Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, December 10, 2009

Sudah berlaku perang saudara dalam UMNO

Gila betul puak-puak ni. Kejap boleh comolot dan puja-memuja. Macamlah pemimpin depa maksum semaksum-maksumnya. Dan sekarang boleh berkuntau macam perang Israel dan Palestin. Memang gila babi.

Terbaru perang mulut antara Nazri dan Che Det. Isunya adalah BTN. Gua tak pedulik apa pun dengan BTN tu. Memang dari lepas lahir dua bulan dah tak suka ngan menatang alah macam ni.

Yang kesian adalah rakyat. Terhentak-hentak tanpa belas kasihan. Sekaligus kena ragut kesejahteraan. Segala macam benda naik harga dan peraturan-peraturan kartun yang diperkenalkan. Ada kes yang kejap jadi dan kejap tak jadi. Subsidi di hapuskan dan cukai di tambah secara sekaligus. Nampak sangat gomen dah terkangkang takder duit nak penuhkan perut anak bini. Nak generate income secara geniune adalah perkara ajaib akhir zaman yang UMNO and the team boleh lakukan. Rakyat jugak yang tersepit.

Subsidi nak hapus boleh je hapus. Nak kaji pun boleh kaji. Tapi ni tak nyempat-nyempat. Macam la tak sempat nak beli rantai mutiara untuk bini tu lain tahun. Cilakak!!!!

2010 dah standby pelbagai dasar nak menekan rakyat secara besar-besaran. Subsidi nak kaji balik dan kenaikan menatang haram pun dalam schedule. Ada manfaat untuk rakyat? F1? Bangang sebangangnya.

Tol dan minyak gua syak pun tahun depan naik. Gua dah start buat R&D kancil gua akan pakai kuasa angin dan rumput. Ala-ala biopetrol la. Confirm 2011 rumput akan jadi bahan kawalan. Percayalah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: