Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, May 14, 2009

Geniusnya ahli gerombolan ini sampai jadi penakut pulak!!

Cukup genius sesapa yang membenarkan tindakan gerombolan ke atas Perak. Lagi genius sapa yang mengatakan bahawa sokongan rakyat terhadap gerombolan bertambah selepas isu panas ini. Mana statistik yang di ikut gua pun tak tahu. Perak yang panas ekoran lompatan galah tinggi 3 adun PR ke BEBAS seterusnya menyokong BN di anggap wira juga adalah genius. Terlalu genius mereka ini lantaran pemikiran mereka yang tidak boleh di tafsir oleh orang-orang awam semacam gua ni. Ramai lagi seumpama gua yang tak segenius mana dan mereka-mereka ini menulis blog untuk tunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Maka dapatlah gelaran bodoh gua ini.. Hahaha..

Terlalu genius rupanya sampaikan boleh jadi bahan gelak-gelak ketika boring takda buat apa-apa. Buat pelawak-pelawak di luar sana, inilah point-point yang perlu anda kutip sebagai panduan anda bagi show yang seterusnya...

Gua nantikan pertarungan secara anak jantan bagi puak-puak yang bertelagah ini. Tunjukkan di media utama. Rakyat jadi penilai. Gua berani kerat bulu ketiak gua kalau cabaran ini di sambut..hehe

50 tahun memerintah dan kini gerombolan menyediakan bom jangka buat rakyat (gua tiru ayat encik tukar tiub). Maksudnya kekangan ekonomi, desakan hidup, susah cari makan ini semua mengundang ketidakstabilan masyarakat. Berantakannya masyarakat seumpama mat rempit menunjukkan dalil untuk membuat onar di jalan. Jenayah memuncak penamat sebuah masyarakat harmoni dan selamat serta sejahtera.

50 tahun isu perkauman bukannya padam malah ia menyala. Pergi sahaja di Indonesia, Singapura atau Thailand.. Masyarakatnya di kenali sebagaimana nama negaranya di sebut. Padam sudah racistnya. Malaysia? Mahu lagi sebut melayu, cina india, kadazannya... Lambat sangat perubahan yang di lakukan puak gerombolan. Lambat macam siput babi!!

Apa sahajalah untuk rakyat. Jawapan mudah adalah benda recycle atau pun sampah. Hanya cukup sekadar bumbung dan dinding. Terlalu minima, sedangkan untuk pemimpin adalah tidak masuk akal kos sara hidupnya. Lihat sahaja contoh sewa bulanan rumah perdana menteri...

Banyak lagi gua nak ulas, tapi kemudian-kemudianlah...

No comments: