Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, December 28, 2009

Tutorial cara update blog dengan mudah dan sepantas kilat.

Anda pasti teruja. Lepas ni anda tidak perlu lagi sampai nak bergolok-gadai untuk memiliki Blackberry atau iPhone hanya semata-mata untuk mengupdate blog kesayangan anda. Dengan phone seperti dalam gambar diatas ni pun boleh. Cuma tak boleh nak attach gambarla dan lagi, anda tak akan risau sekiranya line streamyx anda dipotong.

Update guna sms. Begitu mudah dan kini meluas penggunaanya. Ramai blogger di Malaysia tidak mengetahui kaedahnya. Maka saya wujudkan tutorial ini untuk mudahkan anda.

Yang paling penting phone anda mesti mempunyai kredit. Kalau takda maka anda tak dapatlah nak ikut langkah yang seterusnya. Dan phone anda juga mesti mempunyai liputan. Jangan update di dalam hutan Bukit Miku sambil memetik petai kerana sana takda liputan langsung.

Yang terakhir dan tak kurang pentingnya ialah anda mesti berada di bumi Amerika kerana blogger.com tak support lagi fungsi ni di Malaysia. Untuk lebih yakin lagi, line yang anda gunakan juga mesti line Amerika jugak.

Sekian tutorial versi palat dari saya. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila lawati www.google.com atau ask.yahoo.com/

*Jangan pulak pegi tanya Rosmah, dia jahil bab-bab IT ni walaupun blog beliau hebat dan pinky.

2 comments:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

cis..aku baru nak teruja..

Zoul said...

Walawe...

Baru nak syok dah lemas... hih