Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, June 9, 2009

Kang kata bangang kang marah pulak!!

Orang suruh buat lain, lain pulak mangkuk tingkat ni fikir. Jenuh jerit-jerit suruh mansuh PPSMI, mangkuk ni tenang buat benda lain. Tak sape marah lu nak ada kan atau wajibkan subjek BI tu dalam SPM ke, PMR ke, UPSR ke atau kat tadika sekalipun. Lu nak wajibkan BI tu dalam STAM sekalipun takder sapa yang nak larang. Lu nak tingkatkan jam kredit BI tu pun takpe.

Yang orang bising ialah sebab lu BI kan matematik dan sains. Sebabnya apa? budak akan susah kuasai matematik dan sains dan tak meningkat pun BI budak tu. Budak takkan mesra ngan subjek tu. Orang dah kaji benda ni lama dah. Lu google la tengok.

Macam mana lu boleh jadi menteri ni???

(Macam mana la si nasa ni boleh ada idea nak bermuzakarah ngan orang bangang macam ni?)

KUALA LUMPUR - Sasterawan ulung Inggeris, William Shakespeare pernah berkata: to be or not to be, that is the question.

Petikan pujangga itu bermain di fikiran apabila dirujuk sama ada bahasa Inggeris patut dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melontarkan persoalan itu untuk dibincangkan oleh orang ramai dan bagi kerajaan mendapatkan maklum balas.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.

"Dengan itu, saya tidak fikir ia (tidak menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus) memenuhi tujuan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita," katanya semasa merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby yang baru di sini semalam.

Menurut beliau, untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan.


***

Kalau kaji nak naik minyak ngan tol tu 2 saat pun lu boleh keluar keputusan. Esok gua nak cadang la kalau nak pegi kubur lu suruh orang buat tol..amacam?

3 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Bahasa Inggeris amat penting kalau nak kerja dgn corporate bodies. Bila tak mahir,tahap peningkatan tak de! Memang banyak yg deman kat luar tuh!

Antusabun said...

Tak susah kuasai BI. Dalam subjek BI sahaja kalau ada kesungguhan maka pelajar boleh dapat skill tu. Berani atau tidak sahaja untuk bertutur dan membaca bahan dalam BI.

Yang ruginya bila matapelajaran sepenting math dan sains dalam BI. Terang2 pelajar tak dapat kuasai sepenuhnya subjek tu.

Yang perlu dan bijak sekarang dalam tindakan ialah meningkatkan kualiti dalam kelas dan bahan untuk hidangan pelajar

Basuh Baju said...

kenapa perlu laga2 kan BI dan BM? argh...