Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, November 25, 2010

Kesian Mahathir, nyanyuk betul dia.

Oleh: WFAUZDIN NS
MAHATHIR berkata ahli-ahli PKR perlu bertaubat dan kembali kepada Umno. Lucu sungguh saranan mantan PM yang DS Anwar dakwa keluarganya ada memiliki kilang arak terbesar di luar negara itu. Mahu bertaubat kena masuk Umno? Maksudnya kena masuk `geng' dengan Apco Yahudi itu kah? Pada saya lebih baik mati, daripada masuk Umno.

Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.

Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.

Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.

Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum Islam

No comments: