Sebelum gua menaip pagi ni adalah dalam 4,5 blog gua baca dulu untuk carik idea. Agak berkobar-kobar jugak nak hentam orang pepagi ni. Gua nak hentam sebab gua nampak beberapa kecelaruan yang banyak dan lembab untuk diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa.
Hari ini kalau apa-apa yang berlaku keatas kita siapa yang kita ingin mengadu? Tak kira dalam apa jua hal. Jenayah terutamanya. Taman perumahan gua sekarang sibuk orang mengata tentang pencuri dan perompak dan gua yakin ia akan berterusan dan gua tak nampak apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menolong.Belum kira jenayah yang lain. Tetap jarang-jarang gua nampak petrol car pusing-pusing tempat gua. Gua bukan sahaja nak salahkan abang-abang yang pegang pistol sahaja. Tapi semua yang terlibat dalam bidang penguatkuasaan. Diaorang ni makan gaji buta agaknya.
Sama jugak jabatan agama. Orang buat maksiat banyak kat luar tu. Tegas la sikit. Takkan nak duduk dalam office ada aircond aje.Tu yang bersepah duk minum air setan kat kelab malam. Terkinja-kinja tak ingat tuhan. Yang berzina tak usah cakapla.Tangkap ajer la. Sebat kasi diaorang insaf. Pehal yang lembab sangat. Takkan nak tunggu bala baru nak buat kerja. Lu bagi tazkirah kat masjid pun puak-puak ni bukan tahu. Diaorang bukan pegi masjid. Ceramah agama pun liat nak mampos kalau nak pegi. Kalau ada Mawi atau Awie yang bagi ceramah mungkinla ada sekor dua yang sangkut.
Infrastruktur dalam negara ni pun banyak dah orang kondem dan komen. Semuanya tahap sampah servis yang diterima oleh rakyat Malaysia. Jalan raya terutamanya. Kebelakangan ni pun banyak dah eksiden yang berlaku dan gua yakin struktur jalan juga memainkan punca yang penting. JKR dan kontraktor yang dilantik gua nampak lebih suka menampal jalan dari menurap jalan. Lu memang pemalas dan suka makan duit komisyen aja. Gua yakin orang lu memang banyak makan rasuah.
Ni tol pejadah pukul 12 malam baru dapat diskaun? 10% pulak tu. Pehal yang kedekut sangat? Lu nak tolong ke atau tidak? Jangan la berlagak depan tv syok sendiri. Nak aje aku tempeleng sorang-sorang pak menteri ni.
Minyak turun aku ada sikit lega walaupun aku perasan barang tak turun banyak seperti yang diharapkan. Pak menteri kita dulu sibuk kata yang barang takkan naik masa diaorang gila umum kenaikan melampau bulan-bulan lepas dan skang bila dah turun yakin jugak kata barang-barang akan turun. Dah tu skang sibuk merayu supaya peniaga turunkan barang. Aku nampak kalau bab susahkan orang bagi la pada kerajaan. Tapi persatuan-persatuan macam ni kemain susah nak korang ajar. Pecah manopoli pertanian dan barang-barang terkawal pun susah. Apa jadah ada FAMA dan sebagainya. Gua kasta marhaen ni nampak bingung bila tengok lu orang bekerja.
Lu kalau buat wayang memang cukup pandai wahai pak menteri. Masih berkeras kata ekonomi kita masih lagi selamat. Gua bukan nak tahu tu, gua nak tahu apa cara-cara lu supaya kita masih boleh survive dalam bala yang baru tiba ni sekarang. Takkan sibuk nak beli helikopter nak kapal laut lagi time-time macam ni?
Sukan pulak. Pun hampeh. Takder pulak yang boleh dibanggakan. Duit berjuta habis tapi hasil selalu menyedihkan. Tetap pemain yang salah. Dan korang sentiasa betul. Dei tambi!! Korang pun sama la. Letak la jawatan. Yang heboh-heboh tapi kaki bangku buat apa? Gua ingat kalau lu lawan puak eskimo kat kutub tu pun leh kalah.
Paling gua sakit hati bila artis-artis jadi pujaan dan cerita sampah yang sensasi termuat dalam akhbar. Istimewa sangat ke puak-puak yang menjahanamkan moral bangsa dan agama ni? Lu takkan tak pikir negatifnya puak-puak ni? Apa aja yang boleh dibanggakan? Takkan budak umur 17 tahun bertumbuk ngan pakwe dia yang selekeh tu pun lu nak cerita dalam akhbar berhari-hari? Budak tu SPM pun tak tau dapat berapa. Lu bagi tau gua sikit? Mana kementerian penerangan? Nape tak pantau puak-puak ni dalam tv? Tapi kalau ustaz-ustaz ceramah agama kemain beria pulak lu orang gam kan? Lu dah biol ke?
Gua memang tengah bengang dan sedih. Gua taknak kompromi dalam hal-hal macam ni. Gua hanya mampu berdoa agak puak-puak yang tidak amanah dan corrupt ni serta juga puak yang tak sedar-sedar setelah diberi peringatan agar diberi pengajaran yang menginsafkan buat mereka. Biarlah apa jua yang terjadi, gua berharap tsunami yang melanda Acheh tak sampai dinegara yang kita cintai ini. Juga bala perang Bosnia juga kita tak rasai.
8 comments:
lu baru nampak? ini cerita lama bro. kalau roti tu dah naik kulat dah!
Lama dah nampak. baru nulis..hehe
bagus..baguss..:))
sebenarnya aku pelik.
adakah benda ini desebabkan kuasa atau sifat orang Malaysia itu sendiri?
sbg contoh :
kau takde kuasa lagi. dan kau boleh memaki semua benda-benda korupsi nie semua. pernahkah kau terfikir bila kau dah ada kuasa nanti? adakah kau akan korup jugak? adakah pak menteri korup sbb kuasa atau memang diorang perangai macam babi?
bila ditabur dengan duit, kuasa dan semua. boleh tahankah orang biasa dengan korupsi? kalu orang yg stakat berlagak alim pon aku tak rase boleh tahan. setakat parti politik islam belum tentu boleh. apatah lagi parti politik yang agak sekular.
Malaysia ini bukannya teruk perkhidmatan dan sebagainya. tapi Malaysia sebenarnya mampu lebih baik dari apa yang ada sekarang. tapi orang berkuasa yang bangang.
Dunia makin tua. Uhuk!
Caya la bang...
marah lagi...
hentam lagi...
bukak lagi...
opppss...
jangan bukak kain dah ler...
dunia semakin tua
manusia semakin alpa
harga diri semakin hilang
wang jd pertaruhan....
mesia memang hebat.. artis kawin pn siarn langsng dr A - Z.
Lu jgn emo bro..bab jenayah kat taman lu..lu ble jer tubuhkan JKT ker..sukarelawan ker...ajak gi pantau lu punya taman..bru selamat..lu jgn harap pihak berkuasa bro..diaorg tgh sibuk skrg...
bab maksiat lak..wa x rasa pihak yg bertanggungjawab ni lepaskan tggungjawab diaorg bro...lu kena faham..diaorg ni keliru...nak tgkap orang buat naksiat bukan suma org diaorg bleh tangkap...org islam jer bro..org bangsa lain...mana bleh kata diaorg buat maksiat....dah tu mmg cara hidup diaorg...let say lu buat rush mana2 kelab malam...mampus lu pening pikir nak tgkap mana satu...islam...mana satu x islam.. sama jer tu bro...dri warna rambut smpi pakaian dah x der beza...mampus lu nak tgk ic satu2 tu bro..kat malaysia nie berapa byk pusat hiburan bro..mampus diaorg ni nak rush satu2...bukan diaorg x nak buat kerja bro...x terbuat sebenarnya...
lagi pasal pak menteri tu..lu jgn bro...mana ader diaorg ni x amik berat...lu x pecaya..lu tgk nanti dekat pilihanraya...mampus punya byk projek diaorg kasi kuar...sekejap2 projek jalan..kejap2 jambatan..kejap2 dewan..surau..fuhh..nak sebut byk tu...diaorg nak beli helikopter ker aper ker biarler...duit rakyat yg banyak ni nak buat per lagi...biarlar kasi surut skit perbendaharaan negara...lu ni x baik pk -ve bro..
dah panjang ni..bleh buat 1 entry lar..wa komen lain punya entry lar..kui...kui..kui..
Post a Comment