Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, March 19, 2010

Muhyidin dah bankrup idea saya rasalah.

Muhyiddin mahu Anwar disiasat ekoran dakwaan Zahrain

MUAR, 19 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembongkaran yang dibuat Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.

"Pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa patut menilai kenyataan yang dibuat oleh Zahrain itu dan mungkin menyiasat lebih lanjut kenyataan itu dan jikalau ia mempunyai asasnya, maka tindakan daripada sudut undang-undang mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pengedaran penerbitan Prospektus Peluang Pendidikan, Latihan dan Kerjaya Edisi 2010/2011 di Pagoh.


- Bila kena kat Anwar je UMNO jadi sasau. Tak kira sapa la bercakap. Kot burung belatuk sebut nama Anwar pun maunya gegak gempita Muhyidin main gila.

Sasau dah TPM UMNO ni. Janganlah dilayan orang cenggini ye tuan2.

No comments: