Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Saturday, November 27, 2010

Mahal rantai dari beruk!

Haih! Dalam kata takde duit, ada pulak duit nak ubahsuai rumah Sri Perdana Perdana Menteri sebanyak RM 65 juta? Setakat nak ubahsuai rumah sampai peruntukan berpuluh juta? Ini sudah lebih!

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Bayangkan sebanyak RM65 juta untuk tempoh dua tahun. Untuk tahun hadapan kos pengubahsuaian sebanyak RM19.5 juta. Maksudnya berbaki sebanyak RM45.5 juta untuk tahun 2012. Sedangkan kos sebanyak itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang jauh lebih memerlukan daripada pengubahsuaian tersebut.

Apa yang kami kesalkan adalah, kenapa setiap kali tukar Perdana Menteri, setiap kali itulah kena ubahsuai? Sampai berjuta-juta pulak tu. Kami tahu kos sebenarnya tidak lah sampai 7 angka, namun sebab "mark-up", atas sebab bagi projek pengubahsuaian kepada kroni-kroni, sebab tu jadi sampai berjuta-juta.

Tak rasa malu ke, guna duit cukai yang disumbangkan oleh rakyat malaysia untuk ubahsuai rumah sampai RM 19.5 juta? Apa yang rosak? Nak salut emas ke setiap jamban dalam rumah Sri Perdana tu? Ubahsuai ini sebenarnya tidaklah terlalu penting.

Lebih-lebih lagi, ianya bukan rumah sendiri. Esok-esok, tukar Perdana Menteri, kena keluar dari rumah. Jadi, apa relevannya nak ubahsuai sampai RM 65 juta peruntukan diberi?

Kalau penjawat awam mintak bonus, bukan main mengelat lagi. Kata bagi implikasi besar. Habis tu ubahsuai RM 65 juta, apa implikasinya kepada rakyat? Rakyat dapat tidur sekali ke dalam rumah tu? Nak masuk jengah kat pintu pagar pun belum tentu lepas.

Tak perlulah nak ubahsuai rumah Sri Perdana tu. Barang-barang dalam tu pun, masih banyak lagi yang elok. Malu la sikit, rakyat lain bergolok gadai simpan duit nak ubahsuai rumah. Ada yang bumbung bocor pun tak dapat nak betulkan lagi. Ada jugak yang tak ada rumah langsung!

Ahli politik kena fikir sikitlah, jawatan tu diberi atas mandat rakyat. Rakyat jugalah yang boleh tumbangkan ahli politik. Yang rakyat pun satu, undi atau sokonglah mengikut keperibadian pemimpin. Undi sebab kerja yang dibuat.Usaha yang dia buat. Bukan sebab dapat gula-gula RM dari ahli politik, terus sokong.

Ingat sikit rakyat semua, satu penggal 5 tahun. Kalau kena pemimpin yang kita pilih tu tak betul, tak perlu ambik masa sampai 5 tahun nak jahanamkan negara. Memang tidak ada pemimpin yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya, kita pilih pemimpin yang benar-benar ingin membantu rakyat.

Bukan sebab nak penuhkan kocek sendiri, lepas tu buat rumah sampai RM 12 juta. Kita sebagai rakyat perlu ubah mindset kita. Dah lama bapak-bapak kita sebelum ini digula-gulakan, kali ini, kita jangan biarkan langsung diorang menipu kita lagi.

Tak kiralah apa parti politik sekalipun, yang penting, kita pilih pemimpin yang benar-benar ingin meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Bukan pemimpin komisen, bukan pemimpin yang menjual maruah negara kepada orang luar, dan juga bukan pemimpin yang menjual diri atas nama agama.

dipetik dari sumber asal:

berita semasa.com

No comments: