Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, September 12, 2010

Memang perangai ngalahkan setan!!

Apa lagi yang belum?

Bunuh pastu kerat-karat sudah.
Bunuh pastu lipat-lipat bubuh dalam beg pun sudah.
Bunuh pastu bom pun sudah.

Cara semadi bakar jadi abu tabur kat sungai pun dah. Buat kubur tampal dengan simen pun sudah. Gua ingat kalau bom atom boleh beli dan seludup macam pistol gua rasa memang ramai dah merasa tempiasnya.

Abu Jahal dulu pun tak kejam sampai kerat-kerat orang. Apatah lagi kalau bom ada masa zaman tu, dia pun tak sampai hati nak guna. Orang dah mati pejadah pulak nak kasi berkecai-kecai. Kan ke leceh nak kasik kemas dan lap-lap darah tu sume.

Yang kejam dan sadis rekodnya semua orang yang kita fahami beragama Islam. Pengamalan tara mana biarlah tuhan tentukan. Apa ke gila!!

Baru kebah demam 2 hari bukak internet tercongok kat blog wak banjar kobar Jutawan dan 3 orang lagi yang bersama beliau mati dibunuh. Kena bakar pulak tu. Sudahnya sampai malam ni demam gua macam merajuk nak kebah. Bila masa pulak gua nak raya macam ni?

Suspek punyai ramai kenalan orang kenamaan. Perghhh........

Gua ucapkan takziah pada keluarga Allahyarhamah dan 3 orang insan yang tak berdosa tersebut. Semoga pembalasan setimpal akan terlaksana dengan penuh keadilan dan saksama.

Al-Fatihah.