Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Saturday, May 12, 2012

TERKINI: Umno pun nak sambut hari Ibu... kahkahkah...

Umno ibu segala kesesatan di Malaysia

Oleh SUHAIMI TAIB

PAS dituduh parti ajaran sesat, merupakan satu lagu lama diputarkan semula bertujuan untuk mengekalkan pemisah antara kelompok PAS dan Umno agar terus berpanjangan terutama di negeri Terengganu dan Kelantan.Umno merasa tergugat dengan tidak adanya isu kukuh untuk mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah buat masa ini
.
Justeru, parti itu perlu menarik perhatian ahlinya supaya tidak berganjak dengan memberi sokongan kepada Umno untuk terus menerajui negara.

Ia juga bertujuan supaya ahlinya tidak terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan Pakatan Rakyat terhadap Umno. Itu hasrat Umno untuk memanjangkan hayat pemerintahannya.

Jika ahlinya beralih arah, tidak lagi memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, ini yang amat ditakuti Umno di saat sokongan hanya dipertaruhkan kepada orang Melayu dan golongan atas pagar. Umno tidak lagi mendapat sokongan padu orang Cina dan India.

Parti itu mesti menampakkan Pakatan terutamanya PAS sebagai satu parti yang amat buruk dalam semua aspek kerana parti itu adalah parti teras Pakatan.

Isu-isu lain, Umno mendakwa sudah tidak boleh menarik sokongan orang Melayu tetapi dengan isu dakwaan PAS Parti Ajaran sesat yang dirancang dan dilontarkan oleh Umno Terengganu, ia seolah-olah memalingkan seketika perhatian umum terutama penyokongnya untuk melihat situasi dan menarik sokongan lebih teguh ahlinya kepada perjuangan parti berkenaan yang kabur matlamatnya.

Pemerhatian penulis terhadap pandangan dikemukakan oleh pelbagai pihak dan lontaran fikiran dalam media alternatif seperti facebook dan twitter banyak hujah dikemukakan dan mudah difahami termasuk amalan dan budaya parti-parti terbabit.

Dengan membuktikan gambar-gambar berkaitan PAS yang dituduh sesat sentiasa menganjurkan majlis solat hajat, ceramah agama, forum dan lain-lain sedangkan Umno sering menyelitkan gerombolan penari dan artis yang memakai pakaian menjolok mata dan tarian ala lucah dalam majlis mereka.

Di sini pun sudah jelas bezanya antara dua parti berkenaan dan jelas parti manakah yang sebenarnya sesat dan tidak sesat.

Sudah berpuluh-puluh tahun Umno tidak berani berdebat atau muzakarah mengenai ajaran sesat dan kafir mengkafir dengan PAS, nampaknya Umno masih tidak serik dengan dakwaan bodoh dan jahat itu.

Umno sedang menggeliat kepanasan seperti cacing di panas terik matahari, sudah ketandusan isu untuk memburuk-burukkan pembangkang terutama PAS, kerana seingat parti itu tidak ada jalan lain melainkan caranya menuduh PAS sesat supaya semua orang beri perhatian terhadap isu itu dan ahli Umno tidak mendekati PAS dalam apa jua majlisnya.

Kalau boleh dan memang kehendak Umno supaya ahli dan penyokongnya jangan sekali-kali terpengaruh dengan PAS dan Pakatan. Jangan sekali-kali hadir dalam majlis anjuran PAS dan Pakatan. Jangan membaca komen-komen Pakatan tentang apa-apa isu mengenai Umno- BN dalam Facebook, Twitter dan lain-lain.

Dengar sahaja dakyah media mereka termasuk RTM, TV3 dan seumpamanya yang menjadi alat Umno berkempen terutama di musim hampir pilihan raya umum sekarang. Penulis mendapat khabar bahawa ketuaketua tempat mengundi yang dilantik akan hadir dalam kursus terakhir yang akan dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.

Published on shalehudin

No comments: