Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, November 24, 2010

Rosmah buat hal lagi..


Rosmah bini Najib buat perangai lagi. Tak sudah-sudah dengan kontreversi. Ini dah jadi macam Imelda Marcos. Najib seolah-olah tak boleh buat apa-apa!. Nantirakyat Malaysia akan tambah meluat dan berbulu dengan BN (Bini Najib).Kalau Pak Lah jatuh dek kerana menantu. Najib akan tumbang dek menyibuknya bininya sendiri.


Baru aje reda dengan isu Festival Busana Muslim yang setaraf denganbusana jahiliyyah. Dengan Nama Muhammad Rasulullah terpampang di dada model yang mendedahkan aurat.Kini timbul pula isu menyamakan taraf Hari raya Haji dengan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan agama syirik rekaan manusia.

Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini. Kalaulah Iklan Sinari Lebaran di TV3 yang disiarkan pada 2 September lalu. ditarik balik, antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.



Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, serta bantahan banyak pihak lalu TV3 bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta. Habis apabila kena dengan Bini Najib ini takde yang berani tegur ke? Takut hilang pangkat & jawatan ke?atau Umno sedang berdakwah secara hikmah. Takkan takde penasihat agama? Mana dia Ulama muda Umno tu? Takkan dok diam aje. Takkan fatwa mufti Perak macam Tun Harrussani masih taknak dengar. Kalau Pas yang cakap memang tolak siang-siang dah, Ini bukan fatwa ulama Pas. Ni Tok Mufti lantikan kerajaan negeri Pasir Berdengung, Perak Darul Ridwan.


Sekali lagi penulis tampalkan disini buat yang mata buta dan pekak badak pendokong Umno-BN. Haram merayakan perayaan orang-orang kafir Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampur adukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.


Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir)
agamamu dan bagi ku agamaku" Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.

Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita.

{Sumber]

No comments: