Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, June 6, 2013

Apa Itu PENYAKIT AKUT KETINGGIAN Yang MENGORBANKAN Pendaki Gunung?

 


"Di Peru terdapat barisan pegunungan yang sangat tinggi yang disebut Pariacaca . . . Sewaktu saya mendaki anak tangga, panggilan nama untuk bahagian tertinggi dari barisan itu, tiba-tiba saya merasakan kesakitan yang luar biasa sehinggakan saya rasa ingin terjun saja ke bawah. . . . Tidak lama kemudian, saya merasa mual dan muntah-muntah hingga merasakan saya akan [mati]. Kalau berterusan begini, saya yakin saya pasti mati, tetapi itu hanya berlaku selama tiga atau empat jam, dan selepas itu kami boleh turun dengan selamat dari gunung itu pada ketinggian yang lebih selamat.”— catatan José de Acosta, dari terjemahan bukunya Natural and Moral History of the Indies.

MENJELANG akhir abad ke-16, José de Acosta dari Spanyol mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan ketika melakukan pendakian Pariacaca di Pegunungan Andes, Peru.

Ketika itu gejala seperti ini biasanya dianggap sebagai akibat gas beracun dari mineral di pegunungan atau hembusan nafas dewa-dewa jahat. Hari ini kita mengetahui bahawa Acosta sebenarnya mengalami gejala khas soroche — penyakit akut ketinggian (acute mountain sickness, atau AMS).

AMS adalah merupakan tindak balas tubuh terhadap kadar oksigen yang sedikit di tempat tinggi. Di sana, tekanan atmosferanya berkurang dan paru-paru pun menyerap lebih sedikit oksigen.

Gejala AMS sering kali muncul sekitar empat jam setelah seseorang pendaki tiba di tempat yang tinggi dan ia kadang kala berlangsung selama satu hingga empat hari. Selama jangka masa ini, kadar oksigen yang rendah dalam darah akan merangsang produksi lebih banyak sel darah merah, yang akhirnya membantu sistem peredaran darah menghantar lebih banyak oksigen.

Namun, jika seseorang terlalu cepat naik ke tempat yang tinggi atau terlalu memaksa diri sebelum tubuhnya mampu menerima keadaan sekeliling, cairan akan memasuki ke dalam paru-paru atau di sekitar otak. Jika gejala ini tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan maut.

Al-fatihah untuk pendaki Malaysia yang meninggal dunia, Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang merupakan seorang kakitangan Perbadanan Putrajaya. Beliau yang bertugas sebagai penolong jurutera, sedang mengikuti ekpedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp 2013 yang bermula pada 27 Mei lalu serta disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita)

(Via Pulakdah!)

No comments: