Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, March 30, 2010

APCO, 1Malaysia dan Najib yang memanjang bisu.

Najib perlu jawab isu ni. Kalau nak nafi pun perlu berasaskan fakta. Bukan di sidang media yang mana boleh cakap seronok sorang-sorang. Maknanya di Parlimen (dalam dewan bukan di lobi)

Anwar dah jelaskan secara panjang lebar. Nak kata hearsay pun tak boleh juga kerana beberapa nama dan agensi yang disebut secara langsung punyai kaitan.

Semua maklum tugas sebagai PM memang sibuk seperti layan batik 1Malaysia, baca buku cerita untuk budak-budak dan pegi jalan-jalan luar negara tapi isu APCO ni besar impaknya. Kaitan dengan Zionis Yahudi agak sensitif sementelah kita antara paling lantang menentang pencerobohan Israel di bumi Palestin. Maknanya PM perlu jawab dan bukan isteri beliau, penasihat-penasihat beliau atau rakan-rakan separti dengan beliau.

Dulu Pak lah sambil tido pun boleh jawab segala isu, Che det pun begitu juga berani berdepan walaupun kadangkala agak sumbang dan sering lupa sejarah, lupakan kerana beliau memang begitu. Najib? Takkan nak retorik manjang??

*****


"Ahh, Anwar memang nakal!" ujar sorang mamat karat biru pada gua...

Boleh gua terajang lutut mamat tu tak?

No comments: