Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, March 18, 2013

ISMA Bertanding Pilihanraya Untuk Kalah?

 

Tulang Besi memang mengeleng2 kepala apabila membaca misi ISMA ini. Mereka berkata mereka mahu menyelematkan undi orang Islam. Tumpuan mereka adalah kawasan2 Parlimen dan DUN yang calon2 adalah bukan Islam dari parti yang lain dari PAS dan UMNO.

Juga, mereka berkata yang mereka akan meletakkan calon yang berwibawa.

Bagi Tulang Besi, misi ISMA itu sangat pelik dan menghairankan.

BUAT APA BERTANDING UNTUK KALAH

Pertamanya, kalau sudah pasti kalah, buat apa bertanding pilihanraya? Bertanding pilihanraya ini memakan masa, tenaga, waktu dan juga kederat. Wang yang diperlukan juga bukan sedikit.

Wang diperlukan untuk pencalonan dan deposit RM25000 setiap Parlimen dan RM15000 untuk DUN (kalau tak silap Tulang Besi). Wang diperlukan untuk mencetak poster, banner, bunting dan bahan kempen yang lain. Wang juga diperlukan untuk menjalankan kempen seperti dialog dan ceramah. Wang diperlukan untuk membuka bilik2 gerakan seluruh kawasan Parlimen. Wang diperlukan untuk belanja petugas2 parti untuk makan dan minyak mereka. Pendek kata wang diperlukan sepanjang masa. Dan ini hanya untuk satu Parlimen sahaja.

Diberitakan mereka akan meletakkan calon di 20 Parlimen atau lebih. Tu belum lagi kerusi2 DUN.

Semua ini adalah bertujuan untuk kalah dan kemungkinan besar hilang deposit yang sebegitu banyak.

MAHU MENYELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM DALAM KAWASAN YG CALON2NYA BUKAN ISLAM?

Lagi satu, mereka juga berkata mereka mahu menyelamatkan akidah umat Islam dengan tidak memilih mana-mana calon bukan Islam. Soalnya sekarang, akidah umat Islam tidak terhakis mahupun rosak kalau memilih antara kedua-dua calon bukan Islam itu. Mereka hanya wakil rakyat dan bukannya akan menjadi Perdana Menteri.

Kalau MCA menang, kerusi mereka membantu Najib Razak jadi Perdana Menteri. KAlau DAP menang, kerusi mereka membantu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Ertinya tiada salah dan silapnya bagi umat Islam mengundi salah satu dari calon bukan Islam tersebut.

Dari segi syarak pun tidak menjadi masaalah memilih salah satu dari calon yg bukan Islam kerana yang dipilih adalah wakil rakyat dan bukannya kepimpinan negara. Kepimpinan negara adalah antara Anwar Ibrahim ataupun Najib Tun Razak yang kedua2 nya adalah Melayu dan Islam.

PECAHAN UNDI TAJAAN ISMA MENGUNTUNGKAN UMNO DAN BN DAN MERUGIKAN PAKATAN RAKYAT

Maka, motivasi agama dan menang bukan sebab ISMA bertanding pilihanraya kerana tiada hujjah dan asas Islam bagi tujuan mereka itu.

Cumanya yang akan untung dari ISMA adalah parti2 komponen BN yang bukan UMNO. Ini kerana ISMA akan cuba menarik sokongan2 Melayu ISlam yang atas pagar jauh dari DAP atau PKR.

Pengundi2 yang mahu kekal mengundi BN akan tetap mengundi BN kerana melayu2 yg pro BN ini biasanya tidak kesah dan tidak hirau pasal agama.

Hanya pengundi2 PR yang kesah dan hiraukan agama. Maka, mereka ini akan cuba ditarik dan dibawa pergi mengundi DAP mahupun PKR sekaligus memenangkan calon MCA, MIC, GERAKAN mahupun PPP.

Kita kena ingat, bahawa terdapat banyak pengundi hantu dan pengundi warga asing yang telah masuk dalam daftar pemilih. Maka, tidak mustahil ia mampu mengecilkan majoriti kemenangan calon2 PR. Kemungkinan PR cuma mampu mengekalkan kerusi2 mereka dengan majoriti ratusan undi sahaja.

Maka apabila ISMA membawa ratusan undi yang sepatutnya pergi ke PR itu kepada mereka, hasilnya yang akan menang adalah calon2 Barisan Nasional.

CALON ISMA CALON BERWIBAWA?

Berkaitan calon berwibawa pula, adalah MUSTAHIL ISMA mampu membawa calon berwibawa kerana ISMA adalah parti baru. Orang2 nya belum diuji atau teruji dan tidak berapa dikenali pun.

Mungkin perkara yang sama boleh dikatakan kepada PAS, PKR dan DAP tapi orang ramai mengenali kepimpinan parti2 ini yang bertanggungjawab memilih calon.

Adapun kepimpinan ISMA tidak dikenali ramai dan sekaligus menjadikan calon ISMA itu juga sebagai "unknown". Secara otomatik calon2 ISMA tidak boleh dilihat sebagai berwibawa kerana mereka tidak dikenali.

Kalau setakat ISMA sahaja yang mendakwa calon mereka berwibawa itu namanya masuk bakul angkat sendiri.

CALON DITENTUKAN OLEH PARTI DAN CALON TERIKAT DENGAN DASAR PARTI

Mana yang lebih baik? Calon UMNO yang menghalalkan judi bola ataupun calon DAP yang bukan Islam tetapi mengharamkan judi bola? Dalam sistem demokrasi Malaysia (dipanggil Westminster) calon-calon pilihanraya ditentukan oleh parti, bukan oleh rakyat jelata. Tidak ada rakyat jelata yang mengundi untuk menentukan siapa calon pilihanraya. Parti2 yang akan bermesyuarat dan mengeluarkan senarai calon.

Adapun SPR sendiri pun tidak akan mendaftar seseorang calon itu tanpa surat dari parti yang diwakilinya mesti dilampirkan dalam borang pencalonan.

Secara otomatik menjadikan setiap calon pilihanraya TERIKAT dengan dasar parti.

Misalnya, UMNO telah membuat dasar untuk menghalalkan judi semenjak tahun 1951. Maka, kalaupun UMNO calonkan Saidina Umar RA sebagai calon pun, Saidina Umar akan terikat dengan dasar UMNO untuk menghalalkan judi tersebut.

Dengan kata lain, tidak kira berapa baik calon, kalau parti tu jahat dia terpaksa ikut kejahatan parti.

Boleh jugak seseorang bertanding sebagai bebas, namun dalam sejarah Malaysia, boleh bilang dengan jari berapa kali calon bebas menang pilihanraya.

ISMA ni tersilap sistem. Dia ingat sistem di Malaysia ni mengutamakan calon. Dia ingat rakyat Malaysia mementingkan faktor calon dalam memilih wakil rakyat.

Hakikatnya faktor calon ni cuma 5% dari jumlah keseluruhan faktor kemenangan. Majoriti memilih parti dan bukan calon.

SAPA DALANG DI SEBALIK ISMA?

Orang yg rasional tidak akan membuang masa, tenaga, wang ringgit, pemikiran untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan hasil.

Hasilnya, orang2 yang berfikir akan terus syak dan ragu dengan ISMA.

Atas sebab itulah ramai yang mempunyai perasaan bahawa wujudnya dalang di belakang ISMA bagi menjayakan projek yang tidak berfedah dan membazir ini.

PENUTUP

Projek ISMA ini adalah projek sia-sia, membazir, tiada asas dalam Islam dan juga seperti syok sendiri. Lebih baik ISMA berjumpa dgn kedua2 calon atau parti dan melobi agenda ISlam yang spesifik untuk sesuatu kawasan Parlimen itu.

Apabila mendapat respon, maka ISMA akan buat "report card" yang akan dibentangkan kepada semua pengundi Islam/Melayu bagi mereka menilai calon mana yang akan menguntungkan Islam.

Kaedah ini lebih praktikal, murah, logik dan disukai ramai.

TULANG BESI

 
 


(Via Malaysia Waves)

No comments: