Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Saturday, May 12, 2012

Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Protes di Mekah, Arab Saudi hantar nota diplomatik

Kerajaan telah menerima nota diplomatik daripada Kedutaaan Arab Saudi yang menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi dan mematuhi undang-undang dan norma di Arab Saudi.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, protes BERSIH yang dianjurkan di Mekah dan Madinah telah menimbulkan kebimbangan kerajaan Arab Saudi yang mungkin mengugat kuota jemaah Malaysia untuk pergi menunaikan ibadat haji.

Katanya, Malaysia akan menghoramti tindakan kerajaan Arab Saudi yang akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang terbabit dalam protes di bawah apa jua undang-undang.

"Kita akan memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini.

Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang memburu pemimpin pembangkang yang didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH pada 28 April di kota suci Mekah dan Madinah.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana "dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah."

Sementara itu, Anifah juga berkata tidak ada keperluan untuk orang luar menyiasat Prhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mampu menjalankan penyiasatan sendiri yang saksama dan yakin dengan pihak berkuasa dan polis.

"Bagi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya tidak fikir ini adalah satu isu," tambahnya.

Jamil Khir: Arab Saudi sedang mempertimbangkan kena sekatan kepada jemaah haji, umrah Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.

"Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar Negara Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam hari ini.

Jamil Khir berkata perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak "kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.

Beliau berkata sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Jamil Khir berkata kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka.

Katanya sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi, dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.

Mengenai buku "Kahwin Campur" yang diterbit dan diedarkan secara percuma oleh Middle Eastern Study Group yang antara lain didakwa menghalalkan perhubungan seksual sejenis, Jamil berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam akan bekerjasama dengan KDN untuk menguatkuasakan pengharamannya.

Beliau berkata pengharaman buku itu akan dapat menyekat hubungan songsang sesama jenis.

Middle Eastern Study Group adalah sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD), yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. — BERNAMA


Bersih Perlu Bertanggungjawab Jika Arab Saudi Sekat Jemaah Malaysia

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 3.0 perlu bertanggungjawab sekiranya jemaah Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tempoh tertentu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihak keselamatan Arab Saudi memandang serius dengan tindakan segelintir peserta Bersih yang berani mengadakan perhimpunan haram yang berunsur politik di negara tersebut.

"Arab Saudi cukup sensitif berhubung demonstrasi atau sebarang perhimpunan haram yang dilakukan di negara itu.

"Dulu ada rakyat sebuah negara Islam pernah mengadakan demonstrasi di Mekah dan Madinah bagi tujuan mendemokrasikan politik di negara berkenaan dan Arab Saudi telah tidak mengizinkan mana-mana jemaah dari negara berkenaan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tempoh tiga tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran konvoi bermotosikal sempena sambutan Hari Umno ke-66, di sini, Ahad.

Ahmad Zahid berkata penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab dan bersedia untuk membayar harga yang tinggi jika Arab Saudi mengenakan sekatan tersebut kepada jemaah dari negara ini.

"Saya cukup khuatir sensitiviti Arab Saudi tidak diketahui oleh pihak penganjur yang berpotensi menjejaskan jemaah haji dan umrah dari negara kita... Adakah ini satu cara yang baik untuk menuntut sesuatu perubahan kerana kita juga perlu mematuhi undang-undang sesebuah negara lain termasuklah Arab Saudi.

"Saya tidak fikir Arab Saudi akan mendiamkan diri ekoran gambar yang dikeluarkan melalui YouTube dan laman sosial Facebook...Kita perlu ingat risikan tentera mereka cekap kerana sering kali berhadapan dengan situasi sedemikian yang melibatkan negara luar," katanya.

Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram tersebut pada 28 April lalu.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demonstrasi jalanan bukan acuan politik yang sesuai untuk negara ini.

"Saya fikir tidak sesuai mencari pengaruh dengan cara mengadakan demonstrasi atau politik jalanan," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengetuai konvoi bermotosikal sempena hari ulang tahun Umno ke-66 yang akan menjelajah ke wilayah tengah melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang sebelum berakhir di Kuala Lumpur.

"Konvoi kali ini melibatkan motosikal berkuasa besar dan kecil bagi melibatkan ahli-ahli akar umbi...penting untuk konvoi kali ini libatkan sekali ahli peringkat akar umbi dan golongan muda bagi menjadikan Umno terus relevan dan ini juga sebagai usaha dalam meremajakan Umno," katanya.

Sebanyak 66 buah motosikal berkuasa besar dan kecil menyertai konvoi tersebut sebagai simbolik kepada 66 tahun kelahiran Umno.

Konvoi selama lima hari itu dijangka menamatkan jelajah mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat depan dan dijadual disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. BERNAMA


Ulasan GB

Ketiga-tiga berita di atas cukup meragukan.

Kerana tiada sebab untuk kerajaan Arab Saudi berasa bimbang terhadap sekumpulan rakyat malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur.

GB cukup yakin bahawa ketiga-tiga menteri di atas berdusta, semata-mata untuk memburukkan BERSIH di mata masyarakat kita.

Nota diplomatik? Kalau serius mengapa sekadar nota? Betul-betul menteri luar punya auta!

Menteri-menteri yang cuba membodohkan rakyat menyangkakan penduistaan mereka boleh menyebabkan rakyat akan merenggangjkan diri denagn BERSIH. Sebenarnya sesiapa punboleh membuat semakan di Kedutaan Arab Saudi apakah benar ada nota diplomatik dikeluarkan khusus kerana BERSIH.

Dan juga, sebenarnya buang masa untuk pihak keselamatan Arab Saudi hendak pergi memburu pemimpin pembangkang yang kononnya didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH seperti dilaporkan akhbar pencacai, Mingguan Malaysia.

Beberapa orang sahabat GB yang berkebetulan sedang mengerjakan umrah di Mekah menyatakan tidak ada apa-apa pun berlaku di sini. OK sahaja. Mengenai berita tentang sekatan kuota haji & umrah, cuma akhbar dan agensi berita di Malaysia sahaja yang sengaja menggembar-gemburkannya untuk memburukkan BERSIH.

Ini disokong pula oleh kenyataan Ustaz Zamri di dalam FBnya yang GB kutip dari ASD

Published on Kelab Greenboc

No comments: