Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, November 18, 2010

Alahai Kak Pah..

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharifah Aini @ Kak Pah ini berkemungkinan besar boleh menjadi
statement of the year dalam dunia
hiburan. Baru-baru ini Kak Pah dilihat
bertudung dalam satu majlis amal. Semua orang terkejut. Adakah Kak Pah sudah mahu bertudung sepenuhnya?

Ini kata Kak Pah. Sebenarnya "Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung,"katanya. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab. Kesian kat Kak Pah. Mesti gusinya bengkak besar sebab sakit gigi sampai terpaksa pakai tudung untuk cover.

Bila tenung lama-lama, nampak manis jugak Kak Pah nie bila bertudung. Dan Kak Pah ada buat sedikit statement tambahan mengenai pakai tudung. Sebab itu semua kena datang kerana
Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung). Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit.-artismelayukini

No comments: