Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, June 12, 2012

FAKTA:967 GAS PEMEDIH MATA DIHADIAHKAN KEPADA RAKYAT SEMASA BERSIH 3.0.

 

http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/BERSIH/047

Beginilah kasihnya Kerajaan UMNO/BN kepada Rakyat Malaysia.....


KUALA LUMPUR: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.

Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.

Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.

Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.

"Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya.Harakah Daily

N'N: Bagi yang belum pernah merasa gas pemedih mata pasti tertanya bagaimana rasanya terkena gas pemedih mata....Mata akan berasa sangat pedih dan hingus pula akan keluar secara mendadak tanpa henti, tindakan menggosok mata pula hanya akan menambahkan kesakitan......Jika terkena secara direct dan menghidu gas pemedih mata terlalu banyak mangsa boleh pengsan.....Garam pula digunakan untuk mengembalikan tenaga bukan untuk digosok tapi untuk ditelan.........

(Via Na'im Nikmat @blog)

No comments: