Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, August 12, 2010

Kata2 hikmah hari ni sebelum korang sume pegi PaRam.

Testing..

Pehal ntah, susah betul nak apdet pakai email skang..

Sabotaj ke hah?

Tuesday, August 10, 2010

Ucapan dari saya sempena Ramadhan..

Selamat menjalani ibadah puasa buat pelayar blog Amarah! (lamputih). Semoga kedatangan Ramadhan memberi keberkatan dan kesejahteraan dari Allah S.w.t. kepada kita semua. Amin.

Mat Sembab itulah orang yang paling tinggi ilmunya di dunia ini...

Kalau nak di ikutkan banyak-banyak orang yang pernah jadi TPM dalam Malaysia ni, yang paling suka buat gua menyumpah-seranah adalah yang duk kat tahta skang ni. Bro Isham gelarnya Mat Sembab. Cakap main ikut sedap tekak aje. Bawalah mana pakar atau expert kata sesuatu pun, yang ikut peraturan perlembagaan sekalipun, Mat Sembab ni pasti akan berfatwa sebaliknya. Dan pastinya fatwa itu menyusahkan orang ramai. Perangai sapa dia ikut gua pun tak pasti.

Yang sebelum ni dok kata SPR sahaja tentukan tarikh pilihanraya. Mana sunan yang di telaah gua pun tak pasti. Mana perlembagaan yang dia ngaji pun gua tak pasti.

Terbarunya isu saman ekor. Mahkamah sebelum ni dah keluar keputusan bahawa saman ekor itu tidak sah kerana ada perlanggaran hak secara jelas di situ dan juga menyentuh bidang kuasa JPJ dan PDRM dalam menyenarai hitamkan pemampu yang degil tak mahu jelaskan saman ekor. Benda yang cukup jelas dan bolehlah kita katakan precident case. Memang gua pelik bilamana UMNO terlungkup dalam PRU lepas maka undang-undang kini dibaca faham hanya mana bila keluar dari kepala otak pemimpin UMNO sahaja. Senada dan alunannya cukup sama.

Undang-undang apa macam ini? Kenapa banyak salahnya tafsiran undang-undang bilamana ia terluncur dari mereka yang beramal dengan undang-undang itu adalah Pro Pakatan Rakyat? Gua yang agak genius ni semakin kabur. Tak faham walaupun gua cuba guna kaedah logik, mantik, balaghah, mujmal & Mubayyan serta ada sedikit tarannum bayati. Tak dapat! Gua gagal!!!

Mat Sembab terlalu tinggi ilmu ladunninya. Tak terlawan kita nih.....

Gua pening tengok kerenah beruk sekor ni..

Gua tau dia tu cukup berbulu dengan PR. Berbulu-bulu jugak, tapi otak bubuh dalam longkang buat apa? Kejadah sial apa mahu suruh (hanya) PR Selangor tutup tempat maksiat sempena Ramadhan ni?

Ya, memang elok tutup rumah urut dan pub tu. Mukmin sejati pasti dengan yakin bahawa itu tindakan yang bermoral tinggi. Tak macam Saifooooolllll tu. Laknat... ok sambung, tapi kenapa di Selangor? kenapa tak suruh sekali Kedah dan Johor serta Negeri Sembilan? Motif pundek apakah ini wahai NOH!!!

Sempena Ramadahan setiap tahun bagaimana pula di Kelantan? Programnya? Adakah dapat liputan didada media arus perdana?

Kenapa sampai begini politik murahan UMNO??????

Astaghfirullah.......

Monday, August 9, 2010

Tuduhan level celaka dari seorang berstatus menteri.

Menteri yang juga ahli parlimen Kemaman yang kini Pengerusi Kelab Umno Luar Negara berkata Pas membelanjakan berpuluh juta ringgit untuk menubuhkan 'kilang' pembangkang di kalangan pelajar Malaysia di Mesir. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Induksi dan Makan Malam Pelajar Baru United Kingdom dan Ireland 2010 di PWTC semalam. (Angkasanuri)

Nazak sangat tuu...

Sunday, August 8, 2010

Peritnya jiwa!

Sebegini lebat buah namun apakan daya. Perlu dibuang elakkan berjangkit penyakit.

Saturday, August 7, 2010

Aktor porno vs cina yang pernah kena lokap..

Kalaulah LGE puji islam kita boleh kata ianya permainan politik DAP. Merbahaya kononnya. Tapi bila pemimpin belah karat biru itu menghina serta memperlekeh negara yang majoriti pemimpin dan rakyat beragama islam bagaimana pula? Tidak merbahayakah? Lagi pulak pemimpin itu pelakon porno yang tidak berjaya di arena redtube. Atau ia tiada kena mengena dengan kepentingan politik?

Yang membidas pandangan pelakon porno yang tidak berjaya tersebut pernah juga merasa duduk dalam penjara kerana membela gadis yang katanya Melayu beragama islam kerana telah di kongkek oleh bekas pemimpin yang satu bendera dengan pemimpin berjiwa porno tersebut..

Dan kenapa DAP itu tetap juga dituduh komunis? Dan juga mahu ia diharamkan?
Pelakon porno itu tiada kena apa-apa pula. Kasihannya royalti pun beliau tidak tuntut.

Matematik pundek apakah ini?

Friday, August 6, 2010

Bahaya pada si gemuk.

Thursday, August 5, 2010

Menipu secara berjemaah..

Laporan dari Jabatan Perdana Menteri bahawa di negeri Perak terdapat 192000 buah keluarga yang memperolehi pendapatan kurang dari RM2000. Tapi di nafikan oleh Zambry al-Ghandi. Dua-dua gua tak percaya. Hendak pulak dalam JPM tu gemuk al-Ros ada pulak.. heh

Laporan dari Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa FDI negara menjunam sebanyak 81%. Astaghfirullah…

Setelah pakai kalkulator saintifik gua yang canggih ini maka kesimpulan yang dapat dibuat ialah seluruh negara (baca 1Malaysia) hanya menerima FDI sebanyak RM4.4 Billion. (Baca RM tau bukannya Dollar)..

Astaghfirullah…

Yang lebih mensaifoolkan lagi otak gua ialah di dalam Dewan Negeri Perak, Exco Kanan YB Hamidah mengatakan Perak mendapat FDI sebanyak RM11.6 Billion.

"Ahhhh… anwar tetap ejen yahudi!!! DAP ialah komunis!!! PAS ektremis agama!!" ujar seorang pundek (baca pakar undang-undang) UMNO

Hek eleh.. Bengap gila.

Parking keta asal buleh yang boleh tahan..

Pentingkan diri sendiri namun tak semua orang boleh buat.

Tuesday, August 3, 2010

Bantah ISA kena ligan, bantah HUdud? errr.... cik zul?

Gua akui agak lambat terima maklumat malam ni. Sibuk kemain.

Terklik citer pasal orang-orang MCA berdemo bantah pelaksanaan hukum hudud.

Gua memang tak pandai nak komen bab-bab sensitif macam ni. Boleh kena ISA kalau tak berhati-hati ketika menulis. Cumanya nak jugak dengar pandangan Sahibus Samahah al-Haj Zul Nordin al-Tunggang Terbalik al-Hero al-Pundek tu.

Sibuknya dia dulu sampai nak mintak haramkan DAP. Dahsyat!!!!!

errr... FRU ada tak tadi? ikutkan boleh sampai ganggu ketenteraman gak tadi kan?

Kalau tak hati-hati nampaknya kita bakal di bodohkan sekali lagi...

Mahathir bersetuju untuk memberi keterangan isu tentang PKFZ. Ngeri gua. Berani jugak ye orang tua ni.

Alaaaa.... agak-agak terkucil nanti pandai la dia buat skrip lama. Tak ingatlah, lupa la, tak pasti la...

Sekali lagi kita bakal di bodohkan kalau tak alert...

Badak air memang merbahaya walaupun dalam kurungan.

Mula la pikir lain tu.. Hehe.

Kesian la kat najib..

Bila babun diberi kuasa!

Memang macam-macam hal berlaku kebelakangan ni. Kesimpulannya era pemerintahan Najib adalah kelakar. Isu FDI bengkok pun boleh keluar kesimpulan yang bagus-bagus aje, otak babun!!

Demo anti-ISA dengarnya ramai terkelipat. Huh, memang mereka-mereka itu tidak makan saman. Tapi saman ekor kemain cergas pulak bunyinya.

Apa yang rakyat mahu maka rakyat akan dapat sebaliknya. Slogan 1Malaysia memang jijik gua mendengarnya. Tak serupa bikin. Hala lebih kepada pemakaian baju batik hari Khamis… eh, hello!!! Dah nak kiamat ni batik kejadah apa lagi????

Sejak Najib naik tahta (barapa lama dah hah?) fokus utama adalah ekonomi. Baik-balik ekonomi. Tang lain tak sentuh. Semua melibatkan money sahaja gamaknya. Mata duitan sungguh PM kali ini. Bila import-eksport bungkus dan terkebelakang jauh dari Filipina pandai pulak dia pergi bercuti. Buat pengetahuan semua, resaksa gemuk tu pun ikut sekali. Makanya aman takda tengok muka gemok tu sehari dua ni. Tak kisahlah tengok muka Muhyidin hari-hari sekali pun.


Adakah lebih baik sekarang ini berbanding 2 tahun lepas ketika mana Pak Lah berkuasa?

Lagi 2 tahun apa yang akan berlaku?

Masih lagi pasal subsidi? Masih lagi pasal gula? DAP komunis? PAS ektrimis? PKR pengkhianat bangsa dan negara? Ibrahim Ali masuk DAP?

Nak cakap bahasa apa lagi boleh kasi paham?

Justifikasi pihak Polis untuk menghalang perhimpunan aman itu dengan mengatakan ia adalah 'haram', adalah cukup simplistik. Pihak Polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku. Penganjur juga telah menuruti arahan Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan sebarang pembesar suara ataupun 'hellar'. Berdasarkan keadaan ini, pihak Polis sewajarnya menghormati perhimpunan dan hak rakyat ini, dan bukannya menimbulkan lagi suasana tegang.

****

Cakap pakai youtube pun boleh kena tangkap. Percayalah..

Saman ekor-bayar je lah..

OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Apabila kita bercakap tentang saman ekor kita sebenarnya bercakap tentang kegagalan pihak polis memahami prinsip keadilan asas di dalam undang-undang jenayah iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Prinsip ini boleh dikatakan bersifat sejagat dan dipakai di serata dunia.

Hakikatnya prinsip asas ini sahajalah yang boleh melindungi pencabulan hak rakyat oleh pihak Negara. Di dalam kes jenayah pendakwaan dilakukan oleh Negara . Negara yang gagah kerana mempunyai segala sumber di dalam genggamannya seperti polis dan agensi-agensi lain dibenarkan oleh undang-undang untuk membawa rakyat yang lemah ke muka pengadilan. Rakyat yang lemah sudah tentu tidak berupaya untuk melawan Negara yang gagah dan perkasa serta kaya dengan segala sumber kekuatan dan prasarana. .

Oleh itu satu-satunya senjata yang boleh melindungi rakyat dari 'serangan" Negara adalah prinsip asas yang saya nyatakan tersebut iaitu seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Dengan bersandarkan prinsip ini rakyat boleh menyatakan kepada Negara lebih kurang begini " saya tahu kamu ( Negara ) ada segala kekuatan untuk membawa saya ke muka pengadilan , maka saya menuntut kamu wahai Negara untuk membuktikan bahawa saya benar-benar bersalah , kerana jika kamu tidak ada bukti untuk mensabitkan saya bersalah kamu janganlah menganggu kehidupan saya."

Amat malang saman ekor membunuh prinsip asas tersebut. Saman ekor memberi erti rakyat adalah dianggap bersalah maka rakyat yang kena buktikan bahawa mereka tidak bersalah.

Bagi saya saman ekor adalah manifestasi penyalahgunaan kuasa dan undang-undang bagi mendapatkan faedah kewangan secara tidak sah. Dengan kata lain saman ekor adalah jalan pintas bagi Negara di bawah BN untuk mengambil wang rakyat secara paksa. Kalau di zaman feudal raja yang zalim bertindak meminta rakyat membayar ufti bagi menjamin keselamatan mereka, maka saman ekor adalah ufti versi baru yang dikutip dari rakyat oleh "neo feudalist" dengan berselindung di bawah ketiak undang-undang yang dinamakan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa pihak mereka akan tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas . Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihipemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini ( Utusan10/7/2010 )

Nampaknya pihak polis menafsir seksyen 17 dan seksyen 29 ( 1A ) Akta tersebut secara harfiah iaitu jika pemilik kenderaan yang memohon untuk memperbaharui cukai jalan [ seksyen 17 ] dan lesen memandu [ seksyen 29 ( 1A ) ] dan didapati mereka masih ada kes tertunggak dengan JPJ atau Polis berkaitan dengan pelanggaran atau kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta Pelsesenan Kenderaan Perdagangan 1987 maka permohonan pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu boleh ditolak.

Untuk pihak polis yang tidak terlatih di dalam bidang undang-undang sayugia diingatkan tidak semua peruntukkan undang-undang boleh dibaca secara harfiah kerana ada masanya jika kita membaca secara harfiah ia boleh memberi makna yang tidak munasabah sekaligus mewujudkan ketidakadilan.

Bagi pihak polis apabila pemilik ada saman ekor dan masih belum dibayar ia secara ipso facto ( dalam keadaan begitu ) bererti pemilik kenderaan dikira ada kes tertunggak dan sekaligus lesen memandu dan cukai jalan tidak boleh diperbaharui melainkan dibayar kompaun saman ekor itu terlebih dahulu.Tafsiran harfiah pihak polis tersebut jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang jenayah yang saya sebut di awal artikel ini iaitu seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah.

Seksyen 17 dan 29 ( 1A ) bukan hanya bercakap tentang pemilik kenderaan mempunyai kes tertunggak dan kemudian full stop. Kedua-dua seksyen tersebut sebaliknya bercakap tentang pemilik kenderaan ada kes tertunggak berkaitan dengan pelanggaran dan kesalahan di bawah Akta.
Jadi kalimah yang penting di sini dan perlu diambil perhatian adalah kalimah " berkaitan dengan kesalahan dan pelanggaran Akta".

Persoalannya adakah hanya kerana seseorang dikenakan saman ekor maka ia secara automatik dikira bersalah di sisi undang –undang ? Kalau itu tafsiran polis maka tidak perlulah ada pendakwaraya, peguambela , Mahkamah atau juri. Lebih baik polis menjadi pendakwaraya, peguambela, mahkamah dan juri sekaligus.

Sudah tentu tafsiran yang munasabah adalah pelanggaran dan kesalahan yang dinyatakan di dalam seksyen 17 dam 29 (1A ) tersebut adalah semestinya bermaksud kesalahan dan pelanggaran yang telah dibuktikan mengikut prinsip dan prosedur undang-undang, Sebab itu di dalam undang-undang mereka yang ditangkap dipanggil suspek manakala mereka yag didakwa di mahkamah dipanggil tertuduh. Hanya setelah tertuduh didapati bersalah barulah orang yang dituduh itu dipanggil orang yang bersalah dan hanya orang bersalah baru layak dihukum sama ada hukuman denda atau penjaran atau sebagainya.

Jika kita ikut logik polis di dalam kes saman ekor mereka yang disaman itu adalah dikira orang bersalah yang demikian ia wajib membayar denda/kompauan jika tidak akan disenaraihitamkan.
Sesuatu kesalahan atau pelanggaran undang-undang hanya boleh dibuktikan di Mahkamah mengikut lunas undang-undang. Ini bermakna hanya seseorang itu dikenakan saman ekor tidak boleh dengan sendirinya membawa maksud beliau bersalah kerana kesalahan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Polis menyatakan bahawa pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.Polis menyatakan bahawa pihak mereka mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut . Polis menyatakan bahawa sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan.

Jawapan kita tentang alasan tidak cerdik polis itu mudah sahaja. Kalau polis mendakwa mereka ada bukti mengapa polis tidak berani bawa bukti tersebut di Mahkamah iaitu dengan mendakwa orang yang melakukan kesalahan tersebut. Hanya kerana polis menyatakan ada bukti tidak bermakna bukti tersebut mesti diterima oleh Mahkamah. Berapa banyak kes yang polis bawa bukti tetapi Mahkamah tolak bukti tersebut yang mengakibatkan kes ditolak oleh Mahkamah.

Polis kena faham sebarang bukti yang mereka katakan itu hanyalah bukti yang belum diuji lagi. Maka kaedah untuk menentukan sama ada bukti itu boleh diterima atau tidak, pihak yang disaman ekor itu mestilah diberi peluang untuk mempertikaikan bukti polis itu dan ini hanya boleh dilakukan di Mahkamah. Meminta orang membayar denda/kompaun dalam keadaan ia belum dibuktikan bersalah adalah satu peras ugut. Peras ugus adalah kerja mafia bukan polis !!!

Monday, August 2, 2010

Bangang sorang-sorang dah la. Tak yah la nak bodohkan orang lain pulak!

Asal kumpul je kena tangkap. Nak dedah pasal felcra pun kena tangkap. Nak join anti isa pun kena tangkap. Asik-asik kena tangkap.

Alasan balik-balik takda permit. Balik-balik ganggu ketenteraman awam. Ceramah kat hutan banat celah sarawak pun tak jugak dapat permit. Alasan mengganggu ketenteraman awam. Ganggu kera, mawas, beruk ngan katak pisang pun nak kira mengganggu ketenteraman awam jugak ke?

Ni dah tahun 2010 la. Orang tak lama lagi nak sampai planet pluto dah. Ngentikan la buat-buat otak biol tu. Tak penat ke?

Saiful al-bontoti al-murahi apa cite? Malam tadi berapa rakaat tahajjud? Kahkahkah..

Amboi! Macam crook style kamu nih..

Gambar terserempak kat blog tunhisyamuddin.