaraf sahih atau hasan berkenaan kelebihan guru atau pendidik adalah:

• Diriwayatkan oleh Abu Darda' RA, bahawa Nabi SAW:

وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ

Maksudnya: "Sesungguhnya kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang". [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]

• Diriwayatkan oleh Abu Darda' RA, bahawa Rasulullah SAW:

وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: "Sesungguhnya ulama' adalah pewaris para nabi.
Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.". [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]

• Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW:

فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِيْ عَلَى أَدْنَاكُمْ

Maksudnya: "Kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara kamu semua". [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

• Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia". [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

• Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Maksudnya: "Ketahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar". [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]

• Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya: "Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun". [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

Feqah al-Hadith

Berdasarkan hadith-hadith yang kami nyatakan di atas, terdapat beberapa fiqh al-Hadith atau pengajaran daripada hadith iaitu:

• Guru adalah seorang insan yang mulia dan tinggi kedudukannya.

• Tugas guru atau mendidik adalah satu tugas yang  mulia kerana ia juga adalah tugas para nabi dan rasul.

• Di dalam al-Quran dan juga hadih Nabi SAW banyak menceritakan akan galakan untuk menuntut ilmu dan salah satu wasilah atau caranya adalah dengan berguru.

• Para guru dan pendidik akan mendapat pahala yang besar dengan setiap ilmu yang diajarkannya.

• Kesemua makhluk Allah SWT samada di langit atau di bumi sentiasa mendoakan kebaikan kepada para guru dan pendidik.

• Mendidik atau mengajar akan terselamat dan bebas daripada laknat Allah SWT.

• Setiap yang diajar itu akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.

Kriteria-Kriteria Seorang Guru

Antara ciri-ciri atau sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar guru atau pendidik adalah:

• Perlu ikhlas dan jujur dalam setiap perkara yang disampaikan.

• Mestilah bersifat penyayang terhadap setiap anak didiknya.

• Menjadikan Rasulullah SAWsebagai qudwah atau ikutan.

• Hendaklah mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar dengan ilmu yang disampaikan.

• Bersabar dalam setiap perkara.

• Bersifat adil dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih.

• Amanah dan memberi komitmen dalam setiap tugas yang diberikan.

• Membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan pengajaran.

• Berketrampilan menarik dan kemas.

• Sentiasa mendoakan kebaikan buat anak-anak didiknya.

Penutup

Kesimpulannya, marilah sama-sama pada hari yang penuh bermakna ini, kita mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Ini kerana, Allah SWT kerana telah mengangkat martabat seorang guru dan pendidik yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu dengan kedudukan yang tinggi. Oleh itu, para guru dan pendidik perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan penuh ikhlas dan amanah sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Dikatakan oleh Imam Al-Mawardi di dalam Kitabnya:

وَمِنْ آدَابِهِمْ: أَنْ يَقْصِدُوا وَجْهَ اللَّهِ بِتَعْلِيمِ مَنْ عَلَّمُوا وَيَطْلُبُوا ثَوَابَهُ بِإِرْشَادِ مَنْ أَرْشَدُوا، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَعْتَاضُوا عَلَيْهِ عِوَضًا، وَلَا يَلْتَمِسُوا عَلَيْهِ رِزْقًا

Maksudnya: "Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah SWT dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian dan mengharapkan rezeki daripadanya".  [Lihat: Adab dunia dan agama, 83]

Akhir kata, semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kekuatan kepada para guru dan mengampunkan dosa-dosa kepada mereka yang telah pergi. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan pendidik di seluruh Malaysia. Seterusnya, semoga dengan segala ilmu yang dicurahkan itu mendapat ganjaran di sisi Allah SWT serta dibalas dengan syurga di akhirat kelak. Amin.

Wallahua'lam