Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, May 16, 2012

Cerita Bersih 3.0 Yang Tidak Mungkin Keluar RTM atau TV3

Aku terdengar ada seorang Ustaz muda kena belasah masa perhimpunan Bersih hari tu. Mula-mula aku rasa normal aje la cerita2 dia yang aku dengar, standard la polis belasah sebab polis yang nak pegi situ memang kaki belasah orang. Tapi ada satu point kisah dia yang aku tak pernah dengar lagi membuatkan aku tertarik dan simpan niat nak tanya dia sendiri.

Jadi selepas beberapa kali tertangguh sebab ada komitmen, akhirnya hari Isnin lepas aku dapat la berjumpa dengan Ustaz ni di satu lokasi yang langsung tidak rahsia. Aku nak tau sendiri betul atau tidak apa yang aku dengar ni, jadi ini lah kisah dia. Bila berjumpa aku bajet Ustaz ni jenis muka garang dan badan besar...rupa-rupanya kecik aje orangnya.

Kisah ni kau takkan jumpa dalam TV atau dalam paper Utusan. Oleh kerana masih ramai yang mengambil berat tahap kejujuran seseorang dan lebih percaya kalau seseorang itu bersumpah....

Dengan nama Allah SWT ...apa yang aku tulis kat bawah ni bukan rekaan. Kalau dia tipu aku, aku tipu korang. Tapi lebam kat mata dengan lekuk kat hidung dia dah cukup nak bagitau aku...dia tak tipu. Aku ingat kalau dapat ambik gambar lebam kat badan dia lagi cantik tapi sebab ada orang lain, tak senonoh pulak rasanya kalau seorang Ustaz tiba-tiba bukak baju tapi masih lagi memakai songkok. Apa yang dia cerita kat aku, aku olahkan balik jadi satu cerita supaya lebih senang struktur dia. Benda yang aku akan tambah hanyalah ayat2 supaya sedap dibaca.

Kenapa aku berminat nak jumpa dan interview dia sendiri? Baca lah.

....................

Nama saya Ustaz Burhan (bukan nama sebenar).

Saya bukanlah penyokong Bersih. Saya hanya berniat nak temankan sepupu saya sebab dia berminat nak tau "apa jadi masa Bersih." Dah alang-alang, boleh juga saya tengok dengan mata saya sendiri, apa yang terjadi sebenarnya.

Killing two birds with one stone bak kata orang putih.

Saya dan sepupu saya menaiki motorsikal ke sekitar Masjid Jamek. Kami terpaksa parking jauh sikit dari Masjid Jamek berdekatan kawasan simpang empat di depan LRT Masjid Jamek lalu berjalan ke Masjid Jamek kerana penuh lautan manusia di situ. Tiba di sana pada jam 3 petang. Suasana pada waktu itu terkawal dan tidak ada langsung rusuhan berlaku.

Di tempat kami duduk, kadangkala akan lalu kereta polis Proton Waja berpusing-pusing untuk memantau. Bila dah kerap sangat dilakukan, akan ada la sekelompok dua manusia yang sengaja membaling botol air ke kereta tersebut. Apa yang memelikkan pada saya, mereka dah baling, mereka ajak kami semua baling sekali. Di sebelah saya, ada seorang lelaki berbadan besar dengan baju hitam dah bersedia dengan batu besar di tangan.

Ada seorang petugas Unit Amal menasihatkan lelaki itu supaya tidak membaling batu tersebut ke arah kereta peronda itu tetapi nasihat dia tak diendahkan. Saya hanya tersenyum melihat lelaki itu buat tak peduli saja apa yang dikatakan petugas Unit Amal tersebut. Petugas itu kemudian give up dan sambil dia melangkah di depan saya, dia bisikkan, "itu SB (Special Branch)...jangan ikut dia." Saya pun pergi lah duduk di satu tempat lain kerana saya takut ditangkap kerana saya betul2 bersebelahan dia.

Memang tak lama kemudian, bunyi kaca pecah. Kereta Proton Waja tadi tingkapnya retak. Apa yang pelik...peronda itu tidak berhenti. Dia teruskan rondaan dan kemudian pusing lagi seolah-olah macam tidak apa2 yang terjadi. Mahu cetuskan provokasi dan mahu fabricatekan kes barangkali?

Saya pun terus duduklah di situ bersama sepupu saya sehingga jam 5:30 begitu. Tidak ada apa2 yang berlaku di kawasan Masjid melainkan beberapa orang yang masuk mencari perlindungan akibat gas pemedih mata. Saya tengok dari jauh sajalah apa yang terjadi, bagaimana FRU dan polis "bertempur" dengan peserta.  Ada juga polis yang menangkap peserta perhimpunan yang berkumpul di luar masjid tapi syukur mereka tak berani masuk ke dalam masjid.

Dalam jam 6:30 petang, saya dan sepupu saya mengambil keputusan untuk pulang. Majoriti sudah pun pulang dan yang tinggal hanyalah beberapa kumpulan kecil. Polis dan FRU masih lagi ramai disekeliling. Saya dan sepupu bangun lalu berjalan ke arah motorsikal kami.

Pada ketika itu, saya berselisih dengan seorang lelaki berbaju putih. Dia tanya kami nak ke mana, kami kata nak ambik motorsikal. Lalu dia suruh beredar. Kami sampai di motorsikal kami lalu terdengar perempuan menjerit. Mata terus mencari dan kami nampak seorang perempuan sedang duduk dipegang oleh seorang polis wanita. Dia dikelilingi beberapa orang polis lelaki.

"Bangun! Aku kata bangun!" polis wanita itu mengarahkan wanita itu. Dia masih lagi duduk. Mungkin kerana sudah hilang sabar atau naik minyak, ada antara polis lelaki itu menyepak wanita tersebut.

"Ya Allah!" fikir saya. Cepat2 saya keluarkan handphone dan tangkap gambar mereka dari jauh. Sedar tak sedar kepala saya dipaut seseorang. Lelaki berbaju putih tadi. "Kau ambik gambar aku ? Kau ambik gambar aku?" tanya dia.

Saya ditarik ke arah sekumpulan polis dan dicampak ke atas jalan raya. Bermulalah pesta mereka membelasah saya.Saya disepak di muka,di dada, di lengan dan ada yang memijak kepala saya. Sambil dibelasah ada yang marah dengan saya sebab dia kata saya dah bunuh seorang kawan polis dia. Waktu tu cuma Tuhan saja yang tau macam mana rasanya boot-boot polis hinggap di muka. Saya nampak sepupu saya dari jauh tak berani buat apa-apa.

Datang seorang lelaki berbaju putih berpangkat pakcik peluk saya selepas lunyai saya dibelasah. Lunyai! Hidung berdarah. Telinga terkoyak. Mata...tertutup sebelah. Dia heret saya berjalan. Nak berjalan pun tak mampu waktu tu. Entah berapa das dada disepak sambil terbaring membuatkan dada sesak.

Saya ingat dia penyelamat. Berpangkat pakcik, mesti hatinya lebih mulia. Salah saya. Dialah syaitan, syaitan berpakaian biasa. Saya diheret ke arah Dataran Merdeka oleh polis itu.

Sambil ditarik ke Dataran saya "di-offer" kepada mana2 anggota polis yang berselisih dengan saya. Offer apa? Offer jadi lauk. Jadi sepanjang saya ditarik ke Dataran tiap2 kali ada anggota polis lain , saya jadi bahan makanan mereka. Ada yang menyiku muka. Ada yang tumbuk perut. Ada yang tampar saya. Yang tak boleh lupa, seorang polis melayangkan tendangan yang cukup padu pada dada saya. "Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.." sebut saya berulang kali.

"Baru sekarang kau nak ingat Allah?" herdik pakcik tu.

Tercampak saya tapi ditarik bangun oleh pakcik itu. Bajunya kotor kena darah dari hidung saya...dia suruh saya cuci sambil maki-maki.

Datang seorang anggota FRU depan saya. Hentak saya pakai cota. Berlari dari jauh datang seorang peguam. "Hey! You tak boleh pakai weapon!" Dia buat tak peduli.

Saya terus ditarik menghampiri Dataran Merdeka sambil adalah sekali dua lagi saya dihentak dan ditumbuk oleh anggota polis. Sampai di sana saya dimasukkan ke dalam bas. Duduk di dalam bas, barulah perasan, dompet saya hilang, cermin mata hilang, handphone saya memang dari awal lagi dah tercampak ke mana-mana.

Saya dibawa ke Pusat Latihan Polis dan di sana mujurlah ada bantuan perubatan diberikan.

Selepas dua minggu, sehingga kini saya masih kehilangan kad pengenalan, saya punya kad ATM tidak ada dan saya tidak ada dokumen peribadi. Kepala saya masih lagi sakit akibat daripada hentakan terus ke kepala, sedikit daging telinga saya masih lagi ada di atas jalan raya dan kadangkala dada masih sesak nafas.

Adakah saya akan masih lagi menyertai perhimpunan?

Ya. Jika ada Bersih 4.0 saya masih lagi akan sertainya bukan setakat sebagai orang yang nak pegi tengok tapi sebagai seorang peserta. Bukan kerana saya penyokong Ambiga tapi kerana selepas apa yang terjadi pada saya, saya berubah. Saya sudah mula tidak mempercayai media kerajaan kerana jelas, mereka berbohong. Apa yang saya lalui langsung tidak sama dengan apa yang dilaporkan. Saya sudah tidak mempercayai kerajaan sekarang kerana membenarkan tindakan sebegitu rupa dikenakan kepada saya.

Saya sudah tidak mempercayai polis. Semua polis saya pandang negatif dan percayalah, saya tidak akan lupa wajah pakcik itu.

Kenapa saya dibelasah teruk separuh mati? Itu semua berlaku kerana secara kebetulan, saya nampak seorang perempuan disepak beramai-ramai oleh anggota polis dan saya cuba dapatkan buktinya.

..............

Ustaz Burhan, selamat hari guru.

Ustaz Burhan adalah seorang Ustaz mengajar JQAF di Negeri Sembilan, berumur 28 tahun. Pernah mengajar di sekolah-sekolah pondok selepas menamatkan pengajian Ijazah sebelum menjadi Ustaz di sekolah sepenuh masa. Ustaz Burhan kini seorang penyokong agenda Bersih dan tidak lagi menonton RTM atau TV3 kerana merasa diperbodohkan. 

Published on Cursing Malay : Terus Terang

No comments: