Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, June 13, 2009

Anak itu yang ajar kita..

Pagi tadi gua jumpa satu artikel. Cukup menarik. Gua tak copydanpaste macam biasa sebab gua malas. Artikel yang buat gua insaf.

Dalam bentuk bercerita. Kisah seorang lelaki berhenti singgah kedai makan dan didatangi seorang budak berumur lingkungan 12 tahun. Senyuman manis dibibir. Ditolak dengan baik namun masih menguntum senyuman. Diwajah tiada gambar erti penat dan jemu. Mulut tak berhenti memanggil pelanggan.

Penulis cerita yang kagum kesungguhan sang budak lalu menghulur satu note merah. Namun tak lama note merah ditangan sang kecil kerana cepat sahaja berpindah pada pengemis yang buta. Hairan sang penulis lalu bertanya kenapa, dijawab dengan senyuman manis masih diwajah bahawa dia bukan pengemis. Ada tulang 4 kerat anugerah tak ternilai perlu disyukuri dengan bekerja disamping masih terngiang ditelinga akan nasihat siibu untuk bekerja sebaik mungkin untuk rezeki yang halal.

Penulis terkesima.. Anak itu istimewa dan pastinya sang ibu adalah wanita terhebat. Rupanya masih lagi wujud insan semulia mereka.

2 comments:

langkasuke said...

patut dapat anugerah budak tu..

Anonymous said...

takut nnt budak tu pulangkan anugerah tu pulak!