Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, September 29, 2010

Bangang yang tak boleh diajar lagi dah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda Umno mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu mungkin tertidur sewaktu Perdana Menteri Najib membuat sedikit penjelasan tentang sumber kewangan hasil dari maksiat judi seperti kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.Mungkin juga sebab terlalu bangang agaknya!Najib pernah menjelaskan bahawa:


1. Buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial.

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

PM Najib menjelaskan demikian sewaktu menjawap soalan YB Loke Siew Fook (Rasah) di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

Sumber: http://alhusseyn51.blogspot.com/2010/09/bangang-macam-ini-pun-boleh-jadi.html

No comments: