Asik-asik syarikat tu jugak yang rugi, Takder dah ke syarikat lain. Asik dia ajer la yang kena suntik. Tak perwaja yang kena suntik, proton. Tak proton, bagi kat MAS. Itu ajer la ulang-ulang. Ni pandai niaga ke tak pandai ni?. Kalau tak pandai bagi je la kat orang lain. Buat membazir duit negara aje..
Kebun tanam-tanaman gua pun perlukan ransangan ekonomi jugak. Bagila sejuta dua, ada berani?
KUANTAN 4 Jun _ Kekurangan permintaan terhadap bahan keluli menjadi punca kepada kerugian syarikat pengeluar keluli, Perwaja Holdings Berhad (Perwaja) sebanyak RM345 juta pada tahun lalu.
Keadaan ekonomi yang tidak menentu bermula tahun lalu juga menyebabkan Perwaja mengalami kerugian sebanyak RM50 juta pada suku pertama tahun ini.
Pengerusi Eksekutif Perwaja, Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, bagaimanapun keadaan ketidaktentuan itu dijangka tidak berterusan selepas kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk merancakkan kembali potensi industri keluli di negara ini.
No comments:
Post a Comment