Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, September 7, 2010

Jangan persoal kontrak sosial.

PUTRAJAYA 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kontrak sosial di antara kaum.

Perdana Menteri juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan diri daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.

Beliau menegaskan perkara itu merupakan aspek penting dalam menjiwai gagasan 1Malaysia dan dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.Najib yakin jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

Sumber dari Utusan.

No comments: