Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, March 10, 2010

Budak Nasha tu buta atau pekak?

Dia ni apa pasal? Buta atau pekak? Tidak tahu pulak aku nak label orang-orang macam gini. Menentang arus pada masa rakan-rakan seperjuangan ditikam dilempar dengan tahi, boleh pulak bercerita perpaduan dengan parti yang lagi satu tu.

Apa dia ingat bersatu dengan parti UMNO itu isu Melayu terpinggir akan selesai masalah? Apa dia ingat bersatu dan bekerjasama dengan parti UMNO itu maka rakyat akan terbela? Apa dia ingat parti UMNO itu akan menghulurkan salam perpaduan jika UMNO menang besar dalam PRU yang lepas? Apa dia ingat UMNO itu mahu berpadu demi bangsa, agama dan negara?

Hello pakcik, yang sudah tu sudah. Sekarang masa untuk bekerja. Memperbaiki kerosakan yang UMNO dah buat selama 50 tahun ini. Bukan mahu meletak cuka di luka hati rakyat.

Pada ketika UMNO itu menghulur salam perpaduan apa aja kebaikan yang dah ditunjukkan kepada Pakatan Rakyat?

Kalau gua termasuk dalam lembaga disiplin PAS, sudah pasti nasib lu seperti Zul Kulim!!!!!!

********************


KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
"Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.

"Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini," katanya.

No comments: