KENAPA PERLU BERGURU? Ketika belajar di Mesir dulu, saya pernah bertanya soalan ini kepada seorang guru (syeikh) kami.
Ringkasnya. Guru kami menjawab bahawa selain daripada berguru itu adalah sunnah dalam menuntut ilmu, guru juga boleh membimbing kita agar tidak melakukan kesalahan ketika belajar. Ini kerana seseorang guru itu, sebelum mengajar kita, mereka terlebih dahulu melalui pengalaman serta menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menuntut ilmu.
Jadinya, ilmu yang disampaikan kepada kita adalah hasil daripada pengajian mereka bersama dengan ratusan (mungkin ribuan) guru mereka. Ini bermaksud, pengajian kita dengan seseorang guru adalah rumusan daripada ratusan guru yang pernah mengajar guru kita. Hal ini juga bermaksud, kunci bagi ilmu itu adalah terletak pada tangan guru.
...
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik. Terutamanya kepada guru-guru yang pernah mendidik saya. Tanpa bimbingan mereka, sudah tentu saya tidak seperti hari ini.
Terima kasih juga kepada para pelajar saya yang mengucapkan selamat hari guru kepada saya. Minta maaf kerana tidak sempat untuk membalas semuanya.
No comments:
Post a Comment