Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, December 16, 2008

72-Ini bukannya satu isu.

Gua kalau baca surat khabar mesti ada 2,3 berita yang buat gua emosi. Sampakan gua tak pasti, nape semua ini boleh berlaku dalam negara gua yang boleh dikira aman, damai, sejahtera dan sebagainya. Fokus gua pada Harian Metro semalam yang cucu ngan isteri tibai barang kemas nenek sendiri. Pejadah ntah yang nak jadi pada bumi yang gua berpijak sekarang ni.

Gua difahamkan yang cucunya tu dulu bekas penagih. Padan pun. Puak-puak ni memang buat benda yang diluar pertimbangan akal yang normal. Tapi tang isteri yang membantu tu? Macam citer "Fun with Dick and Jane" pulak ye.. Berpakat laki bini bila dah terdesak. Entah pinjam Along kot nak langsai hutang.

Gua kesian bila hal-hal begini pasti melibatkan bangsa gua dan yang mengaku seagama dengan gua. Gua tak nafikan ada juga bangsa lain tapi banyaknya kes yang terpencil. Bagi gua ini padahnya bila agama yang jadi sumber panduan tidak dijadikan lagi sebagai pegangan untuk mengukuhkan iman.

Pada masa ini secara automatiknya mula berlaku kes salah-menyalah antara satu sama lain. Hal bukit Antarabangsa pun ada gak suara-suara menyalah kerja tuhan. Tapi Pak Menteri JKR kata ini semua berlaku atas sebab tangan-tangan manusia yang rakus dan tak berperi kemanusiaan pada alam semula jadi.Tutup hal bukit tu ya.

Boleh kita salahkan pada ibu-bapa yang gagal mendidik anak, terpengaruh rakan sebaya, pada tv yang 80% tayang benda yang bukan-bukan, guru yang tak mampu dah kawal bebudak.

Ermm...Marilah kita kembali kepada agama. Tak kira apa juga agama anda tapi gua pasti moralnya pasti positif tentang akhlak dan adab. Begitu juga hal berkaitan sosial. Kerana gua yakin didikan agama tak kira dari siapa pun samada ibu-bapa, guru, media akhbar dan tv juga radio memainkan peranan yang penting. Setidaknya kita mampu kurangkan sedikit demi sedikit.

Gua taip untuk posting kali ni taknak salahkan sesapa. Gua punyai pengalaman hanya sebagai guru sementara selama 2 tahun. Gua respek pada guru-guru yang mampu bertahan hingga puluhan tahun. Gua hampir sakit jiwa, nasib baik tak. Cuma gua belum berpengalaman didik anak sendiri dan gua tak boleh ulas apa-apa kerana kekurangan pengalaman.

Pada yang diluar sana. Gua menyeru dengan ikhlas. Walau sapa pun kita, mari kita didik generasi yang akan datang hanya berpandukan pada agama dan yang pandai cerdik agama. Pada gua, hanya agama jaminan yang jitu untuk memastikan budak-budak yang masih kita boleh lentur ni jadi manusia yang lebih baik dan bermoral. Pada yang tak setuju, tinggalkan komen yang membina di ruang komen. Gua juga perlukan pendapat untuk lebih mencerdikkan gua. Pendapat yang banyak gua pasti lebih baik dari kepala otak gua sorang-sorang. kan?

,

Gua minta maaf andai tersalah kata..

3 comments:

kuIna said...

semlm baca paper pasal kes buang baby br lahir kat tandas... aduhhhhhhh trlalu sedih. bangsa sndiri lak tu...

Firdaus said...

gua sokong lu bro..balik pada agama.. tapi kadang2 orang2 yang bijak pandai agama pun leh tak sependapat dan bersatu.. mcm mana tu?

Antusabun said...

Ulama' gua faham punyai beberapa level. Mereka juga khilaf dari beberapa sudut dengan berpegang kuat pada dalil yang pelbagai. Situasi itu gua pun faham. Tetapi yang bias pada pemimpin gua tak mau komen itu lu kena pikir sendiri.Mufti juga ada yang duduk bawah MB. Itu masalah. Dunia dah terbalik. Patutnya pemimpin merujuk ulama'. Pape pun kita jalankan tanggungjawab kita udah le. Itu pun memadai. Amar maa'ruf Nahi Mungkar...