Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, July 28, 2021

Tak gagal ke? binawe

Seorang anak datang kepada ayahnya dengan report card. Penggal 1, 2 subjek gagal. Penggal Dua, 4 subjek gagal. Penggal 3, 5 subjek gagal. Penggal 4, 7 subjek gagal.

Ayahnya dengan nada marah berkata "kamu ni… More tak belajar ke? Masuk penggal baru, makin banyak gagal subjek"

Anaknya sepantas kilat menjawab "dakwaan saya gagal Adalah tidak benar. Saya hanya masih belum berjaya sepenuhnya dalam menangai dan mendepani ujian pelajaran ni"

Ayah nya menjeling lalu berkata "ni mesti masuk website harakah lagi ni!"

Anaknya tersenyum kerana dalilnya hampir berjaya kerana ayahnya juga petaksub Pas.

Dr. Noor Hisham pun nak main politik juga ke?

Hanya ambil tajuk berita, tanpa bubuh kandungan penuh berita.

Di sini, tersebar jawapan terhadap isu tersebut di whatsapp;

Sila baca di sini;

Pemerhatian saya sebagai kakitangan KKM yang bekerja dalam era 3 blok politik (BN, PH, PN)

Jawapan saya pun dari sudut pandang politik. Mungkin saya bias, tapi bias saya berpandukan fakta.

1. Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016. Semua lantikan baru KKM berstatus kontrak. Istilahnya moratorium penjawat awam. 

2. Bila PH memerintah, Dr Dzul telah menampakkan usaha untuk serap seberapa banyak kakitangan kontrak ini kepada tetap.

3. Apa yang Dr Dzul buat? Dia berjaya dapatkan tambahan 10,675 penjawatan untuk KKM supaya staf kontrak dapat jadi tetap.

4. Untuk doktor yang masih belum dapat penjawatan tetap, dia naikkan pangkat dari UD41 kepada UD43 sebagai langkah sementara.

5. Langkah seterusnya untuk dapatkan lebih banyak penjawatan dan mansuhkan moratorium terencat selepas Langkah Sheraton dan PN ambil alih. 

6. Bila kerajaan PN ambil alih, tidak ada langsung sentuh tentang isu doktor kontrak sehinggalah HARTAL dilancarkan. Barulah PM umumkan faedah-faedah baru. Itu pun hanya dalam PDF. Belum ada hitam putih.

7. Kesimpulan saya, yang nampak paling agresif dan betul-betul nak tolong doktor kontrak ini adalah Dr Dzulkefly masa dia jadi Menteri Kesihatan.

8. Screen shot artikel FMT tu, kalau baca penuh isinya, baru tahu apa usaha yang sedang dan akan dibuat oleh beliau. Jangan baca tajuk saja. Nah... 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/08/dzulkefly-tiada-jaminan-pegawai-perubatan-siswazah-ditawar-lantikan-tetap/

9. Isu elaun kritikal pula, betul PH memang mansuhkan untuk lantikan bermula Januari 2020. Elaun kritikal ini adalah arahan Tun Dr Mahathir melalui JPA.

10. Kalau kita ikut betul-betul isu ini dulu, memang ada beberapa Menteri PH sendiri masa itu yang menentang keputusan ini. Salah seorang adalah Dr Dzulkefly. Selain itu Syed Sadiq. 

11. Mungkin ada u-turn yang nak dilakukan, tapi tak sempat sebab kerajaan PH dah tumbang.

12. Hakikatnya, mana-mana kerajaan pun tak sempurna sepenuhnya. Tapi kita boleh nilai yang mana satu yang betul-betul nak tolong rakyat, mana satu yang hanya nakkan kuasa tapi gagal perjuangkan isu rakyat.

Ijoy

Parlimen di negara luar

Inilah adalah antara gambar-gambar ahli parlimen bergaduh di parlimen. Di Turki, Taiwan, Jepun, dan Ukraine.

Di Malaysia .. baru jerit-jerit sikit pun dah ada yang koyak. Kalau hati tisu jangan sembang bab politik.

Situ duduk!

Thursday, July 22, 2021

Tang audit ni memang payah

Alhamdulillah selesai dengar penjelasan Ustaz Ebit mengenai tuduhan terhadap beliau. terima kasih, sekurang kurangnya beliau berani kedepan dan merungkai persoalan.

Maka kesimpulan mudah,

Pertubuhan Umat Kasih Malaysia perlu diaudit
Nadir Alnuri perlu diaudit
PAS juga perlu diaudit

Sila audit semua. simple

Hari ni berapa kes baru? Berapa kematian? Ya, angka angka itupun perlu diaudit juga.

 #teamkebenaran

Friday, July 16, 2021

UEC & ADIB : ZAMAN PH, SEBENARNYA KITA SENDIRI TERPERANGKAP DGN PERANGKAP ASHABIYAH..


1- Masa zaman pemerintahan PH, Antara isu yg dijadikan sentimen perkauman Agama dan Bangsa, Adalah isu UEC dan Sekolah Vernakular, Bukan calang calang orang yg mainkan sentimen ini, Termasuk Bekas Ketua Hakim, Hakim Mahkamah Rayuan hatta seorang Mufti yg jahat dari Utara.. 

2- Jika dicampakkan semua sampah dan bau Busuk Perkauman ini ke laut Cina Selatan, Sudah pasti kita akan lihat betapa " REFORM " dan " ISLAH " nya pemerintahan itu berlaku dizaman PH.. Itu sebabnya kata Nabi Ashabiyah ini adalah seruan Jahiliyah.. digambarkan sebagai muntinah, Perkara yang berbau..Busuk..

Nabi SAW Bersabda..

دَعُوهَا، فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ...

‘ Tinggalkanlah (seruan tersebut) kerana itu perbuatan busuk/Jijik... ”

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

3- Tapi malangnya, Ada penyokong PH ini menyambut seruan seruan Ashabiyah, Sehingga hari ini masih ada dari kalangan kita masih bicara mengapa perlu Sekolah Vernakular dihapuskan..Sedangkan jika kita faham akan Realiti, tidak ada mana mana Kerajaan dapat menghapuskan semua ini melainkan melalui Proses yang lama dan penuh Hikmah..  

4- Samalah seperti kita mungkin tidak mampu menghapuskan kehendak Ummat Islam menghantarkan anak anak mereka ke Mahaad Tahfiz dan sekolah aliran Pondok biarpun sudah wujud sistem Sekoah aliran kebangsaan, Tapi kita mungkin beralasan, Ya, Islam sebagai Agama persekutuan.. Jadi kita berhak ada aliran sendiri, Mereka tidak ada hak yg sama.. 

5- Kenapa ini semua terjadi, Ia disebabkan Kecenderungan yg datang dari kecenderungan Kaum dan Agama kita.. Belum dicerita kecenderungan Politik..Lalu kita tidak meraikan perbezaan.. Sebenarnya sama jer, Jika Ashabiyah melayu Ada UMMAH, ada ISMA, bagi bukan Melayu ada Hindraf..Ada Dong Zong.. 

6- Kalau kita fahami sebab apa mereka wujud, Sudah tentu mereka menjadi alat sang penguasa sejak dulu, Siapa lagi kalau bukan UMNO dan BN(MCA).. ada ketika Bersatu dan PAS menyambut dan terperangkap dengan mainan UMNO..ada ketika DAP terperangkap dengan mainan MCA.. Itu yg berlaku zaman PH..

7- Aku sejak zaman PH mempertahankan hak Bukan Melayu keatas sekolah vernakular dan UEC, Malah dalam isu Adib, Aku konsisten berbeza dari ramai sahabat PH, Bukan sebab aku setuju dengan UEC dan Sekolah vernakular..sebab aku memahami realiti Negara kita yang berbilang bangsa yang meminta kita memahami konsep " Lita'arafu" atau bertasamuh...Kenal mengenal dan berasimilasi.. 

8- Sama lah dengan Politik.. Biarpun impian aku akan wujud Politik baru di Malaysia parti berbilang Kaum.. Tetapi kita menerima hakikat dan Realiti ada kerangka pemikiran, Kelompok Masyarakat yang memerlukan parti teras Melayu, Islam dan Bumiputera seperti di Sabah dan Sarawak.. Perubahan Politik ini sendiri melalui proses yg panjang..

9- Apakah kecenderungan ini hanya berlaku dizaman kita sahaja ? Tidak.. Ia berlaku ketika Konflik Kepimpinan menggantikan NABI Saw, Dalam memilih Khalifah antara Faktor besar adalah " Quraish" ..Al Aimmah Quraish..

الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ..

            “ pemimpin itu dari kalangan Quraish” 

(Riwayat Ahmad)

10- Apakah aku tak punya impian Masyarakat kita pelbagai kaum untuk hidup bersama dalam satu aliran, Sudah pasti itu impian bersama...cuma apa yg perlu kita faham.. prosesnya panjang.. Kita perlu melalui proses itu dengan penuh "hikmah" dan bijaksana.. Sekolah Kebangsaan itu terlebih dahulu perlu diperkukuhkan.. 

11- Jadi apa sistem yang baik untuk anak bangsa dan Rakyat Malaysia hari ini, Apakah sekolah Kebangsaan jenis Cina dan Tamil ? Apakah Sekolah aliran Agama dan Kebangsaan ? Kalau tanya kepada aku jika ingin keluar perangkap dan prejudis kaum dan Agama.. jawabnya jujur.. Sekolah Terbaik bagi Negara Malaysia adalah Konsep Sekolah Mubaligh Kristian.. Itulah model terbaik bagi Negara kita hari ini.. :)

Ipohmali

Thursday, July 15, 2021

Memahami Pemikiran Mahathir


Dalam politik, tiada apa yang terjadi secara kebetulan. Contoh bila family Azmin dan Family H20 bercuti sama-sama (waktu PH memerintah). Atau bila orang lain angkat playcard Anwar PM7, dia pula yang mana dia sengaja buat-buat sibuk ambil gambar dengan muka cynikal. Atau pun interview yang mana di tanya adalah Tun setuju dengan Anwar akan jadi perdana Menteri selepas dia, soalan senang pun dia berbelit nak jawap, last sekali dia kata dia akan letak jawatan; just like that. ( he indeed letak jawatan nak lengkapkan orkestra dia)

Itu yang saya tertarik dengan pendapat sahabat saya, Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof yang arwah bapa dia ajar cara hendak baca pemikiran Mahathir

1. Jangan lihat pada apa yang dia cakap. Lihat pada apa yang dia buat.

2. Jangan perhati pada apa yang dia kata. Perhati pada apa yang sepatutnya dia kata tetapi dia tak kata.

1) Contoh satu dia dok bising Muhyidin guna ROS sekat pendaftaran parti dia, tapi dia lupa zaman dia berkuasa 98 dulu dia sekat pendaftaran parti lain yang hendak lawan parti dia. Dia kata Najib guna kaedah cash is king, tapi dia lupa part dia bagi lebai 400 juta sampai mereka terbongkok-bongkok sokong dia jadi PM sampai habis penggal. 

2) Yang nombor dua ini sangat subtle. Siapa yang betul-betul perhati aje nampak. Ada penyokong dia kata Malaysia Gazzete saja spin tajuk dan siapa yang percaya tulisan MG adalah bodoh. Now saya biar anda sebagai pembaca jadi hakim https://twitter.com/lagacawan/status/1415321888008536067; siapa yang betul dalam kes ini? Ada seorang lagi penyokong dia kata nama Azmin itu sebagai sindiran, tapi saya kata, kalau sindiran takkan dia letak nama Mukhriz sekali? Sama ada Mahathir tarik nama Azmin ini adalah di bawah minda sedar freudian slip atau pun itu memang niat dia?

Lepas itu pula ada yang jawap tulisan Twitter saya, dia kata sebelum Mahathir cakap tu, penyokong dia sudah test water dulu, cuba sucikan Azmin, normalise dengan kata kalau Azmin bertenang konon-konon bertaubatla, ada peluang untuk buat comeback; siap kata masih muda lagi. Kebetulan? Anda jadi hakim.

Lagi menarik bila Malaysian Insight kata yang dia sanggup berhenti Pejuang kalau di lantik dalam jawatankuasa pemulihan negara. Eh kata pejuang di tubuhkan kerana orang melayu hilang kuasa, jadi kalau dia berhenti Pejuang, bukankah orang Melayu akan hilang kuasa kembali? Kenapa macam pernah dengar rancangan ini? Yup, Sarawak Report sudah tuliskan beberapa hari lepas, yang mereka cepat-cepat kata fitnah. Kalau tak ada angin, masakkan pokok bergoyang. 

10 tahun lepas Mahathir ada tulis memoir dia, yang kata Anwar tidak bermoral dan ada skandal dengan 4 orang wanita. Konon-konon dalam memoir ini dia nak tunjuk pada dunia yang kompas moral dia sangat tinggi siap kata ada beberapa keping gambar lagi sebagai bukti. Tapi kalau kompas moral dia sangat tinggi, kenapa bila kena benda yang hampir sama pada anak angkat dia, dia tak guna moral kompas yang sama?

Lagi satu, saya nak tanya golongan ustaz dan ahli agama dalam PEJUANG, bila kita tuduh orang beriman berzina/liwat dan tak datangkan saksi, bukankah itu Qazaf dan automatik jadi fasik? Dan kesaksian orang fasik ini tak boleh di percayai selama-lamanya? Saya tak nak petik nama, tapi kalau tak berani tolong PM saya jawapan tentang ini.

Pastu ada penyokong dia up post pasal Anwar tak boleh jawap soalan mudah tentang "adakah anda biseksual?". Anda semua tahu saya tak suka penipuan fakta. Sila lihat video asal https://www.youtube.com/watch?v=QLGqXbKWrSk. Soalan asal dia adakah anda "homosexual(lelaki sama lelaki) or bisexual (lelaki dan wanita)? Yes or no?". Kalau pilihan jawapan yang di beri adalah ya dan tidak, soalan ini dari awal lagi sudah ada niat jahat. Tapi lagi jahat ialah penyokong Mahathir nitpick fakta dan tulis macam satu gospel. Tanpa rasa malu, penyokong dia juga telah melakukan qazaf seperti mana apa yang Mahathir buat. 

Betul tak macam apa yang saya kata, politik lendir ini bermula dari dia, dan di sokong oleh penyokong dia. Mereka tak boleh nak kritik bab rasuah, mereka terus main isu seks dan lendir. Inilah yang Tun Musa Hitam echo yang dia juga akan terpalit dengan isu seks kalau tak meletak jawatan.

Kita hidup dalam zaman fitnah. Orang yang orang bohong dianggap jujur dan jujur dianggap bohong. Terbukti apa yang junjungan besar nabi kita sebut 1400 tahun dulu. 

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah) 

Jadi kita kena berpegang pada sunnah Nabi walaupun terpaksa gigit sunnah itu dengan gigi geraham. Apa dia sunnah Nabi? Amanah, menyempurnakan perjanjian dan akhlak yang baik.

Saya berdoa semoga penyokong-penyokongnya boleh lihat segala kerosakan yang dia lakukan selama ini. Ingat pintu taubat masih lagi terbuka terutama sekali jika kita pernah menuduh seseorang dengan qazaf. 

Jangan sampai hanya menyesal bila azab Allah di hadapan mata. Ini perbualan yang di rakam dalam Quran bila orang zalim minta di kembalikan ke dunia dengan alasan mereka akan bertaubat. 

"Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat adzab berkata, “Adakah kiranya jalan untuk kembali ke dunia?” [asy-Syûrâ/42:44]

"Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) adzab datang kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zhalim, “Ya Rabb kami, kembalikanlah kami meskipun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan-Mu dan mengikuti rasul-rasul”. [Ibrâhîm/14:44]

Ini pula jawapan Allah untuk orang zalim; Allah telah mengetahui yang rayuan mereka untuk di kembalikan di dunia dan bertaubat itu hanya helah semata-mata.  

"Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka" [al-An’âm/6:28]

Politik Mahathir dan Hadi Awang sangat-sangat mirip. Dari narsistik sampailah kepada maksum dan tak pernah mengaku salah sendiri. Bezanya, sorang tunggang agama, yang sorang lagi tunggang bangsa. Habis berantakan satu negara kerana dendam peribadi tapi dia tak peduli sebab end justify the means. Yang ironic mereka berdua pernah menjadi allies dan musuh ketat bagi Anwar. Kalau Anwar tak dapat jadi Perdana Menteripun saya tak ralat sangat, sebab itu qada dan qadar Allah, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk dia. Yang penting, sebagai muslim kena redha dan qanaah, cuma satu kerugian pada negara sebab saya lihat pontensi rancangan untuk mengembalikan maruah Malaysia itu ada pada dia. 

Sebagai penutup, saya ulang sekali lagi, jika apa yang dia tuduh pada Anwar adalah satu kebenaran; dan Anwar telah bertaubat ( kerana apa yang di tuduh adalah dosa peribadi) moga Allah ampuni kesalahan kita. TAPI jika apa yang dia tuduh pada Anwar itu satu fitnah, MOGA Allah PANJANGKAN lagi umurnya dan balikkan semula apa yang dia fitnah terhadap dirinya.  

WAllahualam.

Tuesday, July 13, 2021

Woi musibat. Korang gaduh sesama sendiri pun nak kaitkan dengan Anwar juga? Sedar diri kau tu menang atas tiket PKR la lahanat. Boss semburit kau tu mana. Kurang2 Anwar hari2 bicara hal marhaen. Daripada korang hari2 bertekak gila kuasa. Bodoh.

11 RIBU KES POSITIF COVID-19 BUKAN LAH SATU MASALAH JIKA KAWALAN DAN STRATEGI TEPAT.. MALANGNYA IANYA PETANDA BENCANA BESAR EKONOMI..


1- Hari ini ramai yang terkejut dengan jumlah Positif Covid-19 sebanyak 11 ribu kes, Sebenarnya jika jumlah itu dari hasil saringan besar besaran, Bukan lah satu kegagalan..Ia tindakan yang tepat..Ini dilakukan banyak Negara hatta Singapura terhadap semua pekerja asing di Dormitori.. Jadi faham kan sebab apa sejak awal Dr Dzul minta dibuat saringan besar besaran..

2- Saringan besar besaran ini sepatutnya dilakukan seawal Bulan Jun ketika Lockdown dilaksanakan, Ketika rakyat dikurung dirumah..Malangnya tu tak berlaku, Seolah olah takda perancangan, Sudah hampir sebulan Lockdown, baru dumumkan PKPD dan Saringan dibuat..

4- Bila masa Lockdown Terheret lebih lama, Bayangkan PKPD yang sepatutnya tamat 2-3 Hari lagi belum menampakkan cahayanya.. Sebab apa ? disebabkan lockdown itu pada awalnya dilaksanakan atas tujuan Politik, saringan sengaja dikurangkan untuk menunjukkan Lockdown berjaya mengurang Kes, Akhirnya lebih banyak Kluster dan Komuniti terjangkit..

5- Sepatutnya semua ini sudah dijangka, Bila buat Lockdown, Kerajaan sepatutnya sudah menetapkan umpamanya saringan ditingkatkan dari 100 ribu Saringan sehari kepada 200-300 ribu sehari , Malangnya saringan diturunkan kepada 50-60 Ribu atas sebab apa ? Politik semata mata.. Nak nampak mereka berjaya kawal wabak..

6- Umpamanya jika Kerajaan punya perancangan rapi, katakanlah untuk laksanakan 300 ribu saringan sehari.. jangkaan ini sudah masuk dalam Perancangan Kerajaan, Persediaan Katil, Tempat Kuarantin, ICU dan Hospitaliti dapat direncanakan dengan baik..Maka tidak adalah pesakit kritikal terpaksa tidur di lantai, duduk menunggu rawatan.. Kematian yg berlaku akibat kelemahan Perancangan dan Kerajaan..

7- Itu dilakukan Singapura tahun lepas, Masa tu Malaysia hanya mencatatkan 3 ribu kes, Bila aku kata tindakan Singapura tepat.. ada sahabat gelakkan aku.. depa kata Singapura yang kecil sudah Positif lebih 50 Ribu kes, sedangkan rakyat dia cuma 5 juta.. padehal semua semua tindakan kerajaan Singapura dirancang rapi, Semua dalam jangkaan.. jadi ianya terkawal.. 

8- Tahu tak berapa kes kematian di Singapura bila 50 ribu didapati positif, hanya ada pertambahan 7 kematian sepanjang 5 bulan.. Malaysia hari ini ? 100 kematian sehari..Itu beza pemimpin yang ada kebijaksanaan dengan tidak.. sampai Mufti pun meninggal sebab Covid-19..

9- Tahu tak akibat besar dari kesilapan Kerajaan ini ? Bukan saja membunuh Rakyat..tetap membunuh Ekonomi..Dan akan datang membunuh Pekerjaan dan Pendapatan Rakyat.. Bayangkan Kilang dah hampir 2 bulan ditutup.. apalagi lagi PKS dan IKS, Rasanya apa akan jadi ? jika jangkaan penganalisis 500 ribu Syarikat bakal gulung tikar ? Dan banyak Kilang dan pelabur lari dari Malaysia.. apa kesan pada pekerjaan dan Pendapatan Rakyat ? Kerajaan mana fikir semua ini, Depa anggap rakyat pelabur macam depa, Hujung bulan ada gaji..

10- Maka benarlah, Ini Kerajaan yang Gagal..Ada Penasihat Kesihatan pun bodoh..Penasihat Ekonomi pun Bodoh.. Depa tahu sumbat rakyat dgn Moratorium dan i-Sinar.. Pemimpin yg baik fikir kekalkan pekerjaan dan pendapatan Rakyat.. depa ni Merosakkan Negara.. Inilah bencana besar kita selepas ini, bencana Ekonomi.. Tapi Nabi dah Pesan, Bila Amanah diserah bukan kepada ahlinya, Maka Tunggulah saat kehancuran.. :) 

Ipohmali

Sihir politik UMNO


1. Keputusan MKT Umno pada 7 Julai lalu yang hanya mahu menukar PM dan bukannya menjatuhkan kerajaan PN menunjukkan Umno adalah pengkhianat mandat rakyat dalam Pru-14 lalu. Kita tidak boleh hanya melihat pengkhianatan mandat yang dilalukan melalui langkah sheraton hanya melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Azmin Ali sahaja. Ini adalah kerana langkah sheraton tidak akan berlaku tanpa sokongan Umno dan Pas. 

2. Jadi, apabila Umno bertindak menolak Muhyiddin dan merancang untuk menaikkan PM baru dari kalangan Ahli Parlimen Umno, ia menjelaskan sikap Umno yang gila kuasa dan menggunakan tektik pintu belakang untuk berkuasa. Sikap Umno ini bukan kali pertama dilakukan kerana parti inilah yang menjatuhkan kerajaan PR Perak tahun 2009 dulu. Susulan langkah sheraton, Umno menunjukkan taringnya dengan berkuasa di Johor, Melaka dan Perak. 

3. Justeru, rakyat perlu mengenali sikap dan identiti Umno yang sebenar ini. Umno bukan parti yang menghormati demokrasi dan hanya memikirkan kuasa sebagai agenda politik mereka. Segala kritikan mereka terhadap kegagalan kerajaan PN sekarang hanyalah sihir politik untuk mengaburi mata rakyat sedangkan mereka sebahagian daripada kerajaan PN. Inilah ‘black magic’ yang digunakan Umno sekarang, sedangkan menteri utama menguruskan pandemik Covid-19 ini adalah menteri Umno termasuk menteri keselamatan, imunisasi dan kesihatan. Proklamasi darurat juga awalnya disokong Umno. 

4. Menukar PM kepada Umno akan meneruskan kegagalan kerajaan hari ini kerana pemain politik yang sama akan mengemudi Putrajaya. Oleh itu, rakyat yang menolak pengkhianatan ini, maka bukan sahaja PN yang harus ditolak, tetapi juga Umno dan Pas. Umno masih belum berubah terutama soal amalan rasuah yang masih menjadi mantera mereka. Integriti adalah elemen utama pentadbiran yang cekap. Malahan, keyakinan pelabur asing juga terhakis apabila pentadbiran kerajaan terpalit dengan isu rasuah dan salahguna kuasa. 

5. Sikap Umno yang gila kuasa ini tidak boleh dibenarkan berlaku dan rakyat perlu menghantar mesej jelas bahawa pengkhianatan sebegini tidak boleh berulang dalam negara kita. Demokrasi negara hancur akibat langkah sheraton yang mengakibatkan rakyat menderita hari ini. Ekonomi lumpuh dan hidup rakyat semakin terancam dengan belitan kelaparan dan hutang, malahan kes bunuh diri semakin menjadi-jadi. 

6. Sebaiknya, kerajaan gagal PN ini yang tidak mempunyai mandat rakyat ini ditukar dan PH yang mempunyai mandat dan lebih kompeten dikembalikan mentadbir negara. Mana-mana Ahli Parlimen yang bersungguh mahu menyelamatkan negara harus bersama menyokong PH. Misi SELAMATKAN MALAYSIA harus dipalu semula demi rakyat dan negara. PH+ harus kembali ke meja rundingan.

Muhammad Faiz Fadzil

Anwar itu LGBT?

"Anwar itu LGBT" 

Saya ingin menjawap persoalan yang di utarakan oleh sahabat sepermainan saya dari kecil tentang "Anwar LGBT jadi dia tidak layak untuk jawatan Perdana Menteri"

Dari dulu saya menulis satu benda yang saya konsistan tak pernah sentuh ialah dosa peribadi. Tak kiralah jadi pada musuh atau pada kawan sendiri sebab setiap anak adam pasti akan berdosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Saya juga acap kali sentuh kriteria untuk jadi pemimpin ikut fuqaha adalah yang Qawwi ( kuat) dan Amin ( Amanah dan kompeten). 

Ada dua jenis dosa yang dilakukan manusia. Yang pertama; dosa antara dirinya dengan Allah. Mudarat dosa itu terkena kepada dirinya sendiri. Contohnya zina termasuk liwat, minum arak, berjudi dan seumpamanya. Dalam kata lain, ia dosa ataupun aib peribadi antara hamba dengan Tuhannya. Yang kedua; dosa antara dirinya dengan Allah namun pada masa sama mendatangkan bahaya ataupun mudarat kepada pihak lain. Contohnya rasuah, menyebarkan hadis palsu, merompak, mencuri, mengedar dadah, merogol, pecah amanah dan seumpamanya. Dosa ini bukan sahaja antara hamba dengan Allah, tetapi ia boleh mengancam pihak lain. (Maza et all. 2018)

Dosa yang telah di sembunyikan oleh Allah wajib di tutup dan akan di ampunkan kecuali mereka yang sengaja menunjuk-nujuk dosa itu kepada umum. 

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam. "Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" - (HR Bukhori : 5608).

Ini yang ramai dari masyarakat kita salah anggap, mereka umpamakan dosa LGBT dengan kaum nabi luth yang di turun bala yang oleh Allah. 

Tapi mereka lupa 2 benda. Sebelum Allah turunkan bala, Allah akan menurunkan peringatan melalui lisan Nabi-NabiNya. Kedua, bala hanya turun selepas mereka ini membuat maksiat secara terang-terangan di hadapan Nabi Allah Luth, bukannya secara tersembunyi.

Sebab itu Allah melarang kita mencari-cari & mengintip dosa peribadi, ini yang di namakan tajassus. Contoh apa yang banyak pejabat agama kita buat serbuan hotel atau rumah hanya kerana suspek ada orang melakukan zina adalah tidak berapa tepat. Sedangkan pembuktian zina dalam islam itu sangat-sangat payah. Bayangkan kalau hendak di jatuh hukuman zina, kena ada 4 orang saksi yang tidak fasik, lepas itu 4 orang saksi itu sendiri ada bukti kukuh “qat’ie”, melihat kemasukan kemaluan lelaki kepada kemaluan wanita. 

Kalau seorang dari saksi tersebut belot dia kata dia tak nampak kemasukan tapi dia hanya nampak mereka berdua dalam satu selimut, 3 orang tadi akan di SEBAT sebab qazaf dan kesaksian di tolak selama-lamanya, tambahan pula mereka jadi fasik. Level fasik ini tak boleh jadi wali tau ikut mazhab Syafie. Nanti orang tanya kalau ada anak perempuan nikah, kenapa pakai wali hakim, jawaplah saya dulu fasik sebab qazaf. Ingat bila kita tuduh sesorang itu berzina atau liwat, dan kita tak boleh datangkan 4 orang saksi, automatik kita sudah jadi fasik. Nauzubillah hi minzalik. 

Surah An-Noor, Verse 4:
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.

Eh pelikkan kenapa payah betul hendak buktikan zina walaupun depan mata? Sebab Islam itu agama mendidik bukan penghukum. Lagi satu Islam amat mementingkan maruah seseorang individu.

Lagi satu saya bagi contoh, saya nak tanya anda bersetuju tak dengan tindakan ini.

Si A pernah berzina pada zaman muda dan ada anak luar nikah dalam umur dia 20 tahun. Tapi dia telah bertaubat nasuha dan dia bela anak tadi sampai jadi besar. Si A memang baik, solat tak pernah tinggal, ada master degree, ada PHD tapi tak ada orang tahu kisah silam dia. Lepas itu bila Si A hendak minta kerja sebagai pengarah sebuah syarikat pada umur 50 tahun, syarikat tersebut buat background check. Lepas dapat keputusan pemeriksaan latar belakang, Mereka kata, walaupun resume A sangat hebat, mereka terpaksa tolak sebab Si A pernah berzina dan ada anak luar nikah. 

Saya nak tanya balik soalan ini kalau anda berada di tempat si A, adilkan syarikat itu tolak permohanan anda hanya kerana dosa peribadi 30 tahun yang lepas yang anda sendiri sudah bertaubat? Adil atau tidak?

Jadi sebelum kita hendak tunding dosa peribadi orang, ambil masa berberapa minit dan rewind balik semua dosa peribadi kita selama ini. Rewind segala dosa peribadi kita selama 40, 50 tahun ini. Adakah kita yakin dengan amalan kita mampu jadi pemberat di mizan? Adakah dengan dosa peribadi kita ini layak untuk mendapat rahmat dan rezeki dari Allah? Kalau kita pun ada banyak dosa peribadi, janganlah hendak tunding jari tentang dosa peribadi orang lain; jika tidak kita akan jadi orang paling miskin di akhirat. Itu belum masuk part masuk syurga itu dengan rahmat Allah bukan dengan amalan kita. Buatlah amalan beratus tahun macam abid pun, kalau di hati ada perasaan angkuh, jangan mimpi hendak dapat masuk syurga. Sebab itu ada kisah pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum; moral dari cerita ini bukanlah hendak menormalisasikan dosa tapi hendak bagi tahu yang masuk syurga itu adalah wewenang Allah SWT.  

Saya tak salahkan kawan saya tadi, sebab sentimen ini telah di tanam 20 tahun lamanya. Modal dia mudah, kalau tak dapat jatuhkan sesorang itu dengan kes rasuah, maka dia akan di jatuhkan dengan skandal seks. Ini yang Tun Musa Hitam ( kalau tak kenal Tun Musa, sila google) sebut, kalau dia tak letak jawatan, dia pun akan di palitkan dengan skandal seks. Ini juga yang Najib buat, sebab dia tak boleh implicate kes rasuah, dia tuduh kes lendir. 24 tahun politik negara jadi toksik sebab politik lendir ini. Mereka ini tak fikir apa kerosakan yang berlaku pada masyarakat bila bermain isu-isu lendir tapi kalau jenis matlamat menghalakan cara memang tak boleh kata apa dah. Ini yang di namakan politik bumi hangus dan kita kena keluar dari politik dalam kain macam ini. 

Peringatan ini juga buat geng-geng PKR yang suka bermain hujah semb***t, ia tidak bagus untuk masa depan politik negara, dan jangan normalisasi kan term yang jijik, malu dengan anak-anak kecil. Kalau tak setuju, kita berdebat dengan fakta bukan dengan makian; baru orang akan respect.

Sepatutnya kita boleh move on pada isu yang lagi besar macam pemanasan global, tahu tak yang USA kini semakin panas, dan kenaikan paras laut pada 2050 di jangka sebanyak 30 cm? Tapi bila rakyat di sibukkan dengan isu lendir, mereka yang di atas ini yang sibuk mengkayakan diri sendiri. Tengoklah yang duk kata no Anwar, No DAP, pastu melaga orang Melayu, jam tangan mereka berapa juta, selipar mereka satu bulan gaji marhaen, asset mereka pula berapa billion?

Lagi contoh kenapa pemimpin kena Qawwi dan Amin bukan takat yang "nampak bersih dari dosa peribadi", anda sendiri jadi saksi nampak jadi depan mata sendiri. Mutfi serba tahu kata tahun lepas, bila dia jamin Muhyidin dia bagi 2 kriteria yang kerajaan PN ini akan dapat rahmat. Satu sebab Muhyidin pandai baca doa, satu lagi sebab Muhyidin boleh jadi imam solat. Jadi saya nak tanya, mana rahmatnya bila:

1) Ramai melayu islam yang bunuh diri
2) Ramai melayu islam yang hilang kerja
3) Ramai melayu islam yang murung
4) Ramai melayu islam yang tak boleh balik kampung ziarah keluarga
5) Ramai melayu islam yang tak dapat solat jumaat
6) Ramai anak melayu islam yang tak kenal masjid
7) Ramai melayu islam yang tak cukup makan
8) Ramai melayu islam yang anak keciciran PDPR sebab tak mampu beli gadget

Jadi MANA RAHMAT YANG MUFTI UTARA JANJI????? 

Lagi best dia boleh tulis pasal salah ijtihad di sabitkan dengan dosa membunuh, tapi bila dia sendiri bagi ijtihad berdasarkan nafsu habis terkorban beribu-ribu nyawa akibat dari pemimpin yang khinat dan lemah, adakah dia akan terlepas dari jaminan yang dia berikan? 

Dulu tak puas hati dengan AG bukan melayu, menteri kewangan bukan melayu, hasut Cina nak ambil tanah Melayu.

Sekarang hampir kesemua Melayu. Adakah mereka yang hasut itu gembira?

Makan tak ada, kerja tak ada, duit tak ada, nak jumpa ibu bapa pun tak boleh. Tabung kerajaan kena sapu pun tak kisah. Enjoylah. 

Apa lagi melayu mahu? Inikah kerajaan rahmat jaminan Mutfi Serba Tahu.?

WAllahulam.

Mohd Mukhlis

Monday, July 12, 2021

Adakah tutup kilang bawah PBT Negeri?

Semalam, telah berbangkit isu mengenai kebolehupayaan Kerajaan Negeri Selangor untuk ‘menutup kilang-kilang’ bagi mengawal wabak Covid-19. 

Nota ini adalah untuk menjawab apa yang dibangkitkan mengenai kuasa Kerajaan Negeri.

Akta 342

Perlu ditekankan di sini bahawa terdapat suatu undang-undang khusus bagi pengawalan penyakit berjangkit dan wabak iaitu Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342). 

Akta ini adalah undang-undang Persekutuan yang memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk membuat deklarasi ‘kawasan jangkitan’ serta mengeluarkan Peraturan-peraturan yang perlu bagi mengawal wabak dalam ‘kawasan jangkitan’.

Inilah punca kuasa bagi kesemua Perintah Kawalan Pergerakan dan juga SOP MKN yang digunapakai sepanjang krisis Covid-19. 
Akta 342 ini juga membolehkan Kerajaan Persekutuan untuk menentukan sektor ekonomi yang mana boleh beroperasi, termasuklah sektor perlu (essential) yang boleh beroperasi menggunakan surat yang dikeluarkan oleh sistem CIMS MITI. 

Maka, terdapat suatu undang-undang khusus untuk mengekang wabak yang merupakan bidangkuasa Kerajaan Persekutuan.
Adakah Kerajaan Negeri boleh ‘tutup kilang’ menggunakan lesen Pihak Berkuasa Tempatan?

Polemik yang berbangkit adalah bahawa Kerajaan Negeri boleh menggunakan lesen PBT untuk ‘menutup kilang’. Dalam erti kata lain, dikatakan bahawa Kerajaan Negeri boleh membatalkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT untuk menutup operasi kilang. 

Ramai yang sudah memberi ulasan bahawa lesen PBT ini hanya salah satu daripada pelbagai lesen dan kebenaran yang perlu diperolehi oleh sesebuah kilang untuk beroperasi. Saya tidak mahu ulas lanjut tentang perkara ini, tetapi saya ingin khusus menjawab mengenai kuasa PBT mengenai lesen, yang terkandung di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). 

Sebelum menyentuh Akta 171, beberapa fakta penting perlu dinyatakan terlebih dahulu: 

1. Kilang-kilang yang diberi kebenaran operasi oleh MITI adalah kilang-kilang yang sah di sisi undang-undang. Bukan kilang haram dan sebagainya. 

2. Kilang-kilang ini mempunyai lesen PBT yang masih sah tempoh.

Perlu ditekankan bahawa Akta 171 memberi kuasa umum kepada PBT. Ia tertakluk kepada setiap PBT untuk menentukan syarat-syarat dan undang-undang kecil di setiap PBT, mengambilkira keperluan tempatan.

Ada pihak yang telah merujuk kepada Seksyen 107(2) Akta 171 untuk mengatakan bahawa lesen yang dikeluarkan oleh PBT boleh ditarik balik.

Seksyen 107(2) berbunyi:

Tiap-tiap lesen atau permit yang diberi tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab

Hujah yang digunapakai adalah PBT boleh guna Seksyen 107(2) untuk ‘tutup kilang’. 

Tidak dinafikan, kalau ikut Akta, PBT sememangnya mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen PBT ‘pada bila-bila masa’. 

Tetapi walaupun PBT mempunyai budibicara untuk batalkan lesen, ianya bukanlah budibicara mutlak yang boleh digunapakai sewenang-wenangnya secara arbitari.

Pertama sekali, ‘tanpa memberi apa-apa sebab’ dalam Seksyen bukanlah ‘tanpa sebab’. 

Budibicara untuk batalkan lesen mestilah berkaitan dengan pelanggaran syarat-syarat dalam lesen yang diberikan, dan bukannya atas sebab perkara-perkara yang tiada kaitan dengan lesen itu. 

Satu anologi yang saya suka guna adalah mengenai lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ. Lesen memandu boleh dibatalkan atau digantung oleh JPJ. Tetapi, JPJ tidak boleh membatalkan lesen memandu hanya kerana mahu menghalang orang daripada merentas negeri, atau keluar semasa PKP dilaksanakan.

Pembatalan lesen memandu dalam keadaan di atas tiada kena mengena dengan apa-apa pelanggaran punca kuasa iaitu Akta Pengangkutan Jalan dan melangkaui budibicara yang ada.. 

Sama juga dengan membatalkan lesen PBT kilang, ia harus berkaitan dengan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam Akta 171, syarat-syarat lesen dan undang-undang kecil PBT tersebut.

Oleh sebab itu, PBT sebenarnya tiada budibicara yang meluas dan mutlak untuk menggunapakai Seksyen 107(2) dalam hal ini. 

Jika diambil berita sebuah kilang pembuatan sarung tangan yang ditutup tempoh hari, jelas bahawa tindakan diambil di bawah Akta 342. Hanya satu kilang yang ditutup di bawah undang-undang kecil kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, dan ini dalam bidangkuasa PBT.

PBT ada diberi kuasa untuk menguatkuasa Akta 342, tetapi punca kuasa itu tetap daripada undang-undang Persekutuan. 
Sekiranya PBT bertindak melangkaui punca kuasa dan budibicara mereka yang terhad ini, mereka akan terdedah kepada tindakan saman Mahkamah.

Saya tidak mahu sentuh tentang prinsip-prinsip yang dipertimbangkan dalam judicial review (semakan kehakiman) secara detail, tetapi mana-mana peguam yang biasa mengamal dalam undang-undang administratif awam (public administrative law) akan tahu tentang alasan-alasan untuk mencabar tindakan mana-mana badan awam termasuk PBT. 

Ini yang saya sebut tentang ‘Rule of Law’. Semua badan Kerajaan tidak boleh berbuat sesuka hati hanya kerana sekilas pandang mereka ‘nampak’ seperti ada kuasa. ‘Rule of Law’, bukan ‘Rule by Law’.

Undang-undang kecil

Ada yang merujuk kepada Seksyen 73 Akta 171 dan Seksyen 102 Akta yang sama. Kedua-dua ini merujuk kuasa untuk membuat undang-undang kecil.

Pertama, ada rujukan Seksyen 102(s) Akta 171. Akan tetapi, jika diteliti ini adalah kuasa untuk membuat undang-undang kecil dalam PBT untuk mengawal jenis industri yang boleh memudaratkan awam atau menyebabkan kacau ganggu. 

Contohnya, PBT boleh larang, dengan undang-undang kecil, kilang buat racun toksik dekat dengan penempatan orang sebab ia mungkin boleh membawa mudarat. Ia bukan kuasa untuk ‘tutup kilang’, lebih lagi kilang-kilang yang memang sudah mempunyai lesen untuk beroperasi.

Seksyen 73 juga telah dipetik, tetapi sekali lagi ianya merujuk kepada kuasa membuat undang-undang kecil. Sekarang ini, Akta 342 memang digunapakai seluruh negara apabila seluruh negara diisytiharkan sebagai kawasan kawasan tempatan jangkitan sejak bulan Mac 2020 dan bidangkuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan wabak Covid-19 tertakluk pada Kerajaan Persekutuan.  

Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita harus faham bahawa undang-undang kecil ini adalah apa yang dipanggil ‘subsidiary legislation’ dan apa yang boleh dibuat adalah terhad. 
Undang-undang kecil yang dibuat oleh PBT tidak boleh bercanggah dengan Akta 342. Jika mengikut Akta 342 sesetengah jenis kilang boleh beroperasi, maka undang-undang kecil PBT tidak boleh ‘mengatasi’ Akta tersebut.

Undang-undang kecil tidak boleh digunakan untuk menutup kilang yang sememangnya sudah lesen untuk beroperasi. Undang-undang kecil tidak boleh beroperasi menarik hak yang telah diberikan dengan sah sebelum itu.

Apatah lagi sekiranya sudah ada undang-undang Persekutuan yang khusus seperti Akta 342 yang meliputi masalah khusus iaitu pengawalan penyakit berjangkit. 

Bidangkuasa Negeri

Akhir sekali, ada pihak yang juga membangkitkan bidangkuasa Negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Pertama, ingin saya katakan bahawa dalam keadaan di mana terdapatnya percanggahan di antara undang-undang Negeri dan undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan akan mengatasi undang-undang negeri. 

Kedua, pada ketika ini tiada enekmen mana-mana negeri yang telah digubal khusus untuk mengawal wabak Covid ini. Dan sebabnya jelas – kerana sudahpun ada Akta Parlimen yang khusus. 

Apatah lagi dalam keadaan Darurat sekarang, yang mana Dewan Undangan Negeri tidak boleh bersidang langsung. 

Oleh itu, hujah yang merujuk kepada Senarai bidangkuasa perundangan Persekutuan dan Negeri tidak membantu dalam merungkai permasalahan sedia ada.

Kesimpulan

Harus ditekankan bahawa Menteri Besar Selangor sudah berkali-kali meminta MKN supaya hanya kilang-kilang yang benar-benar perlu (essential) dibenarkan beroperasi, walaupun MITI telah membenarkan lebih banyak kilang dibuka. Ini bermakna Kerajaan Negeri sudah memohon untuk pelaksanaan SOP yang lebih ketat bagi Negeri Selangor dalam hal membabitkan kilang, tetapi tidak diendahkan oleh MKN. 

Jika memang boleh guna kuasa PBT, sudah tentu Kerajaan Negeri sendiri sudah tentu sudah pertimbangkan dan dinasihati oleh Penasihat Undang-undang Negeri mengenai perkara ini. 

Mengapa perlu meminta MKN jika Kerajaan Negeri boleh bertindak? Jawapannya, sebab Kerajaan Negeri sememangnya terikat dalam hal ini.

Saya tidak setuju bahawa Kerajaan Negeri berbuat sesuka hati, melanggar Rule of Law dan melangkaui bidangkuasa dan budibicara, mendedahkan diri kepada tindakan Mahkamah, semata-mata demi ‘political mileage’. 

Apa yang jelas adalah kaedah untuk menutup kilang dalam keadaan penularan wabak sekarang adalah melalui Akta 342, dan bukannya mana-mana kuasa PBT.

Mana-mana Kerajaan wajib bertindak dalam kerangka yang dibenarkan, dan menggunakan budbicara, sekiranya ada, dan bukan dengan sewenang-wenangnya.

Mana-mana Kerajaan mesti bertindak dengan bertanggungjawab, dan bukan untuk skor mata politik.

Syahredzan

Saturday, July 10, 2021

Rasuah AKSB

Dalil apa pulak nak keluar ni?

Isu Rasuah AKSB : Kronologinya ringkas begini...

SEBELUM PRU14:

7 Mac 2018 
- Husam dedah penyelewengan dalam AKSB berkaitan projek RM27.1 juta.

9 Mac 2018 
- TMB ancam saman Husam, pesan kat Husam jangan lari.

SELEPAS PRU14:

28 Mei 
- AKSB hantar notis saman kepada Husam.

6 Jun 2018 
- TMB kata SPRM tak perlu siasat AKSB.

29 Jan 2020 
- Media PAS melaporkan AKSB bebas rasuah.

SELEPAS LANGKAH SHERATON:

28 Mac 2021 
- Mahkamah tolak saman AKSB terhadap Husam. AKSB diarah bayar kos kepada Husam.

9 Julai 2021 
- SPRM tahan 3 pegawai AKSB berkaitan penyelewengan projek RM27.1 juta yang didedahkan Husam.

🤭🤭🤭

Tuesday, July 6, 2021

Haji ‎Hadi ‎dan ‎kerajaan ‎Allah

KERAJAAN DAN PARTI ALLAH HAJI HADI, LIM KIT SIANG YG LAJAK DARI LAJU..

1- Tak pasti status Twitter " Kerajaan Allah " itu benar atau tidak seperti disebarkan.. Kalau benar, Bagi aku ia bukan lah satu penghinaan, Tetapi salah faham dari tajuk berita harakah daily dan Malaysiatoday meletakkan Tajuk Kerajaan Allah dan wabak Covid-19.. 

2- Kesilapan Lim Kit Siang disebabkan Lajak dari laju sebelum mebaca keseluruhan artikel.. Pada Lim Kit Siang dia menganggap Hj Hadi menisbahkan Kerajaan hari ini sebagai "Kerajaan Allah" biarpun Hj Hadi sebenarnya cuba menutup kegagalan hari ini dengan alasan hanya Kerajaan Allah yang sempurna.. 

3- Tetapi sejarah Haji Hadi menisbahkan parti dia dengan Islam dan Agama, Dan sebagai parti Allah bukan perkara baru.. Itu yang merosakkan kefahaman dan membuatkan orang Bukan Islam salah faham kepada agama Islam.. Dan ramai yang mengaggap, Hj Hadi menisbahkan partinya sebagai Parti dan Kerajaan Allah..

4- Haji Hadi pernah suatu ketika dulu dalam laporan Akhbar pernah menisbahkan Partinya sebagai Parti Allah atau kata Hizbullah.. Sudah pasti mereka memetik perkataan Hizbullah dari firman Allah ini.. 

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

“Siapa saja yang menjadikan Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh golongan Allah(Hizb Allah) itulah yang menang.”

5- Sebenarnya Ungkapan Hj Hadi ini bukan baru..Dia juga pernah mengatakan tidak mahu membawa ahli ahli PAS kedalam Neraka Jahannam hanya kerana menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB.... seolah olah dia pembawa Wahyu..Pernah juga mengatakan mereka yang keluar dari Parti PAS perlu bertaubat atau dihapuskan..Seolah olah parti dia sebagai Agama..

6- tu belum lagi dari ucapan Ustaz dan Ulama PAS, Kononnya bersama PAS boleh masuk Syurga.. Yang berdoa laknat seolah olah PH adalah musuh Allah dan Pakatan Al Ahzab.. Lebih teruk, Nik Abduh pernah buat ucapan, Allah mengarahkan kita ke Putrajaya.. 

7- Tapi itulah PAS... Yang menghina Islam itu bukan kelompok non Muslim..hatta Ulama PAS sendiri.. :) 

Ipohmali

Hebatnya mopti sorang ni

Demikianlah Mutfi.

Tak cukup twitter, up pula dekat Insta story, biasanya yang up insta story ini BBBNU yang tak berani nak up dalam insta post. Lepas tu insta story orang komen tak nampak kat public. Sempat pula tunggang nama Allah yer.

Betullah tu Allah tengah pelihara negara kita. 

Kes Musang King itu hanya tip of the ice-berg aje. 

Depa sendiri kata dalam video semalam yang depa sudah bayar untuk ceroboh hutan tersebut, jadi kena siasat juga siapa yang bagi kebenaran untuk clearkan hutan itu in the first place. Siasat siapa yang dapat konsensi balak nak clearkan hutan simpan tersebut.

Yang saya tengok DAP tak ada dalam senarai menteri besar Pahang. Tapi kira hebat juga Ronnie dapat bangkitkan mopti dari tidor yang lena.

Kes ini lebih kurang macam kes pusat judi, yang owner pusat judi banyak cina, tapi mofti duk marah cina tokey judi. Yang tolong coverline tokey judi tadi, yang dapat wang perlindungan bertahun-tahun, mopti buat tak nampak sebab perpetrator dia melayu.

Cuba fikir pakai critical thinking PHD tu sat, kalau pokok Durian itu sudah keluar buah, berapa tahun agaknya hutan itu sudah di ceroboh? Paling kurang 5-6 tahun dan dalam masa itu berapa banyak yang sudah kenyang makan wang perlindungan tokey durian? Silap-silap boleh beli S class untuk Doreamar sebijik kalau di kumpul dari awal makan duit haram. 

Dalam Islam pemberi dan penerima rasuah kedua-dua Nabi kutuk. 

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”

Riwayat Abu Daud (3580), al-Tirmizi (1337) dan Ibn Majah (2313)

Jadi kenapa nak kutuk pemberi sahaja, padahal penerima juga ada saham dalam hal ini? 

Agaknya kalau DAP yang Melayu yang protes, adakah nada dia masih sama? Mungkin Mofti ada vendetta terhadap Ramasamy dan Ronnie, tapi bukanlah Adil itu menghampiri takwa?

Demikianlah Mutfi, bias dan menjadi terompah MCA.

Allah sedang pelihara negara ini bila Allah tunjukan satu persatu mereka yang menjual agama Allah demi habuan dunia, termasuklah enabler kerajaan al-ghadr ini.

Jgn jadi tok peti terompah kayu..

Ehh...tiba time Dap, cepat je tok peti ni bersuara. Time menteri Dap waktu kjaan PH kurangkan judi dari 22 kali kpd 8 kali kemudian menteri umno dlm kjaan tebuk atap tambah lagi cabutan judi kepada 22 kali, mana suara tok peti?

Daripada tok peti ulas main isu perkauman, lebih baik tok peti ulas tentang lebai nikah kat siam guna smartphone. Lebih baik ulas tentang pemimpin cirit yg sakit kanser tahap 4 masih nak jadi PM. Jadi imam solat pun jgn ambik yg uzur apatah lagi yg tercirit...

Monday, July 5, 2021

PENEROKA HARAM VS AGENSI KERAJAAN HARAM JADAHSelama puluhan tahun ni agensi mana yang makan gaji buta sampai tak tahu orang ceroboh tanam durian kat hutan simpan?Takkan tanam harini esok dah berbuah.

TANAH MUSANG KING DALAM KONTEKS " IHYA' AL MAWAT " DAN KASINO DI PAHANG..

1- Sebenarnya sejak awal aku tak faham kenapa begitu rakus Kerajaan Pahang, pihak berkuasa merampas tanah pengusaha durian Musang King, Biarpun atas nama pencerobohan.. Sedangkan Kerajaan boleh berunding dengan baik dan akhirnya Kerajaan kekal mendapat hasil.. 

2- Dari banyak respon, Aku lihat ramai orang Melayu yang marah marah hanya kerana ramai dari pekebun Musang King itu dari kalangan berbangsa Cina biarpun ada yang muslim.. Ini kadang2 kencenderungan, Ashabiyah akhirnya kita menutup pintu dan menolak neraca Keadilan yang diajarkan oleh islam..Sudah pasti ada Sejarah disebalik semua ini.. 

3- Sebenarnya masalah melibatkan hak milik tanah ini banyak berlaku dari kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.. samada melibatkan hak milik tanah tempat tinggal seperti setinggan, mahupun tanah Kebun tanaman..Aku sendiri secara peribadi pernah hadapi soal status hak milik tanah atas kerja Khianat orang dalam dan Kerajaan sendiri..

3- Aku lebih boleh terima satu usaha membangunkan Pertanian, atau apa pun bentuk Tanaman yang mendatangkan hasil dari Tanah yang diberikan kepada Tauke tauke Balak, Bauksit yang akhirnya merosakkan Alam sekitar sebagaimana yg berlaku di Tasik Chini.. 

4- Kerajaan Boleh saja bertindak matang, Dengan memberikan keputusan menang menang seperti mengenakan sewaan atau apa saja cukai.. Tanah itu boleh dikembalikan kepada Kerajaan dan satu perjanjian Pajakan dan sewaan dikenakan..Bukan bertindak bodoh memusnahkan Tanaman seperti yang berlaku di Kelantan ketika heboh isu Ladang Rakyat melibatkan tanah hak milik FELCRA dan Kerajaan negeri.. 

5- Ummat Islam lebih nampak marah melihat tanah isu tanah Musang King sebagai satu bentuk kemarahan, berbanding tanah dan Gunung yg digadai Keturunan Najib Razak dan Hishamuddin di Genting Highland dan akhirnya menjadi pusat Perjudian antara yg terbesar di Asia tenggara.. 

6- Inilah Masalah orang Melayu.. Ia bukan hanya berlaku kepada non Muslim, Sesama Melayu dan saudara sendiri pun berlaku..Bila dah nampak hasil..Masing masing berebut hak milik tanah, Bekerja malas.. Hanya tahu dapat wang mudah dari hasil orang lain.. tak kira yang kayangan, atau si Marhaen yg pemalas.. 

7-Di dalam Islam, Ada satu konsep dinamakan Ihya' Al Mawat, Yakni mengusahakan Tanah terbiar atau tanah mati.. Mengikut pandangan mazhab Shafie ia memberikan makna.. 

"اصلاح الارض ما لم يكون عامرا ولا حريما لعامر قريب من العامراو بعد.."
       
 " Memajukan dan mengusahakan tanah atau kebun yang belum diusahakan orang lain, samaada kebun itu jauh dari pemukiman(Pnempatan)mahupun dekat..."

8- Apakah Usaha Tanah untuk Pertanian ini perlukan Izin Imam(Pemerintah) ? Biarpun di dalam Kitab Syarah As Saghir pandangan ini dikhususkan bagi orang islam, dalam konteks kenegaraan berasaskan kerakyatan atau Konsep Muwathhanah disebutkan di dalam Kitab tersebut..

فَيُسَنُّ لَهُ إِحْيَاءُ الْأَرْضِ الْمَيِّتَةِ سَوَاءٌ أَذِنَ لَهُ الْإِمَامُ أَمْ لَا..

" Maka bagi orang islam hukumnya sunnah mengolah bumi mati, baik dengan izin imam ataupun tidak.."

9- Pun Begitu kita perlu faham, Dalam konteks Kenegaraan hari inipun ia ada Undang Undang melibatkan tanah..Ia adalah urusan Pemerintah..

" تَصَرُّفُ الإِمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوط بِالْمَصْلَحَةِ.."

 " Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah mesti berkait (terikat) dengan maslahah."

Soalnya bagaimana pemerintah bijak mengurus sumber alamnya.. ?

10- Itu sebab negara kita begitu teruk ketinggalan dalam bidang Pertanian.. sama seperti kes NFC yg mana beratus Juta diberikan kepada Syarikat milik ketua wanita UMNO, Bukan hanya pinjaman wang hatta dianugerahkan tanah.. dalam waktu yg sama..ramai Penternak masih ketiadaan tanah dan modal mengusakan ternakan.. Inilah Jahatnya Kerajaan UMNO dan BN.. :) 

Ipohmali

Sunday, July 4, 2021

Belum berperang lagi

Anak bini orang politik awal2 lagi dah berambus duduk luar negara.Hidup bebas berjalan sana berjalan sini hidup dengan hasil cukai rakyat.Engkau anak bini masih dikurung dirumah,bekira2 esok nak bagi anak makan apa.Ini baru covid Allah dah tunjuk perangai sebenar cilaka2 ni

Belum negara berperang lagi.Engkau ingat muka2 dieorang nak duduk berperang sekali dengan korang?.Sembang demi melayu kepala butoh

oklah, klu bendera warna putih tu ada agenda politik, kita tukar jelah warna lain. janji ia signal rakyat nk beritau ia terdesak. Warna coklat tompok unggu pun tkpe. Takde parti politik pun guna warna tu...

Kerajaan semburit apa dia tau

Saturday, July 3, 2021

Gambar hari ini, rakyat semakin marah dan terdesak

Friday, July 2, 2021

Gambar hari ni

Isu vaksin Selangor

Memandangkan JKOM sedang mengelirukan rakyat tentang Program Vaksin Selangor (SelVAX), admin akan buat penjelasan.

SelVAX adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menekankan dua perkara.

1. Vaksin untuk orang awam (SelVAX Komuniti)
2. Vaksin untuk sektor kilang (SelVAX Industri)

1. SelVAX Komuniti
Ini PERCUMA. Bukannya RM350 seperti yang difitnah oleh JKOM.

2. SelVAX Industri
Ini juga PERCUMA kerana kosnya ditanggung oleh majikan. Majikan dilarang mengalih kos kepada pekerja.

Ada orang tanya, kenapa perlu ada vaksin untuk sektor kilang?

Kenapa tidak bagi sahaja kepada orang awam?

Jawapannya mudah.

MITI yang diketuai oleh Azmin Ali enggan menghentikan "surat MITI". Azmin mahu kilang-kilang terus beroperasi.

Kerajaan Negeri tiada kuasa menutup kilang-kilang, melainkan mereka tidak ada lesen, melakukan pencemaran dan sebagainya.

Kerajaan Negeri juga tiada kuasa melaksanakan darurat penuh kerana darurat merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Dengan hakikat sedemikian, suka atau tidak suka, pekerja-pekerja di kilang perlu divaksinasi supaya kluster-kluster kilang tidak merebak ke luar dan menjejaskan masyarakat awam.

Perlu ditekankan di sini. Tanggungjawab pemvaksinan adalah tanggungjawab Putrajaya.

Putrajaya mengawal sumber vaksin.
Putrajaya mengawal proses perolehan vaksin.
Putrajaya mengawal Kementerian Kesihatan.
Putrajaya mengawal jentera dan kakitangan perubatan awam.

Kerajaan Negeri Selangor membuat inisiatif sendiri kerana kelemahan dan kelembapan Putrajaya.

Tapi kenapa akhirnya Selangor juga yang dipersalahkan?

C&P

Thursday, July 1, 2021

Ni kerajaan buat lockdown ke loklaq?Makin rosak negara dibawah pentadbiran Mahiaddin/Azmin.

Selagi boleh control dia control sampai pihak lawan tersepit, tapi dia pulak tercirit

Baru terima spesifikasi penggunaan RM300,000 untuk Ahli Parlimen beli bakul makanan. Nilai RM100 sebakul bermaksud kami hanya boleh agih kepada 3000 keluarga. Untunglah Ahli Parlimen Putrajaya berbanding Ahli Parlimen Damansara atau Bangi. Baca terma-terma yang lain.

PKPD apa pulak ni?

KENAPA PKPD DI KL DAN SELANGOR SELEPAS SEBULAN LOCKDOWN.. APAKAH SEBAB TAKUT BUKA PARLIMEN ? 

1- Kenapa PKPD di Lembah Klang, Selangor tidak dilaksanakan seawal 1 Jun dalam tempoh kononnya Total Lockdown dilaksanakan ? Kenapa laksana 1 Julai ? Mengapa terus mendera Rakyat.. apakah Bagi mengelakkan pembukaan Parlimen.. 

2- Sudah pasti Kerajaan akan mempunyai sebab, Bukan hanya menangguhkan Parlimen, Hatta menukar peraturan Mesyuarat Parlimen dengan pelbagai alasan kononnya wabak semakin merbahaya.... 

3- Kami di Ipoh dan beberapa Daerah di Perak telah melaksanakan PKPD 10-14 hari sebelum Total Lockdown dilaksanakan biarpun kes di daerah KINTA, Ipoh tidak seteruk lembah Klang dan Selangor.. 

4- Aku bukan lah warga KL dan Selangor untuk berasa marah..Tapi bagi Kerajaan yang tidak bermaruah, Mereka bukan saja telah melakukan Jenayah keatas Ekonomi, Aku anggap perlaksanaan PKPD di Lembah Klang dan Selangor selepas sebulan tempoh Lockdown adalah satu jenayah Kemanusiaan tanpa sebarang Persediaan dan bantuan.. Nak bagi rakyat terus bunuh diri ?

5- Bila niat yang tak betul, takkan datang keberkatan..Maka lahir lah sebuah Kerajaan Gagal..Tapi apa depa ni peduli.. Janji Kuasa masih ditangan.. Tak pernah aku tengok sebuah Kerajaan dan seorang PM tak bermaruah seperti PN dan Mahiaddin.. :)

Ipohmali