Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, December 12, 2008

67-Bahasa jiwa bangsa

Pejuang Bahasa Melayu, Prof Abdullah Hassan menulis dalam blognya http://proabdullah1
.wordpress.com seperti berikut :

Bahasa Inggeris adalah bahasa asing kepada rakyat Malaysia. Robert Lado (1964) mengatakan mengajarkan seluruh rakyat sesuah negara mempelajari sebuah bahasa asing itu adalah sia-sia, semustahil mengajarkan burung di rimba berkata-kata. Kita pun dapat melihat fenomena ini berlaku di negara-negara yang memaksa rakyatnya bahasa asing, sekalipun Inggeris.

Ini bermakna, hanya rakyat kelas menengah yang akan dapat mempelajari bahasa Inggeris dan menerima pendidikan. Rakyat di luar bandar, di estet, dan di kawasan pinggir bandar akan secara sistematis tersisih daripada pendidikan bahasa Inggeris, hanya mereka tidak akan dapat menguasai bahasa Inggeris sebaik kanak-kanak kelas menengah.


Lamputih cakap - Takpe. Pak menteri kita lagi bijaksana. Kata-kata pak menteri umpama mukjizat. Cakap dan arah sahaja pasti berjaya. Pemikiran pak menteri dalam bidang pendidikan, ekonomi bahkan agama melampau semua sarjana seantero bumi.

,

Bahkan boleh jadi dewa. Ayah Pin tu pun seangkatan.

Lagi contoh:Bagaimanakah kepungan ilmu terjadi. Kita dapat melihat gejala ini berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan. Hanbury Brown, dalam bukunya, The Wisdom of Science: Its Relevance to Culture and Religion (1986) menunjukkan bagaimana ilmu terkepung di dalam bahasa Latin, dan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah dalam kehidupan masyarakat Eropah dalam Zaman Pertengahan.


Sejak kurun ke-16 lagi, pengetahuan mengenai bakteria dan kitaran darah sudah diketahui. Walau bagaimanapun pengetahuan ini terkepung dalam bahasa Latin. Oleh sebab bahasa Latin tidak difahami oleh rakyat, maka ilmu itu tidak sampai kepada mereka. Ilmu terkepung dalam bahasa Latin yang menjadi milik kalangan ilmuwan sahaja. Mereka menganggap ilmu itu untuk pengetahuan peribadi sahaja dan tidak perlu dikongsi oleh rakyat yang tidak mengetahui bahasa Latin. Akibatnya, ilmu tersebut tidak dapat dimanfaatkan bagi memajukan bidang ilmu perubatan.

Lamputih cakap - Aku malas nak ulas. Jangan esok bila gagal salahkan orang lain ye pak menteri. Salah guru la, mak bapak la, tukang kebun sekolah la. Haram jadah!!


3 comments:

MaSHee said...

Bukan nak cakap byk atau tunjuk lagak bro...cuba lu pk secara rasional lar kan...bila kerajaan mewartakan subjek math ngan Sains di ajar dlm BI sebenarnya ada rasional nyer jugak..sebab apa aku ckp cmtu...suma khazanah ilmu di dunia yg mudah diperolehi sumanya dlm BI...x payah tgk jauh..lu gi taip dlm web search sebarang info yg lu nak...klu lu taip dlm BI laju jer kuar segala macam mak nenek info yg lu nak cari...detail lak tu..tp klu lu taip utk cari dlm terjemahan BM sikit punya susah lu nak dapat...ader pun ntah apa2 lar...aku ni dlm dr sudut pandangan aku ler bro..lu jgn marah...sebenarnya nak telan atau x lu kena terima hakikat kita x boleh nak mengagungkan bahasa kita sgt...bila bersangkut paut ngan ilmu lu kena trima hakikat...BM ni susah nak cri diperkembangkan bro...lagi 10 tahun aku x tau...biar lar mula dr skrg diaorg belajar BI...esok2 biar generasi diaorg yg terjemah segla jenis ilmu ni dalam BM pastu time tu nanti..bru kita bleh bangga ngan bahasa kita...lu pk bro ek..wa komen panjang punya ni...heheee..

l.i.f.e said...

tak ada apa nak komen.
ikut suka masing2 la nak buat camne pun. yg pasti bila tak menjadi, tuding menuding memang akan terjadi

pemikir lapuk said...

truskan bjuang..bro